Social Icons

Pages

Tuesday, March 20, 2012

HOT NEWS !!! ISU PASIR !!! KHALID GAGAP BOHONG KEPADA RAKYAT !!!


Datuk Mohamad Satim Diman mengatakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim @ Gagap sebagai berbohong kepada rakyat apabila menyatakan kerajaan negeri akan menjaga dan memantau kecurian pasir di negeri ini.Datuk Mohamad Satim Diman berkata,Khalid sebelum ini berjanji untuk memberi tumpuan kepada isu tersebut namun rakyat dikejutkan dengan pendedahan kegiatan curi pasir di kawasan seluas tiga padang bola di Bukit Beruntung.Pejabat Tanah Hulu Selangor memberitahu kegiatan itu adalah yang terbesar berjaya dikesan di negeri ini.

"Menteri Besar berjanji hendak pantau kegiatan pasir.Tapi dalam akhbar The Star pada 14 Mac 2012 mendedahkan ada kegiatan curi pasir sebesar padang bola.Bagaimana dengan janji Menteri Besar sebelum ini.Beliau seolah-olah berbohong kepada rakyat," katanya.

Dalam pada itu,Satim yang mengulas ucapan ADUN Sri Muda,Shuhaimi Shafie ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor pada sidang DUN hari ini turut mengingatkan kerajaan negeri agar memikirkan kesan jangka masa panjang daripada kegiatan melombong pasir yang keterlaluan.

"Kerajaan negeri giat korek pasir yang menghasilkan lubang dan lombong-lombong besar.Bila mahu lakukan pembangunan mesti timbus balik.Berapa pula kos menimbus tanah itu ??? Silap- silap lebih dari pendapatan penjualan pasir," katanya.

Kerajaan Selangor menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk menguruskan industri pasir di negeri Selangor namun kegiatan curi pasir dilaporkan semakin meningkat dari semasa ke semasa.Penguatkuasaan untuk membanteras jenayah itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

No comments:

 
 
Blogger Templates