Social Icons

Pages

Tuesday, January 17, 2012

BONGKAR !!! SIAPA YANG HARUS DI BERSIHKAN ??? PAKATAN HARAM ATAU BN ???


Pakatan Haram semakin teruja untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) telah melancarkan satu gagasan iaitu 'Membersihkan Malaysia'.Dalam kongres yang berlangsung di Alor Setar,kelmarin mereka menyatakan ia adalah 'Tawaran Jingga' untuk mengundang seluruh rakyat dalam misi berkenaan kononnya yang membersihkan negara ini daripada pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Persoalannya sekarang,siapakah yang harus dibersihkan ??? Malaysia,BN,UMNO atau Pakatan Haram sendiri yang dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi meraih kuasa politik ??? Saya Minta Maaf selama ini saya selalu sebut Pakatan Haram.kenapa saya sebut.macam biasa,tak berdaftar dan geli saya nak sebut Pakatan Rakyat.kalau nak sebut Pakatan Rakyat.ada kah mereka tunai kan janji dalam masa nak dekat 4 tahun ini ??? cuba anda beritahu saya ??? daripada pakatan Haram ini menumpukan perhatian kepada usaha membersihkan Malaysia baik mereka membersihkan dahulu segala kepincangan yang berlaku dalam negeri-negeri yang diterajui oleh mereka iaitu seperti di Pulau Pinang,Selangor,Kedah dan Kelantan.betul atau tidak apa yang saya beritahu ini ??? anda lihat sendiri janji yang mereka tabur kan wahai pembaca Badut Rakyat sekalian.ada kah anda dari negeri yang saya sebut ini ??? apa yang anda dapat selama Pakatan Haram ini memerintah ??? cuba beritahu saya ??? sepatutnya mereka harus membuat kaji selidik bertanya kepada rakyat di negeri-negeri ini apakah mereka berpuas hati dengan pemerintah PAS di Kedah dan Kelantan,PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang.baru betul.anda lihat sendiri di selangor.apa dah jadi ??? dulu Selangor Darul Ehsan,sekarang selangor darul sampah.oppss...nak tengok bukti,bukti di bawah.apa cerita pulak dengan PKNS ??? sampai sekarang tak settle lagi dengan kenaikan sewa 100 peratus.bukan kah itu bawah pentadbiran kerajaan negeri selangor ??? lagipun dah banyak kajian mengatakan Pakatan Haram ni dah ramai rakyat benci.

Pakatan Haram ini masih lagi dibuai kejayaan pada tahun 2008 dan beranggapan sentimen rakyat masih kekal menyokong mereka seperti mana pada tahun tersebut.seperti Nurul Izzah sendiri.apa dia buat kat lembah pantai ??? anda ada lihat perubahan di lembah pantai ??? mereka terlupa agak nya.apa pun BN sudah tidak lagi meratapi keputusan buruk tersebut,sebaliknya bangkit melakukan perubahan bagi meraih sokongan rakyat.BN sudah banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan pada tahun 2008 tetapi bagaimana dengan Pakatan Haram ini ??? anda lihat gambar di bawah.dulu selangor bukan main cantik lagi,sekarang apa dah jadi ??? takkan kerajaan persekutuan nak tanggung semua ini ???


Pakatan Haram mahukan 'membersihkan Malaysia' tetapi diri sendiri pun belum tentu bersih.anda lihat sendiri dengan Anwar Ibrahim anda tahu.Kalau betul Pakatan haram mahu berbuat demikian,maka pastikan bukan sahaja bersih tetapi juga dilihat bersih,selangor pun bersih dan sebagainya.Jangan bersekongkol dengan pemimpin yang ada masalah moral dengan menganggap ia fitnah dan urusan peribadi dan ada parasit dalam nya.jangan cuba menutupi kelemahan pentadbiran di negeri- negeri yang pakatan haram ini kuasai dengan alasan bantahan rakyat dalam pelbagai isu yang berlaku ada perancangan UMNO dan BN.sikit-sikit salah kan UMNO dan BN.kenapa tak nak salahkan diri sendiri ??? Jelaslah sikap Pakatan Haram seperti mana kata Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak pernah berubah,pakatan haram ini sentiasa sahaja mencari kesalahan kerajaan BN semata-mata untuk meraih undi.Walaupun mereka secara diam-diam mengakui di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pelbagai transformasi dilakukan dalam semua bidang,namun mereka enggan mengakui.Sebab itulah apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN dianggap tidak betul belaka,tidak ada sekelumit pun pengiktirafan yang diberikan biar pun mereka mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah baik.semua nak tuduh bukan-bukan.apa yang mereka beri selama ini kat anda ??? kerajaan beri semua nya termasuk BR1M.nak harap Pakatan Haram ??? bagi voucher membeli belah 100 kat warga emas pun hanya yang segelintir dapat.hanya yang terpilih.

Malang sekali kepada Malaysia kerana mempunyai satu barisan Pakatan Haram yang bukannya bersikap check and balance tetapi lebih kepada usaha merebut kuasa politik dalam pilihan raya.Kegairahan untuk memenuhi impian pemimpin utama mereka menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan segala kebaikan kerajaan mahu dilupakan.boleh ker Anwar Ibrahim jadi Perdan menteri kalau perangai sedemikian.anda tahu apa yang saya maksudkan.Namun begitu saya yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan politik sempit dan merebut kekuasaan yang sedang diuar-uarkan pembangkang melalui slogan 'Bersihkan Malaysia'.Rakyat terutamanya golongan yang terpedaya dengan slogan 'Harapan Baru' yang diuar- uarkan oleh pakatan haram pada tahun 2008 sudah sedar akan kesilapan mereka.Ternyata sekali 'Harapan Baru' yang kononnya akan membawa kecemerlangan kepada rakyat jika memilih pakatan haram hanyalah omong kosong sahaja.lihat sendiri 16 september 2008,nak ambil alih malaysia.Rakyat sudah lihat bagaimana 'kelam-kabutnya' pemerintahan PKR, DAP dan Pas di negeri-negeri yang mereka kuasa.

Di Pulau Pinang pelbagai kontroversi berlaku,di Kedah,Pas dilihat tidak membawa apa-apa kemajuan,di Selangor kerajaan negeri terus berpolitik sehinggakan isu air pun tidak boleh diselesaikan sementara masalah sampah menjadi 'ancaman terbaru' kepada penduduk yang saya sebut kan di atas.manakala di Kelantan, sejak 1990 negeri itu hanya kaya dengan slogan tetapi kehidupan rakyat semakin tertekan dengan air kotor dan macam-macam lagi.Oleh itu hasrat pakatan Pakatan Haram untuk 'Membersihkan Malaysia' hanya satu lagi slogan dalam usaha 'mempedayakan' rakyat menyokong mereka.Justeru adalah wajar rakyat terutamanya golongan atas pagar memikir semasak-masaknya propaganda baru pakatan haram ini.Mereka perlu menilai dan meneliti setiap hujah pembangkang melalui slogan 'Membersihkan Malaysia' itu.



Cuba bertanya apa yang hendak dibersihkan ??? kerajaan BN pula sudah melakukan pelbagai perubahan dalam semua perkara yang selama ini menjadi kontroversi.Biar pun ada tindakan tersebut tidak memuaskan hati pihak lain tetapi kerajaan terpaksa melakukannya dalam usaha memastikan tiada perkara yang akan dipolitikkan oleh Pakatan Haram.itu yang saya lihat sendiri dan saya kaji dalam hal ini.Malahan dari semasa ke semasa,pelan transformasi yang dibawa oleh Dato' Seri Najib semakin diterima oleh rakyat dan mula mendatangkan kesan kepada sokongan politik untuk BN.Semua ini meresahkan pakatan haram kerana mereka mengetahui kepimpinan Dato' Seri Najib berbeza dengan kepimpinan negara pada tahun 2008.Justeru mahu tidak mahu mereka perlu mencari alasan bagi memburuk-burukkan kerajaan seolah-olah kalau Pakatan Haram memerintah,Malaysia akan menjadi lebih baik.nak bagi tol free.hellooo..itu guna duit KWSP.kalau duit KWSP dah habis macam mana rakyat nak ambil masa tua.nak kurangkan harga minyak ??? boleh ker ??? nak bagi mahasiswa belajar dengan percuma ??? siapa nak gaji kan guru-guru yang mengajar mahasiswa ?? itu semua rolling dari duit cukai yang anda bayar juga.apa pun rakyat beri rakyat dapat balik seperti apa yang anda dapat sekarang.seperti juga semua guru di malaysia termasuk prof yang mengajar di universiti.

Tetapi cuba bertanya apa lagi Pakatan Haram nak lakukan,segala-galanya sudah,sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan BN,tiada pihak yang tertindas atau tidak dibela,tidak ada mana-mana kelompok yang dipinggirkan dan tidak ada mana-mana golongan yang dianiaya.Malahan kerajaan BN juga menunjukkan ketelusan dalam setiap perkara yang dilakukan termasuklah memerangi rasuah,tidak ada sikap berat sebelah dan tidak tolak ansur.Namun malangnya tiada pengiktirafan daripada Pakatan Haram ini,sebaliknya mereka menganggap kalau kena puak mereka itu konspirasi dan fitnah,kalau kena puak BN,mereka akan anggap itu sandiwara.ada ker patut ??? ada kah ini di nama kan Keadilan ??? anda lihat sendiri Pemimpin KOD 71 ataupun Penduduk Tetap di beri kan Gelaran Datuk.itu pemimpin Pakatan Haram.kalau kerajaan malaysia kejam ??? dulu,Pakatan Haram sendiri kata kod 71 tu kononnya warganegara asing.anda yang cakap,bukan saya yer pemimpin Pakatan.

Maknanya buat lah apa pun kebaikan atau tindakan,yang pasti tidak akan satu patah pun pujian yang akan diterima daripada Pakatan Haram.apa pun biarlah pakatan haram dengan agenda politik mereka kerana matlamat mereka hanya untuk merebut kuasa politik berbanding BN yang bertungkus-lumus melakukan pelbagai pendekatan dan tindakan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.Justeru tidak apa-apa yang perlu dikhuatiri dengan slogan 'Membersihkan Malaysia' kerana rakyat malaysia sekarang tahu menilai,siapakah yang sepatutnya 'dibersihkan',BN yang sudah banyak menabur jasa dan terus berusaha meningkatkan taraf hidup mereka atau Pakatan Haram yang tidak melakukan apa-apa selain berusaha merebut kuasa dan asyik dengan janji kosong mereka.janji 100 hari tapi anda sendiri dapat lihat !!!

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

D kedah tak ada apa yg boleh d banggakan...cuma yang ketara skrg banyak rumah mesjid d cat( warnakan ) hijau baik dinding rumah mau pun atap... tp malangnya BN mau pun UMNO tak banyak mainkan peranan ke akar umbi...depa banyak lenaaaaaaaa....

Zamri said...

Bukan pakatan rakyat tapi pakatan jahat...

Anonymous said...

fitnah fitnah kerajaan pencacai umno ...

Anonymous said...

Fitnah mendenyer kalu tak tunai janji...

 
 
Blogger Templates