Social Icons

Pages

Tuesday, March 20, 2012

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM AKAN SAMAN NALLAKARUPAN DAN UTUSAN RM100 JUTA DAN MENUDUH @NAJIBRAZAK !!!


Anwar Ibrahim menimbang untuk memfail saman RM100 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Senator K S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Malaysia menerusi peguamnya,N Surendran.

“Kenyataan Nallakaruppan (yang juga presiden parti India Bersatu Malaysia (MIUP) satu pembohongan. Ia juga satu tuduhan serius terhadap seorang pemimpin Muslim.Selain saman RM100 juta, kami mahu Nallakaruppan dan Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam,” kata Surendran yang juga naib presiden PKR ketika dihubungi hari ini.

FMT Melaporkan Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan sidang akhbar Nallakaruppan semalam.Menurut beliau,laporan Utusan Malaysia yang diterbitkan pada muka depan akhbar melanggar prinsip kewartawanan.

“Utusan harus membuat laporan secara adil dan bukan laporan berunsur pembohongan,” kata Surendran.

Di samping itu,peguam tersebut turut menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat berikutan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

“Najib bertanggungjawab kerana Utusan ialah organ Umno dan Najib ialah presiden Umno,” tambah Surendran.

Beliau menambah bahawa tindakan menyaman akan diteruskan sekiranya Nallakaruppan dan Utusan Malaysia tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan dan laporan tersebut.

ANDA INGIN MELIHAT TAJUK TERSEBUT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM AKAN SAMAN UTUSAN DAN NALLA !!!

SEMALAM NALLA KATA ANWAR IBRAHIM BISEKSUAL !!!

BELIAU CABAR ANWAR UNTUK MENYAMAN BELIAU DI MAHKAMAH !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

ADAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN SAMAN NALLAKARUPAN ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Tunggu bila Najib nak saman pemfitnah dan penipu nie...

Anonymous said...

Tak de bukti buat apa tuduh. Buang masa saja. Cakap dah banyak kali. Bukti tak de juga. Tak kan lepas PR menang dlm pr baru mau keluar.

Anonymous said...

Mmg dasar pengecut DSAI.Bab mcm ni dia reti putar belit dalam ceramah dia je..bila ramai yg btepuk mula la ego monyet dia melonjak..dasar pengecut..

 
 
Blogger Templates