apa cerita ni Khalid gagap ??? siapa Faekah tu ??? macam dah gila kuasa jer ??? Siapa dia untuk beri kenyataan mewakili Selcat ??? Kenapa Khalid Gagap atau MB Selangor terus mendiamkan diri dalam isu pasir dan SELCAT ni ??? Apa sebenarnya pendirian Kerajaan Negeri Selangor ni ? Macam tak ada arah tuju.Mula-mula si GAGAP kata nak guna Transparency International untuk menyiasat kes pasir ni.Alih-alih dari Transparency International muncul pula hero baru Skandal Pasir.Tu dia..Hero pakatan haram jadah si Yaakob Sapari ajak pula debat.Ni idea bengap untuk membuang masa dengan harapan rakyat boleh lupa dan terpedaya.
Macam Noh Omar cakap la,guna je Mahkamah Rakyat. Bukan ke puak-puak pakatan haram jadah ni jugak yang kata " Rakyat Hakim Negara ". Apa tunggu lagi,buat la perbicaraan mahkamah rakyat.Akhirnya, SELCAT hidup semula lepas 2 tahun tidur.saya ingat SELCAT ni mati terus rupanya macam kisah si Suhardi pulak.Banyak betul wayang Regimn Khalid dalam usaha untuk coverline Skandal Pasir ni. Berikut kenyataan Noh Omar yang terbaru berkaitan Isu Pasir ini.
SILA BACA KENYATAAN TERBARU NOH OMAR DI BAWAH
SELCAT BAGAIKAN MATI HIDUP SEMULA,KATA NOH OMAR
TANJONG KARANG, 23 Feb (Bernama) -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) "bagaikan mati hidup semula" apabila ia dilapor akan menyambung semula sesi pendengaran awam berhubung isu pasir pada 5 Mac ini.
Beliau berkata sewaktu Selcat ditubuhkan dan menyiasat salah laku pemimpin Barisan Nasional (BN), pendengaran awam yang dilaksanakan begitu laju sekali perjalanannya.
Bagaimanapun, apabila pendengaran awam yang melibatkan pentadbiran negeri dan pengurusan pasir, Selcat hanya bersidang dua hingga tiga hari sahaja,katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 421 penerima di sini hari ini.
"Ia berhenti setahun lebihlah dari 2010 sampai sekarang ni. Itupun (disambung) sebab kita timbulkan isu itu balik, Raja Petra timbulkan,kemudian UMNO Selangor timbulkan balik, pegawai-pegawai (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) yang diberhentikan timbulkan balik,iapun (Selcat) hidup balik," katanya.
Noh berkata jika didiamkan, pendengaran awam Selcat mengenai isu penyelewengan pasir akan terus mati dan ia akan nampak seolah-olah ditubuhkan bagi kepentingan politik.
Isnin lepas,Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata pendengaran awam berhubung isu penyelewengan pasir yang membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor,Kumpulan Semesta Sdn Bhd, akan disambung tiga hari mulai 5 Mac.Noh turut mempersoalkan permintaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin supaya beliau hadir pada pendengaran Selcat.
"Jadi, (perkara ini) kena jelas. Kalau setakat hadir suruh tengok, tak payahlah," katanya.
Mengulas tindakan PAS mengarahkan calon pilihan raya parti itu agar membuat Bai'ah (perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa),beliau
berkata tindakan tersebut diambil mungkin kerana pembangkang dalam keadaan tertekan dan takut kepada bayang-bayang sendiri.
Semalam,akhbar melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calonnya yang bertanding,diwajibkan berbai'ah dan siapa yang melanggarnya,akan "celaka dunia dan akhirat".
"Dia tidak yakin rakyat akan menyokong mereka,malah mereka juga tidak yakin dengan calon-calon mereka kerana saya percaya calon-calon yang ada pendirian
tegas akan bercakap soal perjuangan Islam," katanya.
Sebagai contoh,bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa perjuangan PAS telah lari daripada landasan awalnya,iaitu penubuhan sebuah negara Islam.-Bernama
No comments:
Post a Comment