Social Icons

Pages

Tuesday, December 06, 2011

HOT NEWS !!! NIK AZIZ DI ANGGAP SEBAGAI NABI ??? INI JAWAPAN ABDULLAH SA'AMAH !!!


Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri Kelantan menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu,Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.Pengasas Pondok Geting,Tumpat,Abdullah Sa‘amah berkata,punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

“Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.Kecintaan ‘Ustaz Budak’ itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya MAIK menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.Desakan tersebut dibuat selepas sebuah portal detikaperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis,‘ulama adalah perwaris nabi’.

Sementara itu,Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan,Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana sikapnya yang membentuk penyokong Pas menjadi taksub dan menanam kebencian kepada umat Islam dalam UMNO.

“Pada setiap minggu di hadapan Pejabat Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz mengajar orang ramai supaya menganggap orang UMNO tidak Islam kerana mahu orang UMNO dan Pas bermusuh serta menanam benih-benih benci terhadap pemimpin parti itu.Dia turut bertanggungjawab dan jangan mendiamkan diri, kerana membenarkan pembohongan dan terlalu suka kalau dia dipuji dan dipuja,” katanya yang secara sinis bertanya adakah Ustaz Budak itu sudah mumayiz, dapat membezakan baik dan buruk atau akil baligh sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Jurucakap sebuah pertubuhan yang menghimpunkan warga institusi pondok tradisional, Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman pula berkata, Shamsul Zaman wajib bertaubat kerana kenyataan itu amat bertentangan dengan Islam.

“Hadis nabi yang sahih sudah jelas iaitu ‘tiada nabi lagi selepas aku’. Jadi bagaimanapun pula kita boleh samakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.Dalam Islam mengaku Imam Mahadi pun haram apatah lagi nabi, dahulu al-Arqam dikenakan tindakan kerana pemimpinnya mengaku Imam Mahadi, sebab itu JAIK kena ambil tindakan,” katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



NIK AZIZ NAK BERTANDING PRU 13 ???

Menteri Besar Kelantan Nik Aziz berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.Nik Aziz,berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno.Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990.Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.Menurut laporan Bernama Online,Nik Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu “hujung pangkal” perkara tersebut.

Bagaimanapun, katanya jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi,umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur.

“Cuma satu saya nak jawab kalau orang samakan saya sebagai nabi itu adalah kufur,” kata beliau


RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Bekas Penyokong PAS said...

Kalau ada sesiapa dengar atau tahu, apakah yg dimaksudkan oleh Nik Aziz dgn ungkapan "umat Islam yang menolak agama Islam"?

Nik Aziz ni terlebih minum air tapai ke?

Anonymous said...

Ramai Orang Islam yang menolak agama Islam - dengan memberi alasan untuk tidak mengikut hukum Islam, dan dengan sengaja melanggar perintah Allah.
'Bodoh' kerana malas untuk menambahkan ilmu, adalah salah satu senjata iblis.

Saiful Anuar Safian said...

Salam BR sy kagum dgn blog ni dan dal lame follow...tp tuan tak follow balik rasanye.
Kerana rasa blog tuan baik maka sy dah BLOGLIST blog BR pada blog saya
Salam dan maju jaya

Anonymous said...

agama itu mudah. tetapi nik aziz telah buat agama itu menjadi susah.

parti PAS sekarang sudah berjinak2 dengan fahaman pluralisme sejak bergabung dengan DAP dan PKR..

saya boleh terima PAS jika PAS itu parti islam. sekarang apabila bergabung dengan DAP dan PKR. sudah jelas PAS ibarat kuda tunggang DAP dan PKR.

 
 
Blogger Templates