Social Icons

Pages

Sunday, November 06, 2011

PEMBELA TOLAK USAHA SEMUA PROMOSI SEKSUALITY MERDEKA 2011 !!!


Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan beberapa NGO Islam menolak usaha kelompok Liberalis, Pluralis dan Sekularis yang berusaha mempromosi budaya seks bebas luar tabie seperti yang dianjurkan dlam Festival Seksualiti Merdeka 2011.



“PEMBELA menolak percubaan kelompok Liberal, Plural dan Sekular yang ghairah menjadi hamba kepada agenda globalisasi dan ingin mengheret masyarakat negara Malaysia meniru gaya budaya hidup songsang lagi menjijikkan.Festival dan agenda-agenda sedemikian mempunyai niat tersirat untuk menggerakkan kempen dan advokasi yang berterusan untuk merubah nilai dan landasan akhlaq masyarakat Malaysia yang berteraskan ajaran Islam sebagai agama negara”, kata Tuan Haji Aminuddin Yahaya,Timbalan Presiden PEMBELA yang juga merupakan Timbalan Presiden ISMA.

Beliau membacakan kenyataan media PEMBELA di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam, selepas solat Jumaat,semasa bantahan aman penganjuran Festival Seksualiti Merdeka 2011.Katanya,kempen kumpulan Seksualiti Merdeka itu bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Kanun Kesiksaan dan Jenayah Syariah (bagi muslim) kerana ia menyeru orang ramai untuk menjalani kehidupan seks luar tabi’i yang merupakan suatu perbuatan jenayah.


“Kami mengambil prihatian serius terhadap usaha kelompok ini yang mahu mengetengahkan hak LGBT sebagai hak asasi manusia di negara ini. Ini akan pasti mewujudkan kontroversi yang sepatutnya tidak timbul atau digalakkan timbul di negara ini kerana budaya dan gaya hidup Barat dalam isu hak LGBT ditolak di negara ini.Aliran pemikiran Sekular, Plural dan Liberal yang menjadi kerangka pemikiran mereka akan membentuk masyarakat yang merungkai hukum agama dan menjadikan agama hanya sebagai budaya ritual di peringkat peribadi semata-mata.Justeru, perbincangan yang mengarahkan kepada menjadikan amalan hidup LGBT sebagai gaya hidup di Malaysia tidak harus diketengahkan di negara ini”, katanya.

Dalam perhimpunan itu,Presiden PERKID,Ustaz Masrizi bin Sat menjelaskan usaha NGO yang bertopengkan slogan hak asasi manusia yang menghalal perkara diharamkan agama bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia.

“Usaha-usaha yang dijalankan oleh NGO yang bertopengkan hak asasi manusia yang berkiblatkan Barat uba masuk menyelinap ke dalam negara kita cuba menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah swt.Bukan hanya bercanggah dengan hukum Islam, bahkan adat tabie kemanusiaan, apabila menghalalkan homoseksual,lelaki bersetubuh dengan lelaki perempuan bersetubuh dengan perempuan bahkan menghalalkan persetubuhan dengan binatang dan mayat.

“Inilah adalah perbuatan yang melampau..yang tidak sama sekali kita boleh terima dalam tamadun masyarakat kita yang menjaga norma-norma kehidupan..budaya Melayu..budaya masyarakat Malaysia yang aman selama ini”, katanya.

Ustaz Masrizi yang memimpin Gerakan Selamatkan Akidah Umah dan memiliki rumah kebajikan PERKID pemulihan akidah remaja lelaki dan perempuan yang terjebak dalam masalah sosial berkata percubaan mempromosi budaya seks luar tabie perlu dibendung segera untuk menggelakkan lebih ramai lagi generasi muda akan rosak.

Selain itu, Ustaz Shamsul Maarif, wakil IKRAM turut menyatakan sokongannya terhadap usaha PEMBELA dalam menangani gejala seks luar tabie itu.

KITA LIHAT 9 NOVEMBER INI !!!

ADAKAH AMBIGA MENERUSKAN NIAT NYA UNTUK MENERUSKAN PERHIMPUNAN INI !!!

SETERUSNYA MERASMIKAN PERHIMPUNAN INI ???

SEKIRANYA TERJADI,MARI KITA BERGABUNG TAK KIRA UMNO,BN,NGO ATAUPUN PAKATAN MENGHALANG SEMUA INI !!!

INI ADALAH BUDAYA SONGSANG YANG DI LARANG OLEH ALLAH S.W.T

TAKBIR !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates