Social Icons

Pages

Monday, March 05, 2012

SKANDAL PASIR !!! @NOH OMAR AKAN MENGHADIRI PROSIDING SELCAT !!! ADAKAH KHALID GAGAP HADIR ???



sebelum itu jom kita lihat dulu kenyataan di bawah.lepas itu saya akan jawab..minta maaf kalau artikel saya panjang.

SHAH ALAM 2 MAC : Setakat ini tiada permohonan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar untuk memberi keterangan di dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Keupayaan,Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT).Hari ini adalah peluang terakhir bagi orang awam memohon untuk memberi keterangan di dalam sesi tersebut yang akan bermula Isnin hingga Rabu depan.Mereka yang tidak mendapat kelulusan permohonan tidak akan diberi peluang untuk memberi keterangan di dalam pendengaran tersebut.

Pengerusi SELCAT,Datuk Teng Chang Kim,berkata orang awam yang ingin memberi keterangan di dalam sesi SELCAT mesti mendapat persetujuan jawatankuasa tersebut terlebih dahulu melalui permohonan bertulis.Ini bagi melancarkan proses pendengaran dengan memastikan setiap keterangan atau bukti yang hendak diberi relevan dengan kes yang akan bincangkan.

“Kalau kita beri peluang kepada siapa-siapa untuk datang beri keterangan tanpa permohonan, orang itu boleh datang dan cakap apa sahaja yang dia suka samada ia relevan atau tidak dengan kes yang hendak dibincangkan.Ini akan mengambil masa SELCAT.Jadi setiap orang yang mahu memberi keterangan mesti memohon dulu supaya kita dapat pastikan yang keterangannya relevan,” kata Teng,apabila dihubungi TVSelangor hari ini.

Minggu lepas,Teng dan setiausaha politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin telah mengesa Noh agar tampil memberi keterangan dan bukti kepada SELCAT.Ini berikutan dakwaan Noh yang beliau mempunyai bukti penyelewengan di dalam pemberian kontrak pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, sebuah syarikat berkaitan (GLC) kerajaan Selangor.Pendengaran awam Selcat kali ini melibatkan tiga kes GLC. Selain KSSB, kes yang melibatkan Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut akan didengar.

Yayasan Selangor dipanggil berkenaan satu laporan audit dalaman tentang perlantikan pengurus besarnya.Manakala dua anak syarikat PKPS,PKPS Agro-industri dan PKPS Premium Agro Produks dipanggil berkenaan pinjaman RM180 juta yang diambil bagi membeli peralatan pertanian.

ok,itu adalah kenyataan di atas,kenapa Datuk Seri Noh Omar tidak datang.

ayat pertama yang di berikan di atas adalah "Setakat ini tiada permohonan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar untuk memberi keterangan di dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Keupayaan,Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT)".

saya rasa betul apa yang dikatakan oleh Teng,Mungkin Datuk Seri Noh Omar tidak membuat permohonan kepada SELCAT untuk hadir.Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Datuk Seri Noh Omar tidak hadir.Sudah pasti beruk-beruk Pakatan Haram akan melabelkan Datuk Seri Noh Omar sebagai penakut.Hanya berani di belakang tetapi penakut bila dipanggil untuk memberi keterangan.

Teng dalam kenyataan beliau juga mengatakan bahawa "Mereka yang tidak mendapat kelulusan permohonan tidak akan diberi peluang untuk memberi keterangan di dalam pendengaran tersebut.Beliau juga berkata orang awam yang ingin memberi keterangan di dalam sesi SELCAT mesti mendapat persetujuan jawatankuasa tersebut terlebih dahulu melalui permohonan bertulis."

sedap ayat teng tu ??? Teng kononnya bangga kot selama ini macam SELCAT tu bagus sangat.mana tak nya.Mereka seolah-olah mengambarkan SELCAT adalah satu badan yang tulus yang akan bertindak terhadap mana-mana individu tanpa mengira fahaman politik.Sebenarnya itu hanyalah persepsi yang sedang dimainkan oleh Khalid Gagap.

Adakah betul SELCAT itu telus ??? Kalau orang UMNO mengatakan bahawa SELCAT hanya untuk menjaga kepentingan politik Pakatan Haram sudah tentu mereka akan melabelkan bahawa UMNO takut tembelang mereka terbongkar.Ini perkara biasa yang kita tidak perlu nafikan.Kena tangkap khalwat pun salah UMNO.Bantai belakang orang pun salah UMNO.muahahahaha..opsss...

anda lihat bukti di bawah


Andainya krebiliti SELCAT itu dipertikaikan oleh golongan mereka sendiri, apa pandangan kita sebagai rakyat Selangor ??? Adakah kita masih hendak menafikan bahawa kewujudan SELCAT itu hanya untuk menjaga kepentingan politik mereka ??? Exco terbuang yang dipecat daripada PAS pernah mempertikaikan kreabiliti SELCAT ketika beliau memegang jawatan sebagai EXCO.Apa lagi kita nak kata kalau begitu kisahnya. Mungkin ada yang tertanya apa kenyataan Hasan Ali.

Itu perkara pertama,keduanya adalah setiap saksi yang ingin memberi keterangan diwajibkan menghantar surat kepada jawatankuasa yang akan menentukan adakah saksi itu perlu hadir ataupun tidak. Persoalannya adalah, sekiranya bukti-bukti yang ada pada seorang saksi itu akan menyebabkan sabit kesalahan kepada individu yang mempunyai kepentingan politik di dalam kerajaan negeri, adakah saksi itu akan diberi kebenaran untuk memberi keterangan ???

Jawapannya sudah tentu tidak.Tidak hairanlah Hasan Ali mengeluarkan kenyataan semasa menjadi EXCO dulu bahawa SELCAT haruslah diwakili oleh bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat.kenapa Hasan Ali berkata begitu ??? Jawapannya senang,supaya setiap bukti diperhalusi sepenuhnya tanpa ada campur tangan politik.MP Kapar Manikavasagam pernah membuat sidang media berkenaan dengan penyelewengan pasir dan membawa seorang saksi bernama Zahar Rusili yang akhirnya ditolak sebagai seorang saksi di dalam sidang SELCAT.


KALAU ANDA NAK TAHU LAGI MENGENAI MP KAPAR @ AHLI PAHLIMEN PKR ???

KLIK DI SINI

DAN

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

pasal isu pasir tu adakah SELCAT selesaikan ??? adakah itu telus ??? dari situ anda lihat sendiri kononnya SELCAT ni mereka kata telus lah sangat-sangat.SELCAT tidak pernah menjalankan sebarang siasatan diatas pembongkaran MP Kapar ini.SELCAT ditidurkan selama 2 tahun untuk memberi ruang kepada mereka menyelamatkan nyawa politik masing-masing.apa cerita ??? nampak sangat SELCAT ditubuhkan hanya untuk politik bukan sebab benda lain.

Sekarang apa lagi yang kita boleh harapkan daripada SELCAT ??? Adakah mereka boleh memastikan bahawa sidang SELCAT adalah bersih tanpa campur tangan politik.Kalau Pengerusi orang politik,Jawatankuasa semuanya orang politik,apa lagi yang kita boleh harapkan daripada mereka selain daripada cuba menjaga kepentingan politik mereka.itu jer sebenarnya yang berlaku..




video di atas adalah Kenyataan Datuk Seri Noh Omar berkenaan artikel akhbar SelangorKini yang mencabar beliau supaya hadir ke prosiding Selcat.

TANJONG KARANG - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) "bagaikan mati hidup semula" apabila ia dilapor akan menyambung semula sesi pendengaran awam berhubung isu pasir pada 5 Mac ini.

Beliau berkata sewaktu Selcat ditubuhkan dan menyiasat salah laku pemimpin Barisan Nasional (BN),pendengaran awam yang dilaksanakan begitu laju sekali perjalanannya.


KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Apa gunanya memberi keterangan andai kita sedia maklum hasil siasatan SELCAT ??? Adalah lebih baik bukti-bukti penyelewengan disebarkan melalui media baru ataupun media cetak.Biar Jawatankuasa SELCAT menyiasat sendiri kebenaran dokumen-dokumen yang di dedahkan.Secara keseluruhannya tindakan Datuk Seri Noh Omar untuk tidak hadir memberi keterangan kepada SELCAT adalah satu tindakan yang tepat kerana beliau umpama menyerah diri untuk dipermainkan oleh SELCAT sekiranya hadir.

hari ini Datuk Seri Noh Omar akan menjelaskan ke semua Isu berkenaan SELCAT.
Apa yang lebih penting biarlah rakyat yang menentukan kebenaran penyelewengan pasir di Selangor.SELCAT umpama hantu yang baru bangkit daripada kubur.2 tahun tidur dan kembali bangkit bila terdesak.kalau Datuk Seri Noh Omar tak cabar pasal Pasir,takkan keluar isu tu.


TUNGGU !!!

SEMUA RAHSIA AKAN TERDEDAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates