Social Icons

Pages

Thursday, September 15, 2011

PRU 13 !!! INI JAWAPAN TUN MAHATHIR !!!


Tarikh pilihan raya umum (PRU) adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah yang tidak perlu dikongsi bersama pakatan pembangkang.Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,di mana-mana negara pun sememangnya tidak ada perbincangan berkenaan tarikh PRU antara kerajaan yang memerintah dengan parti-parti pembangkang.

“Jadi ia adalah hak mutlak kerajaan untuk membubarkan Parlimen bila masa ditentukan oleh pihak mereka sahaja dan di mana-mana negara pun macam itu.Kalau mereka (pembangkang) nak tentukan juga, biarlah jadi kerajaan dulu tetapi bila jadi kerajaan dan kita ajak bincang dulu, mereka tentu tidak mahu,” katanya.

Utusan melaporkan Beliau yang juga Pengerusi Proton berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan tiga unit model Saga dan lima Exora berkuasa elektrik oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak

Portal propembangkang,Malaysiakini sebelum ini menyiarkan kenyataan pakatan pembangkang mahu terlibat sama menentukan tarikh PRU bagi membolehkan cadangan pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas.Ia antara lima prasyarat yang dibentangkan dan mereka mahu Najib memberi jaminan berhubung perkara itu sebelum mereka memutuskan menyertai JTP.Mengulas mengenai JTP itu,Dr. Mahathir yakin kerajaan akan menerima apa sahaja cadangan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa itu.

“Tetapi mungkin kerajaan mempunyai pendapat yang berbeza terhadap setiap cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh PRU ke-13,beliau berkata : “Saya kenal Datuk Seri Najib tetapi tidak boleh baca hati beliau”.

Ditanya mengenai usaha Proton mengeluarkan kereta elektrik sepenuhnya, beliau berkata, ia adalah usaha yang memberi kebaikan bukan hanya kepada kerajaan tetapi rakyat.

“Kerajaan boleh berjimat dari segi subsidi ke atas minyak petrol dan untuk orang awam, mereka juga boleh menjimatkan pengunaan bahan api itu walaupun harga kereta itu agak mahal.Saya juga berharap Proton akan mengeluarkan trak dan bas yang menggunakan elektrik sepenuhnya di masa depan,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

TU DIA MAMAK DAH MULA CUCUK JARUM..HATI2 NAJIB, MAMAK AKAN MENGGANAS, ALAMAT NAYWA NAJIB TAK LAMA LAH TU...MACAM KENA PAK LAH DULU!!!

BERANINYA MAMAK KACAU NAJIB, PASTI PM ROSMAH MENGAMUK..GRRRRRR!!!!!

OHH!! TIDAKKKKK!!

Anonymous said...

anon 11.19am.
inikah sikap,minda,tatasusila dan iman kamu? tak perlu anda menyatakan yang anda rakyat malaysia, beragama Islam dan perpeggang pada AlQuran & Hadis jika IMAN kamu lebih hina dari seekor Haiwan yang tiada naluri malah jauh sekali utk berfikir dalam menghormati sesama Hamba manusia!! apakah sumbangan yang telah kamu curahkan utk agama,bangsa & negara selayaknya kamu ini wajar digelar seorang hamba Allah yang mampu menghormati sesama Hamba Allah yang lain! Na'auzubillah hi min zaliq!!

Anonymous said...

11:44

APA PASAL MARAH2 ORG PULAK..BUKAN ITU REALITI PENGAJARAN DARI MULUT MAMAK SENDIRI KPD PAK LAH DULU...

MULA2 SERAH KUASA DULU, MAMAK SENYAP JER, PUJI LAH SIKIT2..LPS TU MAMAK DIAM, DLM DIAM MAMAK GELISAH HATINYA MELIHAT KELEMAHAN YG PAK LAH TUNJUKKAN...

LPS TU MULA LAH MAMAK BUKA MULUT SIKIT2...DAN LANGSUNG KECAM!!

TAPI ORG UMNO HANYA DIAM SERIBU BAHASA, PADA HAL SEPATUTNYA JGN DIGANGGU PAK LAH..TP OLH KERANA TAKUT NYA ORG UMNO MELEBIHI TAKUT KPD PAK LAH MAKA BERMAHARAJA LELA LAH MAMAK..

MAKA APA JADI?

NI SKRG MAMAK DAH MULA GELISAH DI TEPI GELANGGANG MELIHAT KELEMBIKAN NAJIB...TAPI CARA MAMAK KALI INI LBH BERHEMAH...TAPI PENUH DGN PERANGKAP...

KO TAK USAH BACUL LAH DLM MENTAFSIR APA YG MAMAK CAKAP...KALAU LAH NAJIB BETUL, MAMAK TAK KAN BERSUARA..

LIHAT SLOGAN 1 MALAYSIA NAJIB, MAMAK PUN TAK FAHAM APA ITU 1 MALAYSIA VERSI NAJIB....LIHAT TINDAKAN NAJIB DLM MENTADBIR NEGARA, BYK KELEMAHAN DAN TDK TEGAS..

MAMAK PUN DAH PANDAI MENGATA BINI NAJIB (PM ROSMAH)...BUKAN KAH ITU DETIK PERMULAAN UTK NAJIB HILANG NYAWA POLITIK AKIBAT MAMAK?

REALISTIK SKET LAH BRO!!! MARAH2 ORG AMPAI KATA TAK SENONOH, APA HAL LU?

Anonymous said...

bro...apa pun komen saudara itu bukan isu yg sy bangkitkan. kerana itu HAK anda utk meluahkan apa jua yg anda fikirkan betul! cuba fahamkan dulu ayat demi ayat sy....! menghormati, tatasusila sesama hamba, BERHEMAH!...apakah gelaran MAMAK tu sesuai keluar dari mulut anda sebagai seorang yg amat terpelajar dan pernah menikmati keindahan jadiah Allah swt di bumi Malaysia ini?? cukuplah sekadar bersyukur hanya dengan tidak menjatuhkan maruah sesorang! amin ya rab bal 'alaminnn!

 
 
Blogger Templates