Social Icons

Pages

Friday, December 16, 2011

APA LAGI YANG PAS NAK PERJUANGKAN ??? NEGARA ISLAM DAH TAK ADA !!! LAGI ???


NEGARA berkebajikanlah,Buku Jinggalah.Sesiapa pun kalau 'membacanya',pasti mengerti semua yang terkandung di dalam dua agenda pembangkang ini sudah pun terangkum dalam pelan pembangunan negara sejak merdeka lagi.Berkehendakkan sekolah,klinik dan hospital, nah! semuanya beribu-ribu terpampang di muka bumi Malaysia ini.Itu belum lagi soal yang lain-lain sehinggakan rakyat asing pun 'tercengang-cengang' sebaik sahaja tiba di tanah air ini termasuklah kira-kira dua juta pekerja mereka.

Tambah manis lagi apabila aspek pembangunan negara ini digarap dengan pelan transformasi yang digerakkan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak menyandang jawatan Perdana Menteri. Manfaat pelan ini mula menebar rezekinya di kalangan rakyat.Kerana itu, kalau secara kasar kita boleh ungkapkan: 'apa nak lagi'? Tapi biarlah secara tertib 'bukankah semuanya sudah ada'. Buat apa ibarat 'tikus membaiki labu'.Sewajarnyalah Pas yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan dahulu parti itu boleh membangunkan ummah dalam bidang ekonomi dan ilmu. Ini khususnya di sebuah negeri Pantai Timur yang diperintahnya hampir lebih 20 tahun itu.Pas perlu berfikiran besar. Jangan terlalu jumud dan kecil. Janganlah gunakan diri sendiri untuk mengukur alam yang luas ini.

Cuba renung-renungkan cerita orang buta dan gajah. Bila yang seorang terpegang ekor gajah, maka disangkanya gajah itu panjang dan tirus. Yang seorang lagi terpegang telinga gajah, lalu disangkanya gajah itu nipis. Seorang lagi memegang badan gajah dan disangkanya gajah itu keras macam tembok.Islam itu hakikatnya lebih besar dari gajah yang ditafsir oleh tiga orang buta tadi. Malah Islam itu lebih besar dari tafsiran sempit sebilangan pengikut yang berpartikan Pas yang menganggap mereka lebih Islam daripada orang lain.Dalam Islam,kenalah keutamaan yang betul dalam soal agama ini.Kalau kita asyik kejar yang sunat dan yang kecil,kita akan abaikan yang besar atau yang penting.

Masalahnya, sebilangan dalam Pas ini lebih utamakan yang kecil dan cabang dari itu yang besar dan yang penting. Kelak, lama-kelamaan kita pentingkan apa yang sebenarnya perkara luaran sahaja. Bukan isi atau semangatnya. Kita hanya pentingkan cara menangkap daripada mengajar atau membetulkan.Ini penting untuk kita fahami sedalam-dalamnya supaya kita dapat melahirkan umat Islam yang berhati besar, yang kuat, yang kaya dan yang berilmu. Itu sahaja caranya kita nak lawan orang lain.

Kalau kita lawan dengan air liur dan cakap sahaja seperti mana Abdul Hadi dalam memperkatakan Negara Berkebajikan Pas sedangkan di negeri Pantai Timur itu pun sampaikan pembangunan pesat di Jeli termasuk projek Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pun diusahakan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed dari parti kerajaan, tak akan ke mana kita.Cuba sekali lagi kita renung-renungkan kisah Pas semasa pilihan raya. Antara yang paling menarik ialah tentang kedudukan wanita sebagai calon pilihan rayanya. Ya, memanglah calon wanita pertamanya yang diturunkan ialah Khadijah Sidek ketika pilihan raya (umum) pada 1955 yang ketika itu negara ini dikenali nama Tanah Melayu.

Tetapi sejak itu, calon-calon wanita dari parti itu lenyap terus kelibatnya. Tiba-tiba pada Januari tahun ini, Pas mengakui parti itu membuat tafsiran semula ayat al-Quran berhubung keputusan meletakkan calon wanita bertanding pilihan raya apabila menurunkan Normala Sudirman pada pilihan raya kecil Tenang di Johor.Isu calon wanita menjadi bukti betapa Pas sebenarnya membuat sesuatu dasar bukanlah kerana mereka benar-benar ingin mengikut ajaran Islam sebenar. Tetapi lebih kepada soal kepentingan politik.

Kalaulah kita melihat gejala atau fahaman yang dianuti Pas itu jelas menunjukkan kaum wanita tidak ada tempat dalam Pas. Ini bermakna jika Pas memerintah negara ini selepas negara kita merdeka dulu, kita tidak akan dapat melihat bakti dan jasa yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh pejuang wanita kita seperti Tan Sri Kontek Kamariah, Tan Sri Fatimah Hashim, Tan Sri Aishah Ghani malah Ibu Zain yang sama-sama berjuang dengan golongan lelaki untuk meletakkan martabat wanita Melayu setaraf dengan lelaki dalam perjuangan menegakkan maruah bangsa.Malah,dalam zaman pasca merdeka pula, jika kita mengikut dasar Pas sudah tentu kita tidak akan dapat memperoleh khidmat bakti daripada seorang menteri yang gigih dan cekap seperti Tan Sri Rafidah Aziz dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Ini menyusul pula tentang Negara Berkebajikan Pas.Sejak bila pula negara Malaysia tidak mempraktikkan amalan kebajikan kepada rakyatnya. Kita tidak tahu apa pula motif Pas kali ini.Hakikatnya undi orang Melayu tidaklah banyak - sekitar 6.3 juta manakala bukan Melayu lebih 4 juta.Namun jika diambil perhatian,pengundi Melayu memang tersangatlah liat untuk keluar mengundi lebih-lebih lagi jika hujan lebat di sebelah pagi hari pengundian.Tambah pula lagi sikap kurang kesedaran peri pentingnya mengundi masih tebal, justeru umat Melayu jangan mimpilah untuk terus memegang tampuk kuasa memerintah negara ini.

Dengan kepimpinan Pas, DAP dan PKR masih terus bermain teka-teki untuk membentuk gabungan yang mantap seperti Barisan Nasional (BN), maka sebab itulah kita ternampak bermacam-macam 'manifesto pilihan raya' dikeluarkan.Sekejap oleh Pas, sekejap lagi oleh PKR dan tidak lama lagi oleh DAP. Sehingga hari ini tidak ada pula bayang atau kelibat orang Pas, DAP mahupun PKR tiba di muka pintu pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Presint Diplomatik, Putrajaya untuk mengusul mahupun menyerahkan borang pendaftaran gabungan parti-parti sekutu itu.Dan kerana fikiran yang berkecamuk inilah kita lihat nada kenyataan yang berbeza tentang isu-isu semasa politik meskipun dari satu parti diungkapkan oleh Nik Abdul Aziz di Kelantan, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Perak) dan Khalid Samad di Selangor.

Kepada Pas, sekali lagi renung-renungkanlan kata-kata pejuang kemerdekaan India, Mahatma Gandhi ini: "Di atas dunia ini semua sudah sempurna untuk memuaskan keperluan kita tetapi tidak pernah cukup untuk memuaskan ketamakan kita."

Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my

2 comments:

Lebai Malang said...

..jangan dok layan sangat telatah dan gelagat penganut taksub PAS ni. Apa yg orang lain buat semua tidak betul tapi apa yg mereka kata 'nak buat' itu semuanya betul walau tidak pernah buat. Bila rakyat beri undi mereka tidak buat pun. Bila dekat PRU, mereka melalak lagi nak buat itu dan nak buat ini. Dulu nak buat negara Islam dan sudah lancar Dokumen Negara Islam. Dokumen Negara Islam dan agenda PAS tentang negara Islam hilang entah kemana timbul pula Dokumen Negara Berkebajikan ala PAS. Rupa2nya PAS tidak sedar atau sedang tidor yg UMNO telah 57 tahun menjalankan program kebajikan untuk kesejahteraan rakyat dinegara ini. Mereka sebenarnya bukan tidak sedar tetapi bodoh sombong untuk mengakui perkara sebenar walau mereka serta ibubapa sendiri pun secara langsung atau tidak langsung telah mendapat manafaat dari dasar dan program kebajikan yg dilaksanakan oleh pihak kerajaan UMNO-BN...

Tukang Komen said...

Pas parti zombi. Agenda politik hanya satu iaitu nak menang pilihan raya.Berbekalkan pencacai isle dan Haramkah sudah cukup bagi mereka. Peluru senjata mereka ialah fitnah. Kekuatan parti mereka ialah pengikut yg telah berjaya diperbodoh dan disesatkan. Kelemahan mereka hanya satu je - takut pada DAP.

 
 
Blogger Templates