Social Icons

Pages

Friday, May 18, 2012

EKSKLUSIF !!! TEMAN RAPAT ARWAH KIMIE RABUDIZI KATA SAKSI MEMBOHONG BERKENAAN KEJADIAN TRAGIS 6 MEI 2012 ??? WAJIB BACA !!!


sebelum ini saya telah mengeluarkan cerita berkenaan kejadian tragis pada 6 Mei 2012 yang megakibatkan kemalangan Antara Lancer dan Inspira di lebuhraya LPT dan saksi juga mengatakan bahawa Arwah Membawa kereta sehingga 200km.bagi anda yang belum lagi membaca kejadian tragis pada 6 Mei 2012

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

namun ada satu cerita di sebaliknya.teman rapat Arwah membidas kenyataan itu.saya banyak menerima email dari pembaca yang mengatakan tolong keluarkan artikel teman arwah.untuk berlaku adil,saya akan keluarkan artikel teman arwah yang di petik melalui http://tentangaznee.blogspot.comLink

Fake About Kimie Rabudzi
As salam semua..

Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah... Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah...Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan... Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk "Inpira vs Lancer..... very bad ending" secara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)


Pelbagai sumpah seranah,spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah... Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan,belum lagi keluarga arwah sendiri... Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul...


Kawan baik kami,Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami,SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham 'sijil/lesen' ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..

Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalah SALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit..Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya.Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya..Dan lagi satu versi cerita,saya telah update dalam entry sebelum ni...


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu.Cuba baca dengan teliti..Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu,arwah sedang memotong bas dan diberi high beam...Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2....Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta,memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata "padan muka"..

Dalam hal ni,kita tak boleh nak kata.. "kalaulah itu, kalaulah ini..." sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati...Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada' dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.

Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi... Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..

Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..

Saya Harap Agar Pembaca Badut Rakyat ataupun blogger yang keluarkan cerita ini hentikan cerita anda berkenaan Kisah Tragis ini saya minta maaf kerana saya hanya keluarkan cerita saksi.terima kasih kepada yang beri komen dan e-mail yang memberitahu saya agar keluarkan cerita Rakan Arwah A.K.A cerita sebenar.sekali lagi saya ucapkan Takziah kepada keluarga mangsa kejadian tersebut.Sesungguhnya daripada Nya kita datang dan kepadanya jua tempat kita akan dikembalikan.Sama-sama kita sampaikan bacaan surah Al-Fatihah kepada Arwah.Nasihat kepada semua Pembaca Badut Rakyat,Ambil ikhtibar daripada kisah di atas dan berhati-hati di jalan raya.walaupun laju atau tidak stering berada di tangan anda.anda yang mengawal stering itu.dengan ini saya tutup cerita Arwah.apa pun baca lah doa sebelum memulakan perjalanan dan juga mengakhiri perjalanan.jangan bawa laju di lebuhraya.pastikan kenderaan anda di servis dan selamat di gunakan sebelum memulakan perjalanan jauh.

AL-FATIHAH...

15 comments:

Anonymous said...

saksi WAJIB buat repot polis....wajib menceritakan perkara sebenar kepada polis...sebarang kesukaran sila email kepada

i_e5a@yahoo.com

semoga Allah membantu kita sekiranya kita difitnah insyaAllah...

kita usaha

Anonymous said...

arwah org klantan ke? kalo org klantan, mmg aku percaye la bwk mcm pelesit dan bsr kpala( ikut pngalaman aku)..
kalo bukan klantan, aku yakin, arwah x mcm tu.

Johan bin Ramli said...

Cerita ini amat sedih sekali.... kematian ini (sebab akibat) disebabkan terdapat individu yang angkuh, tidak sabar serta takbur..(maaf saya terpaksa sebut) ketikat memandu kereta baru....individu berkenaan (termasuk kita) wajib muhasabah diri dan berubah sikap serta memohon ampun kepada Allah... dosa yang di tanggung amat besar...

Andi_Husin said...

Takziah untuk arwah....dan ini pengajaran bagi yang masih hidup...x kita la kelajuan itu bawah 200 KM/H,atas 110KM/H pun masih laju..pasti mengundang risiko setiap kali kita memecut..

Ini menunjukkan apa car manufacture pun boleh accident..mahupun murah hingga termahal..

Anonymous said...

Kalau kereta tu kemalangan ketika 200km/j rasanya kereta tu dah hancur bersepai..tapi dari gambar kemalangan kereta tu masih ada rupa...kalau 100km/j lojik la...

Anonymous said...

bawak kereta perlahan pun boleh melambung-lambung kereta,patah tengkuk?

Anonymous said...

quote:arwah org klantan ke? kalo org klantan, mmg aku percaye la bwk mcm pelesit dan bsr kpala( ikut pngalaman aku)..
kalo bukan klantan, aku yakin, arwah x mcm tu.
-micheal schumacer pun bkn org klantan genius!!!

Anonymous said...

Bro,

Masa sy baca cerita yg first tu memang rasa ada perkara tak logik. Sehinggalah hari ini sy baca cerita dari teman dia. Soalan dlm kepala sy sehinggalah terjawab hari ini ialah.....

1. Tak mungkin seorang pemandu yg punyai bayi mengambil risiko memandu 200km/h. Speed ni mcm orang racing F1.

2. Tak mungkin isteri dia disebelah mendiamkan diri bila suami memecut dgn kelajuan tersebut.

Kita ni biasa melalui zaman anak satu. Semua perkara kita nak lengkapkan dan berhati2. Bila lihat wajah kedua2 mangsa, sukar sy nak percaya dia memandu 200km/h. Tkasih kepada sahabat dia yg membela. Al-Fatihah, Allah lebih menyayangi mereka.

Anonymous said...

ada logik dari 1st fakta tu dan aku rasa mamat inspira yg cucuk lancer tu yg tulis email tuh. berkenaan teman rapat tu cuma nak cover balik dgn tidak berada di tempat kejadian dan defendant sbgai teman rapat sudah pasti berat sebelah.

pembahagi jalan amat sukar di seberangi melainkan memandu dgn benar2 laju. road barrier negara ni di design dgn guide AASHTO Manual for Assessing Safety Hardware (MASH) dgn spec mampu menahan rempuhan truck 2 ton pada 110kmh. lancer seringan 1.2ton amat susah nak terkeluar dari barrier melainkan dipandu laju. ape pon ianya pengajaran utk yg hidup dan usahlah kita mengumpat org yg telah pergi, wallahualam. al fatihah

r&9877 said...

ada logik dari 1st fakta tu dan aku rasa mamat inspira yg cucuk lancer tu yg tulis email tuh. berkenaan teman rapat tu cuma nak cover balik dgn tidak berada di tempat kejadian dan defendant sbgai teman rapat sudah pasti berat sebelah.
pembahagi jalan amat sukar di seberangi melainkan memandu dgn benar2 laju. road barrier negara ni di design dgn guide AASHTO Manual for Assessing Safety Hardware (MASH) dgn spec mampu menahan rempuhan truck 2 ton pada 110kmh. lancer seringan 1.2ton amat susah nak terkeluar dari barrier melainkan dipandu laju. ape pon ianya pengajaran utk yg hidup dan usahlah kita mengumpat org yg telah pergi, wallahualam. al fatihah...

Unknown said...

Takziah kpd arwah. harap dpt dijadikan pengajaran kpd org lain.

KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

cukup-cukup la membuat spekulasi... dah takdir allah ajal nya pada waktu itu.jd....apa skali pun sbb kemalangan itu mereka pasti akan 'pergi'.kita yg hidup kalau boleh jgn sebut perkara yg x elok ttg org yg telah tiada.ade yg rase xelok or x puas ati pendamkan saja.better muhasabah diri sendiri.wlwpun sya tidak pernah mengenali arwah tetapi sy amat bersimpati dgn apa yg terjadi.semoga anak arwah terbela hidupnya.

Anonymous said...

Admin pun saje guna ayat havoc.. Org tue explain lain, lu kasik tukar ayat lain.. Apa daaa.. Wat fitnah jer..

Anonymous said...

arwah asal org perak...

rizal said...

mana "KISAH SEBENARNYA"? kalo stakat teman rapat yg membela, itu berat sebelah tu,mana saksi yg boleh dipercayai?apa pon takziah pada arwah & isterinye...

 
 
Blogger Templates