Social Icons

Pages

Friday, September 09, 2011

AHLI PAS KELUAR PARTI KERANA MAT SABU ???


Lebih 50 ahli PAS di daerah Padang Terap dilapor bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.Menurut Bernama,Mereka menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid,di Kuala Nerang.

Wakil mereka,Ismail Abdullah,yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun,berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.

"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau juga tidak teragak-agak menyertai Umno kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.Ismail berkata beliau juga terkilan dengan perjuangan PAS hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.

"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin PAS telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada Umno untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara," katanya.

Sementara itu,Mahdzir berkata keputusan kumpulan anggota PAS terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

sekali mat sabu buka mulut,sepuluh ribu penyokong PAS keluar Parti.
Ini menyerlahkan kebodohan Mat SABU,
LAGI BANYAK BERCAKAP LAGI BAGUS....HA..HA..HA

Anonymous said...

Kita fikirkan yang positif Bro...
Sebenarnya lagi banyak isu yang puak-puak PR mainkan, lagi banyak ruang & peluang kita boleh luahkan terutamanya untuk kaum Bumiputera. Contohnya kita boleh hentam cukup-cukup & berterus terang nak cakap apa pun pasal kekejaman komunis (majoritinya orang cina). Kalau x nanti ada lah yang kata kita ni Rasis lah, itu lah, ini lah.

 
 
Blogger Templates