Social Icons

Pages

Monday, October 24, 2011

LIM GUAN ENG DISAMAN RM30 JUTA !!!!


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu.Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.

Selain Lim yang juga Setiausaha DAP,turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyuntingnya,Fazallah Pit.Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin,memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin Umno Pulau Pinang itu.

Bernama Melaporkan Dalam pernyataan tuntutan itu,Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Lim menerbitkan satu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu.Zainal Abidin berkata, kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terbabit dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan pembabitannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di KOMTAR dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

Beliau berkata,pada 18 Ogos lalu,Lim mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggung di hadapan sekumpulan wartawan yang disiarkan di laman berita elektronik,The Malaysian Insider, pada hari yang sama.Zainal Abidin berkata,antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang dan kononnya beliau terbabit dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu.Beliau berkata,akibat kenyataan itu,ia merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya.

Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan satu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu.

LIM GUAN ENG SAJA NAK MENCETUSKAN PROVOKASI !!!

ORANG DIA YANG BAKAR TUDUH UMNO,SIKIT-SIKIT TUDUH UMNO !!!

SAMPAI SEKARANG DIAM DAN TIADA BUKTI !!!

KELUARKAN BUKTI ITU KALAU UMNO BUAT !!!

CAKAP JER LEBIH,BILA MINTA BUKTI DIAM !!!

INI KER PEMIMPIN PULAU PINANG ???

3 comments:

Anonymous said...

SILA BACA

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/09/27/will-lim-guan-eng-please-explain-what-he-said-in-singapore/

Anonymous said...

30 JUTA JER!

NAPE SIKIT SGT!

Anonymous said...

Mengikut firasat hamba, Selangor tidak mampu dirampas BN ... ini kesan dari perilaku pimpinan terdahulu yang rakus dengan kekayaan dan begitu gawat moralnya .... makanya rakyat agak sukar untuk memberi peluang kedua ... sementelah kerajaan kini dikatakan telah memberi beberapa peruntukkan yang menguntungkan rakyat, begitu juga pimpinan kini juga dikatakan mesra dan lebih mudah didekati berbanding pimpinan dahulu yang bongkak dan mementingkan kantung dan seluar dalam sendiri ...

bersambung ....

--Crest Factor--

 
 
Blogger Templates