Sejarahwan Profesor Datuk Ramlah Adam berkata,beliau mengakui sumbangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan tetapi ia tidak sehebat sumbangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.
“Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy pejuang kemerdekaan. (Ahmad) Boestamam, Zaba, Ibrahim Yaacob.Kita tidak pernah nafi.”Tetapi perjuangannya tidak begitu hebat macam Tunku,” kata Ramlah yang disambut jeritan “boo” daripada sebahagian penonton yang hadir dalam forum “Wajarkah sejarah ditulis semula ???” di Shah Alam Semalam.
Kira-kira 500 hadir dalam forum anjuran Sinar Harian,rata-ratanya penyokong Pakatan Haram yang menjadikan majlis itu terganggu dengan sorakan dan laungan boo kepada ahli panel yang tidak digemari mereka.Dalam pembentangannya yang sering disampuk oleh penyokong Pakatan Haram,Profesor Datuk Ramlah Adam menekankan bahawa sejarah ditulis berdasarkan dokumen dan rekod sedia ada.Tambahnya,walaupun terdapat pelabagai tafsiran yang dibuat, terdapat “fakta keras’ yang tidak dapat diubah,antaranya fakta bahawa Tunku bersama pemimpin MCA dan MIC terlibat dalam perundingan yang menghasilkan kemerdekaan.Profesor Datuk Ramlah Adam bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada sejarah patut ditulis semula atau tidak.
Turut menjadi ahli panel Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi,Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan sejarahwan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.Sementara itu,Datuk Mohamad Abu Bakar pula berpendapat sejarah memerlukan renovation atau penggilapan semula ekoran tuntutan globalisasi dan pandangan yang subur dalam sistem demokrasi.Katanya,persoalan timbul apabila terdapat sesetengah pihak sahaja ditonjolkan dalam cacatan sejarah dan perkara itu menjadi tidak disenangi pihak lain.
“Ada juga sumbangan golongan kiri dan agama.Ia perjuangan sebuah team.Bukan Shafiee Salee sahaja.Ada juga pemain lain yang jaga gol tetapi tidak dapat jaring gol,” katanya membandingkan dengan perlawanan bola sepak.
Sementara itu,Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata,membicarakan persoalan sejarah tidak boleh bersikap apologetik kerana sejarah tetap sejarah.
“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menukar sejarah,” katanya yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.
Beliau bagaimanapun menerima konsep mentafsirkan semula sejarah berdasarkan fakta empiris supaya ia lebih harmoni dan murni.Manakala Saifuddin pula berkata, persoalan persejarahan hendaklah berlangsung dengan keadaan penuh kebebasan kerana ia sesuatu yang sihat.Mengambil contoh polemik di Filipina, anggota parlimen Machang itu berkata, di negara itu walaupun ada pihak cuba mengetengahkan tokoh lain sebaris dengan tokoh kemerdekaan negara itu Jose Risal, “tiada ditangkap dan tiada dibicarakan di mahkamah”.
“Jadi, kebebasan ini tinggi nilainya kerana kamu belum tentu benar dan kami belum tentu salah,” katanya lagi.
Katanya,penggalian fakta baru itu penting bagi memahami situasi sebenar di sebalik sesuatu peristiwa,seperti dalam kes Mat Indera.

3 comments:
Kena tengok konteks pejuangan juga, kalau berjuang untuk tubuhkan negara Komunis tu kira pejuang Merdeka juga ke? Pada sapa yg pernah merasai derita masa Komunis Bintang 3 memerintah, walaupun 12 hari, jawapannya jelas!!
Kerajaan nak rampas tanah Melayu Kampong Bharu? Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Mana negara pun sejarahnya ditulis oleh org yg berkuasa. Jgn terkejut sejarah Memali pun akan tercatat Ibrahim Libya sebagai kominis 30 atau 40 tahun lagi sebagaimana yg dibentang melalaui laporan kertas putih oleh Musa Hitam. Masa tu ada org kata polis yg mati kerana sendiri cari nahas dan menjadi barua UMNO masa tu, pastinya warisnya cukup marah. Org mcm Ramlah Adam dan prof. kaknkong masa tu juga akan bangkit berkata2 bg pihak kerjaan yg berkuasa pd ketika itu tentang kewajaran dan sebagainya.
Masa ni takpa la org Baling dan org politik tahu itu kerja jahat politik. Tp kita cerita akan datang.
PROF KANGKUNG AKAN IKUT ARAH ALIRAN AIR DI LONGKANG...
KALU AIR DILONGKANG KE KIRI, DIA KE KIRI LAH...KALU AIR LONGKANG KE KANAN KESITU JUGAK DIA...SEBAB LAWAN ALIRAN AIR, TAK MAKAN BRO!!
Post a Comment