Social Icons

Pages

Friday, February 24, 2012

SKANDAL PASIR DAN SELCAT !!! BILA KHALID GAGAP NAK JAWAB CABARAN @NOHOMAR ???


SELCAT bermaksud Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memantau sebarang salah laku ataupun penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang melibatkan kerajaan negeri Selangor. Anggota SELCAT ini terdiri daripada Azmin Ali,Haniza Talha, Saari Sungib,Edward Lee Poh Lin,Sulaiman Razak dan Ismail Sani keduanya daripada BN

SELCAT juga pernah digunakan oleh kerajaan Selangor untuk mengadili kes BALKIS yang melibatkan perbelanjaan yang mencecah ratusan ribu ringgit yang diadakwa sebagai penyelewengan.SELCAT juga pernah dikatakan akan menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Faekah Husin Sudah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri menjemput Noh Omar untuk hadir memberi keterangan ketika prosiding berkenaan isu pasir dijalankan oleh Selcat.

Agaknya SELCAT dah lupa beberapa perkara.Pertama SELCAT harus menjemput 9 orang kakitangan yang dipecat kerana merekalah first level yang patut dipanggil kerana dipecat selepas mengadu berlakunya penyelewengan di dalam KSSB.Betul kata Suhaimie Kota Raja bahawa mereka dipecat atas alasan disiplin tetapi itu semua hanya satu strategi untuk membuatkan mereka terkeluar daripada KSSB.

BUKTI SUDAH ADA !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1BGzmRwznu5Sh75Shk0Zq7GItHi4K5ADH_Ko6F-851eNiXAkVP4Onvt7k2h3W-0WvPbhaBUCATx-IMn8KIcZF_O9Rf11F1jr-5bbDWKZ5zDe7HaOXAzAWaWPBV44RTnRuXyxbHwx7rlk/s400/769.png

Laporan polis daripada kakitangan K.S.S.B yang diugut bunuh melalui satu panggilan telefon.


Akuan Bersumpah salah seorang kontraktor pasir yang dipermainkan oleh kakitangan K.S.S.B


Surat daripada K.S.S.B mengesahkan bahawa Wong Swee Leong adalah pegawai yang dipertanggungjawapkan untuk setiap sebut harga K.S.S.B

Kedua adalah krebiliti SELCAT itu sendiri,Hasan Ali ketika menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pernah mempertikaikan kreabiliti SELCAT.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Ketiga apakah yang mampu dibuat oleh SELCAT sekiranya terbukti ada penyelewengan berlaku ??? Selcat ini wujud hanya untuk menjaga kepentingan kerajaan negeri Selangor dan juga mencari kesilapan orang lain.Natijahnya mereka sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap sebarang dakwaan.

Keempat adalah Khalid Gagap masih belum menjawap apa bentuk tindakan yang akan diambil oleh beliau andai terbukti wujud penyelewengan di dalam KSSB. Noh Omar memberi 3 tindakan yang perlu diambil.Pertama MB akan letak jawatan,Keduanya memecat Exco dan Adun yang terlibat dan ketiga membubarkan dun Selangor.

saya yakin Noh Omar tidak takut untuk memberi kenyataan tetapi apa yang penting adalah kreabiliti badan induk tersebut untuk menjatuhkan hukuman.Noh Omar mahu Selcat diteruskan bukan bermakna dia mengakui kreabiliti Selcat tetapi mahu supaya rakyat tahu bahawa Selcat hanyalah satu jawatankuasa menjaga kepentingan kerajaan PKR Selangor. Walaupun ada 2 wakil BN didalam Selcat tetapi sebarang keputusan akan dibincang terlebih dahulu sebelum di bentangkan ketika prosiding Selcat.

Apa yang lebih afdal adalah penubuhan satu jawatankuasa diraja supaya semua pihak boleh memberi keterangan dan sebarang hukuman diakui oleh semua pihak, Andai Selcat membuat keputusan ianya akan dipertikaikan kerana penubuhan Selcat jelas menunjukkan mereka akan mempertahankan kerajaan Selangor.

Satu soalan yang mash belum terjawab Kenapa MB tak beri kenyataan.Kenapa perlu Yaakob Sapari dan juga Faekah yang bagi kenyataan.Khalid Gagap dah takut nak keluar kenyataan ke atau dah kene sound dengan DAP ????



LIHAT MINIT KE 11 SEHINGGA 14 CABARAN NOH OMAR KEPADA MB SELANGOR !!!

KEPADA MB SELANGOR !!!!

JAWAB CABARAN NOH OMAR !!!

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates