sebelum ini saya ada membuat posting mengenai Faris Nur Daniel yang menghidap penyakit barah darah
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
Al-Fatihah disedekahkan buat Arwah Adik Faris Nur Daniel yang telah meninggalkan kita pagi semalam kira-kira jam 10 lebih di Sime Darby Healthcentre.Teratakarmo Melaporkan Terasa agak kecewa tidak dapat melihat raut wajah arwah pada saat akhir namun berkesempatan mengangkat Jenazah Arwah ke dalam Van.Mengalir airmata melihat Arwah yang telah dikafankan namun Teratakarmo redha Allah lebih menyayangi beliau.

Teratakarmo Hanya sempat bersembang seketika dengan Ayah Arwah Faris iaitu saudara Sham dan Isteri beliau dan menyampaikan salam dari rakan-rakan.Terus terang agak terkilan juga tidak dapat melawat arwah ketika hayat beliau masih dan terus terang Teratakarmo dapat merasakan penderitaan si anak kecil ini dan keperitan apa yang ditanggung oleh ibubapa faris.Cukup membuat airmata Teratakarmo mengalir melihat jasad arwah dibawa pergi dengan Van Jenazah.
SUASANA SEDIH MENYELUBUNGI DIBILIK ICU
Kepada sahabat-sahabat yang telah membantu menderma dan menyebarkan perihal penderitaan adik Faris Nur Daniel ini Teratakarmo ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga.Mengenai pembayaran ke akaun Saudara Sham (Ayah Arwah Faris) ada berlaku sedikit kesilapan teknikal dimana Akaun Bank hanya dapat menerima kemasukkan untuk 15kali transaksi sahaja.Jadi kepada sesiapa yang ingin menderma teruskan niat anda sehingga berjaya kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban Kedua Ibubapa Arwah.
SUASANA DI SIME DARBY HEALTHCENTRE
Sesungguhnya kehidupan ini tidak mengenal usia.Bila-bila sahaja apa yang ada disekeliling kita mahupun kita sendiri dijemput menemuiNYA bila sudah tiba masanya.Hanya Doa diiringi Al-Fatihah buat adik Faris Nur Daniel yang mampu dipanjatkan semoga roh beliau dicucuri rahmat.Kepada Keluarga Arwah diharap banyakkan bersabar atas segala ujian dariNYA.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Arwah.
SEMOGA ROH MU DI CUCURI RAHMAT
AL-FATIHAH...
1 comment:
Takziah dari saya sekeluarga, Hamba Allah. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat arwah. Al-Fatiha
Post a Comment