Social Icons

Pages

Wednesday, December 28, 2011

KARNIVAL SAYANGI SELANGOR SELAMA 4 HARI !!! PAKATAN HARAM DAH MENGGELUPUR ???


Mulai hari ini 28hb Disember 2011,Barisan Nasional (BN) Selangor akan menganjurkan karnival empat hari yang bertujuan untuk menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang hidup majmuk dan hormoni.Karnival yang akan berlangsung selama 4 hari ini akan diadakan di i-City.

Pelbagai aktiviti interaktif dan menarik disusun oleh BN negeri berteraskan kekeluargaan terutamanya bagi belia di karnival bertemakan 'Karnival Sayangi Selangor".

Aturcara Karnival adalah seperti berikut ;


KLIK UNTUK BESAR KAN !!!


KLIK UNTUK BESAR KAN !!!

Karnival ini merupakan penutup kepada semua program yang diwujudkan dan dilaksanakan oleh Barisan Nasional Selangor bagi tahun 2011 demi manfaat penduduk di negeri ini sebagai simbolik menutup jendela 2011 dan menyambut kedatangan tahun 2012.

Objektif Karnival ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran dan persefahaman dalam kalangan masyarakat umum mengenai pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijadual menghadiri majlis itu dan potret gergasi Perdana Menteri yang dibentuk daripada gambar pelbagai wajah penduduk Selangor dan akan turut diserahkan kepada Najib pada majlis berkenaan.Semoga usaha murni yang dianjurkan buat julung kalinya oleh BN iaitu Karnival Sayangi Selangor selama 4 hari ini akan berjalan dengan baik dan sukses.

pssst --- nasib baik saya di johor baru.hehehehehe...

JOM KITA RAMAI-RAMAI MEMERIAH KAN KARNIVAL SAYANGI SELANGOR 2011 !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates