Social Icons

Pages

Friday, February 24, 2012

HOT NEWS AND VIDEO !!! AKHIRNYA LISA SURIHANI MILIK YUSRY ABDUL HALIM !!!



Dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim,sah bergelar suami kepada pelakon popular,Lisa Surihani Mohamed.Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot,selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam tadi.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.


Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan media.Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Tersenyum gembira,wajah pengantin dua jiwa, hati yang sama.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.


Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding. Lisa mencium tangan suaminya menandakan mulalah kehidupan mereka sebagai suami isteri.

LIHAT VIDEO DI BAWAH











TAHNIAH KEPADA LISA SURIHANI DAN YUSRI ABDUL HALIM !!!

AKAD NIKAH MALAM JUMAAT LAH !!!

OPPSSS...

1 comment:

Anonymous said...

Ape lah si Yusri ni. Dulu dgn Erra pun kau buat grand tapi sekejap je nko dah bercerai. Tak beranak pun Erra tu. Buat ape nko buang duit buat cara cam ni. Jgn nak tunjuk hebat dgn majlis yg grand je. Yg penting tunjukkan kehebatan kelelakian nko tu dulu. Kalau Surihani ni beranak nanti baru aku respek nko.

 
 
Blogger Templates