Social Icons

Pages

Friday, February 24, 2012

HOT NEWS !!! HILMI MENDAKWA ADA PERMAINAN KOTOR DALAM PAKATAN HARAM ???


Kesukaran hidup dan keaiban yang dilalui oleh Hilmi Hazimin Malek dan bekas kekasihnya, Elizabeth Wong dipercayai berpunca daripada permainan kotor politik Pakatan Rakyat sendiri.Hilmi yang menjadi buruan polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu bagaimanapun tidak tahu siapakah musuh dalam selimut yang menganiayanya itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (panggilan untuk Elizebeth).Namun saya tidak tahu siapakah orang itu dan motif mereka bertindak begitu,” kata Hilmi yang enggan mengulas lanjut mengenai dalang itu.

Kosmo Melaporkan Hilmi,membuat pendedahan itu ketika ditemui wartawan Kosmo! di Polresta, Barelang, Batam, Indonesia selama tiga hari sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.Sejak tiga tahun menjalani kehidupan sebagai pelarian sebelum ditahan pada 3 Februari lalu, Hilmi masih disiasat oleh polis Indonesia mengenai dokumen palsu yang digunakan sepanjang berada di Indonesia.

Mengimbau saat-saat mula tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth, Hilmi memberitahu, dia dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu ada bertemu bagi membincang mengenai perkara mengaibkan itu.

“Kami sama-sama duduk dan sama-sama menangis mengenang musibah yang menimpa diri Elizebeth,” katanya yang kemudian mengambil keputusan untuk sama-sama tidak membuka mulut mengenai isu tersebut kepada mana-mana pihak

No comments:

 
 
Blogger Templates