Social Icons

Pages

Showing posts with label PASIR.... Show all posts
Showing posts with label PASIR.... Show all posts

Monday, September 17, 2012

HOT NEWS !!! GOLONGAN SYIAH TIDAK PUAS HATI USTAZ NASHA DI KEKALKAN ???



Tika ini,berdasarkan dua sumber dalaman PAS Utara dan satu sumber dari Pantai Timur tanahair telah mengesahkan sudah terdapat gerakan terancang untuk menafikan kedudukan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai calon dalam PRU 13 nanti.Sejauh mana keberkesanan kempen dan gerakan sedemikian sukar lagi ditentukan namun ia mengesahkan pihak-pihak yang tidak secocok dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu masih belum berputus asa untuk melaksanakan agenda mereka.Dalam pada itu,kegagalan Majlis Syura PAS membincangkan agenda pemecatan Nasharudin tempohari tidak hanya menyakitkan hati pemimpin PAS yang pro Anwar Ibrahim tapi turut dikongsi sama oleh golongan Syiah PAS yang diketuai Mat Sabu.Bagi pemimpin dan pengikut PAS yang memuja fahaman Syiah yang diperjuangkan oleh Mat Sabu,mereka tahu selagi Nasharudin masih lagi kekal bersama parti itu kedudukan Mat Sabu sebagai pemimpin nombor dua parti masih tidak selamat.

Tambahan pula,beberapa hari sebelum Majlis Syura bermesyuarat,sudah kedengaran ura-ura dikalangan beberapa pemimpin PAS dari kumpulan berlatar belakang agama yang mahu mencalonkan semula Nasharudin bagi jawatan Timbalan Presiden sekiranya beliau tidak dipecat dari PAS.Muktamar PAS 2013 dijangkakan berlangsung beberapa bulan selepas PRU 13,agak singkat baki masa yang ada untuk Mat Sabu bersiap sedia menerima tentangan balas dari Nasharudin.kemenangan Mat Sabu dalam Muktamar PAS pertengahan tahun lepas bukanlah satu kemenangan yang genuine sebaliknya hasil gandingan kerjasama dan dokongan sokongan dari perwakilan PAS yang teguh berdiri di belakang Husam Musa.Dalam keadaan demikian ditambah lagi dengan perancangan Husam yang turut mahu mencuba nasib untuk kali ketiga bermakna pertandingan tiga penjuru terpaksa dilalui oleh Mat Sabu.Nyata satu situasi yang langsung tidak memihak kepada imam besar Syiah PAS itu.

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, March 23, 2012

BONGKAR !!! BUKTI ROMPAKAN PASIR DI SELANGOR TERSEBAR !!!



lagi bukti rompakan pasir telah tersebar,mana ketelusan kerajaan negeri selangor yang mengatakan semua tu dah settle ??? ish ish..apa cerita ni khalid gagap ??? Sejak mengambil alih pentadbiran Selangor pada tahun 2008 kerajaan pimpinan Khalid gagap telah menjadikan industri perlombongan pasir sebagai pendapatan utama kerajaan negeri.Hinggakan sebuah syarikat khusus ditubuhkan untuk perkara berkenaan.Malah Khalid sendiri pernah berjanji depan Sultan Selangor kerajaan negeri akan mendapat hasil daripada aktiviti perlombongan pasir sebanyak RM 150 juta setahun.Penubuhan syarikat khusus dan janji RM 150 juta,itulah bukti bagaimana kerajaan pimpinan Khalid Gagap akan mengerjakan habis-habisan tanah-tanah di Selangor untuk dijadikan pendapatan kerajaan negeri.bukti pun dah banyak tersebar.tapi ada juga yang tidak percaya.ini lah keteluasan yang di katakan oleh khalid gagap.

Semasa BN memerintah Selangor,tanah-tanah milik kerajaan negeri tidak dibenarkan untuk aktiviti perlombongan pasir.Tiada sebarang lesen dikeluarkan bagi tujuan tersebut.Perlombongan hanya dibenarkan diatas tanah milik persendirian sahaja.Kepimpinan BN ketika itu tidak menjadikan pasir sebagai pendapatan utama kerajaan negeri.Mereka tumpukan kepada pelaburan asing, perindustrian dan pelancongan untuk dijadikan pendapatan utama.Manakala di zaman pemerintahan PKR, tanah-tanah kerajaan dengan sewenang-wenangnya diberi kebenaran untuk dikorek bagi mengeluarkan pasir. Hinggakan tanah milik GLC Selangor pun turut menjadi mangsa.


Keratan akhbar diatas menceritakan bagaimana sebidang tanah 20 hektar milik Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) menjadi mangsa syarikat kroni-kroni PKR yang bernama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Demi memenuhi tembolok PKR,Khalid Gagap telah mengarah dan paksa KHSB agar menyerahkan tanah GLC itu yang seluas 20 hektar di Dengkil kepada KSSB untuk dijadikan lombong pasir dan GLC itu dijanjikan bayaran RM 4.50 bagi setiap tan pasir yang dikeluarkan di tanah mereka. Jumlah keseluruhan yang diterima KHSB untuk tanah mereka yang seluas 20 hektar hanyalah RM 630,968.Logikkah dengan tanah seluas itu tuan tanah dapat tidak sampai RM 1 juta pun ???

Selangordaily.com Melaporkan nilai tanah di kawasan Dengkil paling rendah pun RM 300,000/ekar.

1 hektar bersamaan 2.469 ekar

Ini bermakna untuk 1 hektar harga tanah di Dengkil bersamaan RM 740,700 .Jika tanah KHSB berkeluasan 20 hektar maknanya nilai tanah tersebut adalah RM 14.184 juta.Jadi bagaimana mungkin KHSB hanya dibayar RM 630,968 oleh syarikat kroni-kroni PKR (KSSB) sedangkan nilai tanah mereka paling rendah pun RM 14.184 juta ???

Manakala syarikat kroni-kroni PKR (KSSB) mendapat hasil berkali-kali ganda lebih tinggi dari tuan punya tanah. Inilah yang dinamakan rompakan berhemah. Itulah cara PKR merompak harta-harta GLC Selangor untuk kepentingan mereka dan kroni-kroni mereka.

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, March 20, 2012

HOT NEWS !!! ISU PASIR !!! KHALID GAGAP BOHONG KEPADA RAKYAT !!!


Datuk Mohamad Satim Diman mengatakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim @ Gagap sebagai berbohong kepada rakyat apabila menyatakan kerajaan negeri akan menjaga dan memantau kecurian pasir di negeri ini.Datuk Mohamad Satim Diman berkata,Khalid sebelum ini berjanji untuk memberi tumpuan kepada isu tersebut namun rakyat dikejutkan dengan pendedahan kegiatan curi pasir di kawasan seluas tiga padang bola di Bukit Beruntung.Pejabat Tanah Hulu Selangor memberitahu kegiatan itu adalah yang terbesar berjaya dikesan di negeri ini.

"Menteri Besar berjanji hendak pantau kegiatan pasir.Tapi dalam akhbar The Star pada 14 Mac 2012 mendedahkan ada kegiatan curi pasir sebesar padang bola.Bagaimana dengan janji Menteri Besar sebelum ini.Beliau seolah-olah berbohong kepada rakyat," katanya.

Dalam pada itu,Satim yang mengulas ucapan ADUN Sri Muda,Shuhaimi Shafie ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada sidang DUN hari ini turut mengingatkan kerajaan negeri agar memikirkan kesan jangka masa panjang daripada kegiatan melombong pasir yang keterlaluan.

"Kerajaan negeri giat korek pasir yang menghasilkan lubang dan lombong-lombong besar.Bila mahu lakukan pembangunan mesti timbus balik.Berapa pula kos menimbus tanah itu ??? Silap- silap lebih dari pendapatan penjualan pasir," katanya.

Kerajaan Selangor menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk menguruskan industri pasir di negeri Selangor namun kegiatan curi pasir dilaporkan semakin meningkat dari semasa ke semasa.Penguatkuasaan untuk membanteras jenayah itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Friday, March 16, 2012

SKANDAL PASIR DAN KSSB !!! INI JAWAPAN GAPS !!!


Sudah sampai masanya Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanggungjawab pengurusan pasir di negeri ini secara mutlak kepada pihak yang sepatutnya jika tidak mahu krisis yang membelit sektor berkenaan terus terpalit kepada kerajaan pemerintah.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin berkata,hak pengurusan pasir sememangnya menjadi tanggungjawab Pejabat Tanah dan Galian Selangor sepertimana yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara (KTN).Malah ujarnya penubuhan KSSB pada 2008 oleh Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mengambil alih tampuk pemerintahan juga dilihat melangkaui agenda asalnya.

" GAPS melihat ini merupakan salahguna kuasa. Kuasa yang sepatutnya dimiliki oleh pejabat tanah telah diberikan secara monopoli kepada KSSB melalui keputusan exco dan hasilnya adalah perkara yang melibatkan pasir ini tidak telus,"katanya.

KSSB ditubuhkan kononnya untuk mengekang rasuah dalam industri pasir serta menambah hasil kerajaan negeri.Bagaimanapun Semesta gagal menepati sasaran yang diumumkan dan syarikat itu pula dibelit dengan tuduhan rasuah,penyelewengan dan pemberian bonus lumayan kepada pengurusan sungguhpun baru memulakan operasi.Oleh itu menurut Hamidzun adalah wajar KSSB dibubarkan untuk mengelakkan kerajaan negeri terutama Khalid terus menjadi sasaran dalam skandal pasir di Selangor.

" GAPS menggesa KSSB harus menghentikan segala perniagaan pasir dan kuasa mengenai pasir ini dikembalikan semula kepada pejabat tanah-tanah yang berkenaan.Kalau tidak, saya melihat Menteri Besar dan exco terus terpalit dengan penyalahgunaan hasil pasir yang semakin tidak telus,"tambahnya lagi.

The Star hari ini melaporkan,sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor terpaksa menerima bayaran royalti di bawah harga pasaran ekoran campurtangan
Khalid dalam aktiviti perlombongan pasir di Dengkil.Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) hanya diberikan RM630,000 dan bukannya berdasarkan penilaian pasaran RM2.6 juta bagi membolehkan KSSB melombong pasir di tapak seluas 20 hektar itu.Kelulusan mencurigakan ini menambah khabar angin dan tuduhan bahawa Khalid mengamalkan dasar pilih kasih dan nepotisme dalam menguruskan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan awam di Selangor.

The Star yang memetik sumber-sumbernya mendedahkan bahawa KHSB terpaksa memberikan Semesta hak melombong pada harga yang amat rendah kerana tindakan Khalid mengguna pakai sebuah dasar lapuk.Dasar itu menetapkan GLC kerajaan negeri hanya boleh menerima lapan peratus sebagai royalti berasaskan harga jualan sesebuah tapak tanah.Diminta mengulas isu sama, Hamidzun berkata,Khalid harus segera menjelaskan isu ini jika tidak mahu pelbagai spekulasi timbul yang akhirnya menuju ke arah beliau
sendiri.

" GAPS melihat perbedaan angka penjualan tanah yang sepatutnya diterima oleh Kumpulan Hartanah itu adalah satu bayaran bawah meja.GAPS ingin tahu, bayaran bawah meja ini pergi ke mana? Adakah ia pergi kepada saku KSSB atau ia pergi ke dalam saku mereka yang ada kepentingan politik dalamkerajaan yang memerintah negeri Selangor sekarang?,"soal beliau - AntaraPos

Monday, March 12, 2012

BUKTI TERBARU PENYELEWENGAN KSSB DI DEDAHKAN !!! APA MACAM KHALID GAGAP ??? KATA TELUS ???


"Saya cabar Noh Omar berdebat berkenaan dengan isu Yayasan Selangor,KSSB ataupun mana-mana isu berkenaan dengan kerajaan Selangor".Itu kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor.Bila saya baca kenyataan tersebut,saya tergelak dengan cara berpolitik mentah Penderhaka Raja ini.sedarlah sikit diri tu siapa.Sedarlah sikit asal usul dari mana.Adun kelas kedua cuba nak berdebat dengan pemimpin yang dah 4 penggal berada di dalam kabinet kerajaan persekutuan.Adun kelas kedua cuba nak tunjuk hero kepada tuannya.Sudahlah Suhaimi.buang masa melayan kerenah Adun macam kamu.ish,ish,ish ada bukti terbaru tau suhaimi.nak lihat bukti lihat di bawah sekali yer.cerita pasal RM50 Ribu yang di pinjamkan pun tak dipulangkan sampai sekarang,ini nak berdebat pulak dengan Datuk Seri Noh Omar.

Nampaknya kerajaan Selangor semakin terdesak untuk menyelamatkan Menteri Besar Khalid Gagap yang semakin teruk dibelasah oleh Datuk Seri Noh Omar.Kalau setakat panggil Menteri Kanggaru itu bukan satu jawapan kepada isu yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Noh Omar.Jawaplah isu yang dibangkitkan.Datuk Seri Noh Omar kata SELCAT mahkamah kanggaru maka tunjukkan bahawa SELCAT bukanlah seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Noh Omar.sama juga apa yang saya kata semalam,nampaknya perangai sama seperti Anwar Ibrahim ketika berjumpa dengan anak muda 2 hari lepas

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Janganlah cuba nak pusing 360 darjah seperti Anwar Ibrahim,lain yang di tanya,lain pulak jawapan yang di beri.Datuk Seri Noh Omar minta di sapina,kenapa jawatan kuasa SELCAT tak sapina Datuk Seri Noh Omar ???? Siapa yang takut sekarang ??? Barua-barua politik Pakatan Haram ni pulak canangkan kononnya Datuk Seri Noh Omar takut untuk ke SELCAT.

Ini yang menjadikan Khalid Gagap tak tidur lena kerana sikit demi sikit cerita SELCAT dan KSSB terbongkar.Akhirnya muncul Spiderman cuba untuk menyelamatkan tuannya yang semakin terdesak.Tindakan Suhaimi seolah-olah seperti ikan bilis yang mahu menyelamatkan jerung yang dah terperangkap di dalam jaring nelayan.muahahaha.dah tak boleh lari dah weiiii...jawab jer pasal isu KSSB dan SELCAT tu.sekali lagi saya bagitahu,kenapa nak pusing 360 darjah bro ????


TU DIA !!!


RM140 JUTA !!!

Laporan di atas yang telah terbocor oleh beberapa individu dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor jelas terbukti bahawa Khalid Gagap semakin rancak mengamalkan tender secara tawar menawar terus dengan kontraktor atau pembekal dengan nilai jumlah Projek yang menggerunkan.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

saya yakin kalau kalau Menteri Besar si Khalid Gagap tu yang keluarkan cabaran debat tersebut,Datuk Seri Noh Omar tidak akan menolak.Terbaru Datuk Seri Noh Omar kata dia mempunyai bukti wujud amalan direct nego di dalam kerajaan Selangor.Bukti lagi !!!! Makin pening Khalid Gagap nak jawap soalan wartawan nanti.Kononnya akan dedahkan senarai projek nego semasa sidang Dun nanti.Tak perlu tunggu sehingga sidang Dun,Si Khalid Gagap hanya perlu mengakui bahawa amalan direct nego memang wujud di dalam pentadbiran kerajaan Selangor walaupun beliau pernah mengeluarkan kenyataan akan menghentikan amalan tersebut.

kepada spiderman Menteri Besar,tak perlu nak tunjuk hero.Kalau Exco sendiri tak berbunyi Adun Kelas Kedua tak perlu nak menyalak untuk tunjuk hero.Sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB merangkap Raja Pasir,saya dedahkan satu bukti untuk disiasat.Lepas baca bukti di bawah boleh lah desak Si Gagap supaya tubuhkan suruhanjaya diraja daripada menyalak mengajak pemimpin UMNO berdebat yer ???

LIHAT BUKTI DI BAW
AH




KLIK UNTUK BESARKAN

Sumber Gambar
KGC

APA MACAM KHALID GAGAP ???

ADAKAH INI DI KATAKAN TELUS ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, March 05, 2012

SKANDAL PASIR !!! @NOH OMAR AKAN MENGHADIRI PROSIDING SELCAT !!! ADAKAH KHALID GAGAP HADIR ???



sebelum itu jom kita lihat dulu kenyataan di bawah.lepas itu saya akan jawab..minta maaf kalau artikel saya panjang.

SHAH ALAM 2 MAC : Setakat ini tiada permohonan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar untuk memberi keterangan di dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Keupayaan,Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT).Hari ini adalah peluang terakhir bagi orang awam memohon untuk memberi keterangan di dalam sesi tersebut yang akan bermula Isnin hingga Rabu depan.Mereka yang tidak mendapat kelulusan permohonan tidak akan diberi peluang untuk memberi keterangan di dalam pendengaran tersebut.

Pengerusi SELCAT,Datuk Teng Chang Kim,berkata orang awam yang ingin memberi keterangan di dalam sesi SELCAT mesti mendapat persetujuan jawatankuasa tersebut terlebih dahulu melalui permohonan bertulis.Ini bagi melancarkan proses pendengaran dengan memastikan setiap keterangan atau bukti yang hendak diberi relevan dengan kes yang akan bincangkan.

“Kalau kita beri peluang kepada siapa-siapa untuk datang beri keterangan tanpa permohonan, orang itu boleh datang dan cakap apa sahaja yang dia suka samada ia relevan atau tidak dengan kes yang hendak dibincangkan.Ini akan mengambil masa SELCAT.Jadi setiap orang yang mahu memberi keterangan mesti memohon dulu supaya kita dapat pastikan yang keterangannya relevan,” kata Teng,apabila dihubungi TVSelangor hari ini.

Minggu lepas,Teng dan setiausaha politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin telah mengesa Noh agar tampil memberi keterangan dan bukti kepada SELCAT.Ini berikutan dakwaan Noh yang beliau mempunyai bukti penyelewengan di dalam pemberian kontrak pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan (GLC) kerajaan Selangor.Pendengaran awam Selcat kali ini melibatkan tiga kes GLC. Selain KSSB, kes yang melibatkan Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut akan didengar.

Yayasan Selangor dipanggil berkenaan satu laporan audit dalaman tentang perlantikan pengurus besarnya.Manakala dua anak syarikat PKPS,PKPS Agro-industri dan PKPS Premium Agro Produks dipanggil berkenaan pinjaman RM180 juta yang diambil bagi membeli peralatan pertanian.

ok,itu adalah kenyataan di atas,kenapa Datuk Seri Noh Omar tidak datang.

ayat pertama yang di berikan di atas adalah "Setakat ini tiada permohonan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar untuk memberi keterangan di dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Keupayaan,Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT)".

saya rasa betul apa yang dikatakan oleh Teng,Mungkin Datuk Seri Noh Omar tidak membuat permohonan kepada SELCAT untuk hadir.Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Datuk Seri Noh Omar tidak hadir.Sudah pasti beruk-beruk Pakatan Haram akan melabelkan Datuk Seri Noh Omar sebagai penakut.Hanya berani di belakang tetapi penakut bila dipanggil untuk memberi keterangan.

Teng dalam kenyataan beliau juga mengatakan bahawa "Mereka yang tidak mendapat kelulusan permohonan tidak akan diberi peluang untuk memberi keterangan di dalam pendengaran tersebut.Beliau juga berkata orang awam yang ingin memberi keterangan di dalam sesi SELCAT mesti mendapat persetujuan jawatankuasa tersebut terlebih dahulu melalui permohonan bertulis."

sedap ayat teng tu ??? Teng kononnya bangga kot selama ini macam SELCAT tu bagus sangat.mana tak nya.Mereka seolah-olah mengambarkan SELCAT adalah satu badan yang tulus yang akan bertindak terhadap mana-mana individu tanpa mengira fahaman politik.Sebenarnya itu hanyalah persepsi yang sedang dimainkan oleh Khalid Gagap.

Adakah betul SELCAT itu telus ??? Kalau orang UMNO mengatakan bahawa SELCAT hanya untuk menjaga kepentingan politik Pakatan Haram sudah tentu mereka akan melabelkan bahawa UMNO takut tembelang mereka terbongkar.Ini perkara biasa yang kita tidak perlu nafikan.Kena tangkap khalwat pun salah UMNO.Bantai belakang orang pun salah UMNO.muahahahaha..opsss...

anda lihat bukti di bawah


Andainya krebiliti SELCAT itu dipertikaikan oleh golongan mereka sendiri, apa pandangan kita sebagai rakyat Selangor ??? Adakah kita masih hendak menafikan bahawa kewujudan SELCAT itu hanya untuk menjaga kepentingan politik mereka ??? Exco terbuang yang dipecat daripada PAS pernah mempertikaikan kreabiliti SELCAT ketika beliau memegang jawatan sebagai EXCO.Apa lagi kita nak kata kalau begitu kisahnya. Mungkin ada yang tertanya apa kenyataan Hasan Ali.

Itu perkara pertama,keduanya adalah setiap saksi yang ingin memberi keterangan diwajibkan menghantar surat kepada jawatankuasa yang akan menentukan adakah saksi itu perlu hadir ataupun tidak. Persoalannya adalah, sekiranya bukti-bukti yang ada pada seorang saksi itu akan menyebabkan sabit kesalahan kepada individu yang mempunyai kepentingan politik di dalam kerajaan negeri, adakah saksi itu akan diberi kebenaran untuk memberi keterangan ???

Jawapannya sudah tentu tidak.Tidak hairanlah Hasan Ali mengeluarkan kenyataan semasa menjadi EXCO dulu bahawa SELCAT haruslah diwakili oleh bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat.kenapa Hasan Ali berkata begitu ??? Jawapannya senang,supaya setiap bukti diperhalusi sepenuhnya tanpa ada campur tangan politik.MP Kapar Manikavasagam pernah membuat sidang media berkenaan dengan penyelewengan pasir dan membawa seorang saksi bernama Zahar Rusili yang akhirnya ditolak sebagai seorang saksi di dalam sidang SELCAT.


KALAU ANDA NAK TAHU LAGI MENGENAI MP KAPAR @ AHLI PAHLIMEN PKR ???

KLIK DI SINI

DAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

pasal isu pasir tu adakah SELCAT selesaikan ??? adakah itu telus ??? dari situ anda lihat sendiri kononnya SELCAT ni mereka kata telus lah sangat-sangat.SELCAT tidak pernah menjalankan sebarang siasatan diatas pembongkaran MP Kapar ini.SELCAT ditidurkan selama 2 tahun untuk memberi ruang kepada mereka menyelamatkan nyawa politik masing-masing.apa cerita ??? nampak sangat SELCAT ditubuhkan hanya untuk politik bukan sebab benda lain.

Sekarang apa lagi yang kita boleh harapkan daripada SELCAT ??? Adakah mereka boleh memastikan bahawa sidang SELCAT adalah bersih tanpa campur tangan politik.Kalau Pengerusi orang politik,Jawatankuasa semuanya orang politik,apa lagi yang kita boleh harapkan daripada mereka selain daripada cuba menjaga kepentingan politik mereka.itu jer sebenarnya yang berlaku..




video di atas adalah Kenyataan Datuk Seri Noh Omar berkenaan artikel akhbar SelangorKini yang mencabar beliau supaya hadir ke prosiding Selcat.

TANJONG KARANG - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) "bagaikan mati hidup semula" apabila ia dilapor akan menyambung semula sesi pendengaran awam berhubung isu pasir pada 5 Mac ini.

Beliau berkata sewaktu Selcat ditubuhkan dan menyiasat salah laku pemimpin Barisan Nasional (BN),pendengaran awam yang dilaksanakan begitu laju sekali perjalanannya.


KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Apa gunanya memberi keterangan andai kita sedia maklum hasil siasatan SELCAT ??? Adalah lebih baik bukti-bukti penyelewengan disebarkan melalui media baru ataupun media cetak.Biar Jawatankuasa SELCAT menyiasat sendiri kebenaran dokumen-dokumen yang di dedahkan.Secara keseluruhannya tindakan Datuk Seri Noh Omar untuk tidak hadir memberi keterangan kepada SELCAT adalah satu tindakan yang tepat kerana beliau umpama menyerah diri untuk dipermainkan oleh SELCAT sekiranya hadir.

hari ini Datuk Seri Noh Omar akan menjelaskan ke semua Isu berkenaan SELCAT.
Apa yang lebih penting biarlah rakyat yang menentukan kebenaran penyelewengan pasir di Selangor.SELCAT umpama hantu yang baru bangkit daripada kubur.2 tahun tidur dan kembali bangkit bila terdesak.kalau Datuk Seri Noh Omar tak cabar pasal Pasir,takkan keluar isu tu.


TUNGGU !!!

SEMUA RAHSIA AKAN TERDEDAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, February 25, 2012

SKANDAL PASIR !!! KENYATAAN TERBARU @NOHOMAR !!! APA CERITA NI KHALID GAGAP ???



apa cerita ni Khalid gagap ??? siapa Faekah tu ??? macam dah gila kuasa jer ??? Siapa dia untuk beri kenyataan mewakili Selcat ??? Kenapa Khalid Gagap atau MB Selangor terus mendiamkan diri dalam isu pasir dan SELCAT ni ??? Apa sebenarnya pendirian Kerajaan Negeri Selangor ni ? Macam tak ada arah tuju.Mula-mula si GAGAP kata nak guna Transparency International untuk menyiasat kes pasir ni.Alih-alih dari Transparency International muncul pula hero baru Skandal Pasir.Tu dia..Hero pakatan haram jadah si Yaakob Sapari ajak pula debat.Ni idea bengap untuk membuang masa dengan harapan rakyat boleh lupa dan terpedaya.

Macam Noh Omar cakap la,guna je Mahkamah Rakyat. Bukan ke puak-puak pakatan haram jadah ni jugak yang kata " Rakyat Hakim Negara ". Apa tunggu lagi,buat la perbicaraan mahkamah rakyat.Akhirnya, SELCAT hidup semula lepas 2 tahun tidur.saya ingat SELCAT ni mati terus rupanya macam kisah si Suhardi pulak.Banyak betul wayang Regimn Khalid dalam usaha untuk coverline Skandal Pasir ni. Berikut kenyataan Noh Omar yang terbaru berkaitan Isu Pasir ini.


SILA BACA KENYATAAN TERBARU NOH OMAR DI BAWAH

SELCAT BAGAIKAN MATI HIDUP SEMULA,KATA NOH OMAR

TANJONG KARANG, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) "bagaikan mati hidup semula" apabila ia dilapor akan menyambung semula sesi pendengaran awam berhubung isu pasir pada 5 Mac ini.

Beliau berkata sewaktu Selcat ditubuhkan dan menyiasat salah laku pemimpin Barisan Nasional (BN), pendengaran awam yang dilaksanakan begitu laju sekali perjalanannya.
Bagaimanapun, apabila pendengaran awam yang melibatkan pentadbiran negeri dan pengurusan pasir, Selcat hanya bersidang dua hingga tiga hari sahaja,katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 421 penerima di sini hari ini.
"Ia berhenti setahun lebihlah dari 2010 sampai sekarang ni. Itupun (disambung) sebab kita timbulkan isu itu balik, Raja Petra timbulkan,kemudian UMNO Selangor timbulkan balik, pegawai-pegawai (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) yang diberhentikan timbulkan balik,iapun (Selcat) hidup balik," katanya.

Noh berkata jika didiamkan, pendengaran awam Selcat mengenai isu penyelewengan pasir akan terus mati dan ia akan nampak seolah-olah ditubuhkan bagi kepentingan politik.
Isnin lepas,Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata pendengaran awam berhubung isu penyelewengan pasir yang membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor,Kumpulan Semesta Sdn Bhd, akan disambung tiga hari mulai 5 Mac.Noh turut mempersoalkan permintaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin supaya beliau hadir pada pendengaran Selcat.

"Jadi, (perkara ini) kena jelas. Kalau setakat hadir suruh tengok, tak payahlah," katanya.

Mengulas tindakan PAS mengarahkan calon pilihan raya parti itu agar membuat Bai'ah (perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa),beliau
berkata tindakan tersebut diambil mungkin kerana pembangkang dalam keadaan tertekan dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Semalam,akhbar melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calonnya yang bertanding,diwajibkan berbai'ah dan siapa yang melanggarnya,akan "celaka dunia dan akhirat".

"Dia tidak yakin rakyat akan menyokong mereka,malah mereka juga tidak yakin dengan calon-calon mereka kerana saya percaya calon-calon yang ada pendirian
tegas akan bercakap soal perjuangan Islam," katanya.

Sebagai contoh,bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa perjuangan PAS telah lari daripada landasan awalnya,iaitu penubuhan sebuah negara Islam.-Bernama

Friday, February 24, 2012

SKANDAL PASIR DAN SELCAT !!! BILA KHALID GAGAP NAK JAWAB CABARAN @NOHOMAR ???


SELCAT bermaksud Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memantau sebarang salah laku ataupun penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang melibatkan kerajaan negeri Selangor. Anggota SELCAT ini terdiri daripada Azmin Ali,Haniza Talha, Saari Sungib,Edward Lee Poh Lin,Sulaiman Razak dan Ismail Sani keduanya daripada BN

SELCAT juga pernah digunakan oleh kerajaan Selangor untuk mengadili kes BALKIS yang melibatkan perbelanjaan yang mencecah ratusan ribu ringgit yang diadakwa sebagai penyelewengan.SELCAT juga pernah dikatakan akan menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Faekah Husin Sudah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri menjemput Noh Omar untuk hadir memberi keterangan ketika prosiding berkenaan isu pasir dijalankan oleh Selcat.

Agaknya SELCAT dah lupa beberapa perkara.Pertama SELCAT harus menjemput 9 orang kakitangan yang dipecat kerana merekalah first level yang patut dipanggil kerana dipecat selepas mengadu berlakunya penyelewengan di dalam KSSB.Betul kata Suhaimie Kota Raja bahawa mereka dipecat atas alasan disiplin tetapi itu semua hanya satu strategi untuk membuatkan mereka terkeluar daripada KSSB.

BUKTI SUDAH ADA !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1BGzmRwznu5Sh75Shk0Zq7GItHi4K5ADH_Ko6F-851eNiXAkVP4Onvt7k2h3W-0WvPbhaBUCATx-IMn8KIcZF_O9Rf11F1jr-5bbDWKZ5zDe7HaOXAzAWaWPBV44RTnRuXyxbHwx7rlk/s400/769.png

Laporan polis daripada kakitangan K.S.S.B yang diugut bunuh melalui satu panggilan telefon.


Akuan Bersumpah salah seorang kontraktor pasir yang dipermainkan oleh kakitangan K.S.S.B


Surat daripada K.S.S.B mengesahkan bahawa Wong Swee Leong adalah pegawai yang dipertanggungjawapkan untuk setiap sebut harga K.S.S.B

Kedua adalah krebiliti SELCAT itu sendiri,Hasan Ali ketika menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pernah mempertikaikan kreabiliti SELCAT.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Ketiga apakah yang mampu dibuat oleh SELCAT sekiranya terbukti ada penyelewengan berlaku ??? Selcat ini wujud hanya untuk menjaga kepentingan kerajaan negeri Selangor dan juga mencari kesilapan orang lain.Natijahnya mereka sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap sebarang dakwaan.

Keempat adalah Khalid Gagap masih belum menjawap apa bentuk tindakan yang akan diambil oleh beliau andai terbukti wujud penyelewengan di dalam KSSB. Noh Omar memberi 3 tindakan yang perlu diambil.Pertama MB akan letak jawatan,Keduanya memecat Exco dan Adun yang terlibat dan ketiga membubarkan dun Selangor.

saya yakin Noh Omar tidak takut untuk memberi kenyataan tetapi apa yang penting adalah kreabiliti badan induk tersebut untuk menjatuhkan hukuman.Noh Omar mahu Selcat diteruskan bukan bermakna dia mengakui kreabiliti Selcat tetapi mahu supaya rakyat tahu bahawa Selcat hanyalah satu jawatankuasa menjaga kepentingan kerajaan PKR Selangor. Walaupun ada 2 wakil BN didalam Selcat tetapi sebarang keputusan akan dibincang terlebih dahulu sebelum di bentangkan ketika prosiding Selcat.

Apa yang lebih afdal adalah penubuhan satu jawatankuasa diraja supaya semua pihak boleh memberi keterangan dan sebarang hukuman diakui oleh semua pihak, Andai Selcat membuat keputusan ianya akan dipertikaikan kerana penubuhan Selcat jelas menunjukkan mereka akan mempertahankan kerajaan Selangor.

Satu soalan yang mash belum terjawab Kenapa MB tak beri kenyataan.Kenapa perlu Yaakob Sapari dan juga Faekah yang bagi kenyataan.Khalid Gagap dah takut nak keluar kenyataan ke atau dah kene sound dengan DAP ????



LIHAT MINIT KE 11 SEHINGGA 14 CABARAN NOH OMAR KEPADA MB SELANGOR !!!

KEPADA MB SELANGOR !!!!

JAWAB CABARAN NOH OMAR !!!

RENUNG-RENUNGKAN

Tuesday, February 21, 2012

KENAPA KERAJAAN PAKATAN HARAM TAKUT TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT ISU PASIR ???



Skandal Pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah KSSB syarikat yang ditubuhkan oleh MB Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009.

Maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebih RM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnya KSSB.

KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir di Selangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemah sehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangan kewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.

Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandal pasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pasir di Selangor itu.

Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja Petra Kamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di media maya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumat terkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.

Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenaran dalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepada kakitangan anak syarikat nya. Dimanakah nasib dan masadepan mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? - jawapan nya - You are FIRED !

Dimanakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaan ringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ? Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadar mempolemik terus isu penyalahgunaan ini.

SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidang kuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuching dan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besar ini.

GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor memang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewenang ratusan jutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia.

Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir ini langsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agar Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangak pasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.

Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusan yang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.

Hamidzun Khairuddin

Presiden

Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

20 Feb 2012.

Monday, February 20, 2012

SKANDAL PASIR !!! SAIFUDDIN NASSUTION TURUT TERLIBAT ???


Selama ini, ramai menyedari iras muka Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution yang bopeng berlubang-lubang akibat jerawat ketika umur mudanya.

Bukan setakat itu,Utusan Malaysia semalam melaporkan desas desus Saifuddin ada menyumbang kepada kebopengan dan mala petaka alam sekitar di beberapa kawasan tertentu di Selangor akibat perlombongan pasir secara haram oleh syarikat konsesi pasir milik kerajaan negeri.

Saifuddin dipercayai ada mengeluarkan sokongan bertulis yang pernah dikeluarkan kepada sebuah syarikat bagi permohonan aktiviti perlombongan pasir di Selangor.

http://sel13.com/wp-content/uploads/2012/02/sai_nasution-300x239.jpg

Sel13.com Melaporkan Surat sokongan mungkin sesuatu amalan dalam kerajaan suatu masa dahulu tetapi kini sudah tiada lagi diamali atau dilayani oleh kerajaan persekutuan dan seharusnya oleh kerajaan negeri.

Tentulah pendedahan ini sesuatu yang mengejutkan kerana selama in dipercayai kerajaan Selangor juga ikut sama menghentikan amalan ini ekoran kemelut isu kematian Teoh Beng Hock yang juga ada melibatkan pengeluaran surat sokongan.

Tuduhan terhadap Saifuddin ini ditimbulkan oleh bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

http://sel13.com/wp-content/uploads/2012/02/lombongpasir1.gif

Menurut Anuar, desas-desus bertiup kencang bahawa Saifuddin telah memberi sokongan bertulis kepada sebuah syarikat yang mana beliau sendiri dipercayai ada kepentingan dalam syarikat tersebut.

Ini menyerupai pendedahan terbaru oleh Raja Petra terhadap syarikat Double Dignity yang melibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

“Kami di luar sini ingin mendengar pengakuan daripada Saifuddin agar segala kekeliruan terjawab lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang pemimpin penting dalam PKR,” kata Anuar dalam laporan Utusan Malaysia.

Sebagai seorang yang sering mendabik dada mengaku pemimpin dari pihaknya adalah telus dan bertanggungjawab,Anuar meyakinkan Saifuddin supaya tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran.Tambah Anuar,sekiranya Saifuddin ada memberi sokongan bertulis yang disebutnya, Setiausaha Agung PKR seharusnya selalu-selalu cermin dirinya sebelum menuduh orang lain amalkan kronisme.

SKANDAL PASIR !!! ADAKAH PERLU KHALID GAGAP DAN NOH OMAR BERDEBAT ???


Sinar melaporkan bahawa kerajaan Selangor bersedia untuk berdebat dengan UMNO Selangor dalam isu penyelewengan pasir oleh KSSB.Jawapan itu diberikan oleh Yaakob Sapari kepada Sinar Harian.

Isu pasir sudah menjadi satu perkara yang boleh membuatkan kerajaan Selangor huru-hara. Pasir Selangor adalah antara sumber pendapatan terbesar kerajaan Selangor kerana urusan jual beli melibatkan wang tunai. Apa yang kerajaan Selangor telah buat untuk menjana ekonomi Selangor? Apa yang telah mereka lakukan? Teresa Kok berbangga dengan FDI tetapi kita jangan terlupa sumber FDI itu adalah daripada MIDA yang diuruskan oleh kementerian Tok Pa daripada kerajaan BN. Kononnya perlantikan Gay Tua sebagai penasihat ekonomi mampu menaikkan lagi ekonomi atas alasan kerana pengalaman sebagai Menteri Kewangan selama 8 tahun.

Berbalik kepada debat,kenyataan Yaakob Sapari sebenarnya cuba mengalihkan isu apa yang dikatakan oleh Noh Omar. Dalam kenyataan terdahulu, Noh Omar mahu supaya diadakan Perbicaraan Rakyat ataupun Prosiding Selcat diteruskan dan dalam masa yang sama Khalid Gagap harus berani mengambil risiko andai Noh Omar berjaya membuktikan bahawa penyelewengan pasir betul berlaku.

Pendapat aku cukup ringkas. debat yang dicanangkan oleh Yaakob Sapari hanya bertujuan untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh kerajaan Selangor. Kenyataan Noh Omar lebih menjurus kepada satu prosiding yang akan menentukan apakah penyelewengan itu berlaku. Sekiranya debat dibuat, pelbagai persepsi boleh ditimbulkan oleh pelbagai pihak dan akhirnya isu ini tiada kesudahannya.Prosiding yang dimahukan oleh Noh Omar haruslah mengikut lunas undang-undang dan diakhir prosiding tersebut akan ada satu kata putus bahawa adakah dakwaan penyelewengan itu berlaku ataupun tidak.

Andai debat dilaksanakan maka satu pihak akan mengeluarkan pelbagai dakwaan dan bukti dan satu pihak lagi akan bersikap seperti menegakkan benang yang basah.Pemimpin UMNO Selangor boleh memberi pelbagai kenyataan tetapi aku secara peribadi merasakan bahawa kalau pemimpin tersebut tidak memahami apa sebenarnya yang terjadi dalam isu penyelewengan KSSB adalah lebih baik mereka mendiamkan diri daripada terus memberi kenyataan yang boleh memberi keuntungan kepada kerajaan Selangor.

Begitu juga dengan prosiding Selcat yang dihentikan oleh kerajaan Selangor. Maklumat mengatakan bahawa prosiding hanya berlaku sekali dan dihentikan sehingga kini. Speaker Teng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan tetapi kenapa Ahli Lembaga Selcat iaitu Adun Permatang YB Sulaiman Razak mengakui bahawa siasatan Selcat masih tergantung sehingga sekarang.

Adakah jangkamasa 2 tahun yang diperlukan untuk menunda prosiding Selcat sudah cukup untuk menghilangkan semua bukti yang ada di dalam KSSB. Rakyat bukan berminat dengan apa yang dibuat oleh kerajaan Selangor sekarang tetapi rakyat mahu tahu keseluruhan apa yang berlaku dari mula pentadbiran Khalid Gagap sehingga sekarang.

Jangan fikir bangkai gajah boleh ditutup!!

Sumber KGC

Friday, February 17, 2012

HOT NEWS !!! SKANDAL PASIR !!! KHALID GAGAP BERSAKSI KE LUTUT !!! NAK BUKTI ???



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diminta bersedia memberikan maklumat berhubung dakwaan isu penyelewengan pasir di Selangor kepada ahli panel Transparency International.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau sudah meminta ahli panel pasukan tersebut untuk menemu bual Noh bagi tujuan itu.

“Kita mahu Noh dedahkan maklumat seperti dakwaannya itu dan ia akan didedahkan kepada umum kelak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

INI BUKTI SEBENAR !!!

http://www.selangordaily.com/wp-content/uploads/2012/02/kssb.jpg

Harga jualan pasir yang dipamerkan dalam laman web KSSB.



Surat tawaran dari KSSB kepada Jendela Teguh untuk membeli pasir pada harga RM 8.00/tan

ANDA NAK LAGI BUKTI ??? ???

KLIK DI SINI

DAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

LIHAT VIDEO DI BAWAH



Jawapan balas DS Noh Omar terhadap cabaran MB Selangor supaya DS Noh memberi keterangan kepada Transperancy International dalam isu penyelewengan perlombongan pasir di Selangor.



Jawapan balas Datuk Seri Noh Omar terhadap kenyataan Menteri Besar Selangor bahawa penubuhan Suruhanjaya DiRaja tidak diperlukan dalam skandal pasir Selangor kerana ianya diuruskan dengan tulus oleh KSSB

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, February 15, 2012

SKANDAL PASIR DAN K.S.S.B !!! INI JAWAPAN NOH OMAR !!!


Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diingatkan tidak terus bermain 'wayang' berhubung isu penyelewengan pasir di negeri itu.Timbalan Pengerusi Barisan Nasional negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata,pihaknya mempunyai dokumen serta bukti kukuh bagi membuktikan kegiatan tersebut sememangnya berlaku.

Menurut beliau,pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan segala bukti dan dokumen tersebut apabila tiba masanya nanti.

"Dakwaan yang mengatakan syarikat yang monopoli perlombongan pasir di Selangor, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) diurus secara telus hanya mainan politik untuk menutup isu tersebut.Justeru amat wajar sekiranya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Menteri Besar itu.

"Sekiranya mahu bukti,kita ada semua bukti termasuk surat menyurat,transaksi bank dan akuan bersumpah orang-orang terlibat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Padi Pertubuhan Peladang Peringkat Kebangsaan 2012 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khalid yang menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan wujudnya skandal penyelewengan pasir di negeri itu dan turut dikaitkan dengan kes kematian Datuk Patrick Wong Kie Yik.

Tambah Datuk Seri Noh Omar,jika isu penyelewengan tidak wujud,mengapa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) menyiasat perkara itu tetapi berhenti separuh jalan.

"Di mana yang dikatakan ada ketelusan dalam pengurusan pasir? Apabila ada kes melibatkan bekas pemimpin BN, Selcat telah dijalankan secara terbuka tetapi bila ada dakwaan penyelewengan melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya ditutup.Inilah makna keadilan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu apabila timbul isu penyelewengan membabitkan kepentingan mereka semua itu akan ditutup," jelasnya.

Beliau berkata, rakyat perlu sedar dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin pakatan pembangkang di Selangor lebih-lebih lagi dalam isu pasir.

"Jangan cuba untuk menipu rakyat dengan ayat-ayat retorik sahaja kerana segala penyelewengan itu akan didedahkan," ujarnya.

UNTUK BUKTI TERDAPAT PENYELEWENGAN K.S.S.B

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

SKANDAL PASIR !!! KHALID GAGAP TAKUT NAK ADAKAN SURUHANJAYA DI RAJA ???


Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan skandal penyelewengan pasir di Selangor tidak perlu diadakan, kata Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini kerana pihaknya telah membuat pengumuman mengenai prestasi pengurusan syarikat monopoli perlombongan pasir di Selangor,Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB),sebelum ini yang dirasakannya dilakukan secara telus.

"Suruhanjaya Diraja adalah untuk mencungkil maklumat tetapi kita sudah ada maklumat, jadi tidak payahlah cungkil lagi.Malahan cerita yang didakwa oleh pengendali blog itu (Raja Petra Kamaruddin) adalah cerita lama,” katanya mengulas desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pengendali portal MalaysiaToday,Raja Petra,yang mengaitkan kematian seorang ahli perniagaan dengan skandal penyelewengan pasir di Selangor.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor di sini, hari ini.

Sumber Utusan

ADAKAH BENAR APA YANG DI KATAKAN OLEH KHALID GAGAP BAHAWA K.K.S.B TELUS ???

ANDA NAK BUKTI BAHAWA K.K.S.B TIDAK TELUS ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

SKANDAL PASIR !!! BUKTI PENYELEWENGAN K.S.S.B TERBONGKAR !!!


Skandal pasir di Selangor sebenarnya tidak akan tamat selagi kerajaan PKR memerintah.Kenapa Saya kata begitu ??? Kerana pasir Selangor adalah antara sumber dana terbesar untuk kerajaan negeri kerana kegagalan mereka untuk menjana ekonomi daripada sumber lain.Tidak perlu mendabik dada diatas jumlah simpanan tetap kerajaan negeri kerana semua duit itu adalah hasil penjualan aset-aset yang ada.Cuba anda fikir,kenapa dengan duit kerajaan negeri yang berbillion itu tidak dibelanjakan untuk rakyat Selangor ???

Sumber mengesahkan bahawa duit tersebut akan digunakan untuk dana pilihanraya nanti.Kematian Patrick Wong yang disyaki dibunuh selepas dikatakan akan membongkar skandal pasir KSSB sebenarnya bukan satu perkara yang pelik.Pendedahan RPK itu ada Juga betulnya.Setiap individu yang cuba mengganggu K.S.S.B akan di ugut supaya tidak lantang bersuara kerana kerajaan PKR tidak mahu ada pengacau dalam memastikan kantung kewangan mereka mencapai target sebelum PRU bermula.

Apa yang saya ingin dedahkan Kepada anda adalah satu laporan polis daripada seorang Pegawai Pemasaran KSSB yang tidak berpuas hati dengan cara K.S.S.B mengaut keuntungan besar melalui Pegawai Kanan mereka iaitu Wong Swee Leong.Siapa Wong Swee Leong ??? Beliau adalah Ketua Jabatan Pemasaran KSSB yang dipertanggungjawapkan oleh Ronnie Liu menjaga semua urusan pembelian pasir.

MP Kapar juga pernah menamakan Wong Swee Leong ini sebagai antara pegawai kanan K.S.S.B yang terlibat di dalam perlombongan pasir secara haram di Selangor.MP Kapar juga mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salah urus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA


Laporan polis daripada kakitangan K.S.S.B yang diugut bunuh melalui satu panggilan telefon.


Akuan Bersumpah salah seorang kontraktor pasir yang dipermainkan oleh kakitangan K.S.S.B


Surat daripada K.S.S.B mengesahkan bahawa Wong Swee Leong adalah pegawai yang dipertanggungjawapkan untuk setiap sebut harga K.S.S.B

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates