Social Icons

Pages

Friday, September 09, 2011

PERKHIDMATAN PRABAYAR NAIK 6 % CUKAI ??? INI JAWAPAN DATUK SERI NAJIB !!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan 6.0 peratus ke atas produk tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.Menurutnya,fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baru Maybank di Menara Maybank di ibunegara Hari ini.


Bernama Melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan,keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Perdana Menteri,yang juga menteri kewangan,mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.Menurut kenyataan itu,cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Menurutnya,dengan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.Sementara itu,Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.

7 comments:

Anonymous said...

Yg pakai post-paid line..dah lama kena byr 6% nie...tapi kenapa tak jadi isu..

Dear valued customers,

Kindly be informed that in accordance with the Government Gazette Order P.U. (A) 411, the rate of service tax on taxable
services will be increased from 5% to 6% effective from 1/1/2011. For existing postpaid subscribers, the new service tax
rate will only be charged effective from February 2011 bills onwards. For further details, please refer to the Customs
website http://www.customs.gov.my

Hashim Putera said...

Ooi puak puak bewak...

sape PM Malaysia???.....taukeh Telco atau Mat Monggol...

Mat Monggol cakap Taukeh Telco yg tetap tax 6%.....bebal punya PM..bila rakyat marah taichi kat taukeh Telco...bila rakyat senyap buat bodoh....Ubah sekarang selamatkan Malaysia dari UMNOXXX

UNTUK YANG MASIH BEBAL (Bhg III)

Mordecai Kucai said...

Telco ni dia yang bukak meniaga dan dia lah kena cukai. Mengapa cukai itu di bebankan kepada pengguna.

Dalam erti kata lain, Pengguna di persalahkan kerana menggunakan perkhidmatan handphone.

Lebih kurang maksud, 'Siapa suruh ko pakai handphone? Kan dah kena denda'.

Untuk menggelakkan pengguna lari kepada telco lain maka telco pun bersepakat menyembelih pengguna padahal cukai itu patut di bebankan kepada telco kerana dia menikmati keuntungan perniagaan yang dia dapat lesen dari kerajaan.

Rakyat tiada syarikat pun untuk bayar cukai malah rakyat sendiri telah bayar cukai pendapatan.

Celaka telco ni semua.

Anonymous said...

Kata-kata hikmah dari Pencacai No 1 UMNOXXX.....Pukikari

Aku cuma nak pesan satu sahajalah... menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, pegawai-pegawai khas, TERAJU, PEMANDU dan segala-gala yang ada di Putrajaya sekarang ini, eloklah berkemas beg masing-masing. Aku tak nampak lagi PRU13 nanti, UMNO-BN akan menang... sebab yang membunuh UMNO-BN bukanlah parti itu tetapi kerana para pemimpinnya yang BANGANG TAK SUDAH-SUDAH!!!

Jom Berubah...selamatkan Malaysia

Anonymous said...

Kpd Anon 12:21 PM,

Tapi aku salute lah pada pencacai UMNO, Parpukari tu - dia sanggup dan tidak segan silu mengkritik pemimpin yg disokongnya apabila terjadi sesuatu yg tidak menyenangkan; TIDAK macam pencacai Pakatan; salah pemimpin sendiri buat2 diam DAN BILA NAK COVER kesilapan pemimpin sendiri, cara PALING MUDAH buat fitnah pada pemimpin kerajaan.

Anonymous said...

perg.. ayat mengancam... tabik sama luu..
( Anonymous said...
Kpd Anon 12:21 PM,

Tapi aku salute lah pada pencacai UMNO, Parpukari tu - dia sanggup dan tidak segan silu mengkritik pemimpin yg disokongnya apabila terjadi sesuatu yg tidak menyenangkan; TIDAK macam pencacai Pakatan; salah pemimpin sendiri buat2 diam DAN BILA NAK COVER kesilapan pemimpin sendiri, cara PALING MUDAH buat fitnah pada pemimpin kerajaan.)

Anonymous said...

ni tak dok kerja puok bangang pencacai PAS DAP PKRlah buat kerja nak kena cukai 6%. Maklumlah puak roket dan bulan dah kuasai telco. doh tak dok keja lain selain nak suruh rakyat benci kerajaan.lalu melalui pemilik-pemilik dan ceo telco kat malaysia ni berpakat kenakan cukai pada pengguna supaya rakyat benci kerajaan. Macamlah saya tidak tahu dalam Telekom Malaysia, CELCOM, PERNEC, MAXIS dll ramai PENCACAI PAS, DAP dan PKR. Untung dalam setahun yang saya tahu paling bodohpun 700juta. Nok untung banyak mana lagi????Jenis orang tali perut bocor ni!!! Melayu kat malaysia ni selagi tok jadi macam melayu singapura tak puas hati. Bila tun mahathir ulas tentang melayu singapura, yang peliknya melayu kat singapura kata mereka orang bermaruah. Maruah apa bendanya kalau tanah sekangkang kera pun tergadai pada bangsa lain.nasib-nasib!!!!!!

 
 
Blogger Templates