Sudah sampai masanya Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang merupakan anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor mengembalikan semula tanggungjawab pengurusan pasir di negeri ini secara mutlak kepada pihak yang sepatutnya jika tidak mahu krisis yang membelit sektor berkenaan terus terpalit kepada kerajaan pemerintah.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin berkata,hak pengurusan pasir sememangnya menjadi tanggungjawab Pejabat Tanah dan Galian Selangor sepertimana yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara (KTN).Malah ujarnya penubuhan KSSB pada 2008 oleh Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mengambil alih tampuk pemerintahan juga dilihat melangkaui agenda asalnya.
" GAPS melihat ini merupakan salahguna kuasa. Kuasa yang sepatutnya dimiliki oleh pejabat tanah telah diberikan secara monopoli kepada KSSB melalui keputusan exco dan hasilnya adalah perkara yang melibatkan pasir ini tidak telus,"katanya.
KSSB ditubuhkan kononnya untuk mengekang rasuah dalam industri pasir serta menambah hasil kerajaan negeri.Bagaimanapun Semesta gagal menepati sasaran yang diumumkan dan syarikat itu pula dibelit dengan tuduhan rasuah,penyelewengan dan pemberian bonus lumayan kepada pengurusan sungguhpun baru memulakan operasi.Oleh itu menurut Hamidzun adalah wajar KSSB dibubarkan untuk mengelakkan kerajaan negeri terutama Khalid terus menjadi sasaran dalam skandal pasir di Selangor.
" GAPS menggesa KSSB harus menghentikan segala perniagaan pasir dan kuasa mengenai pasir ini dikembalikan semula kepada pejabat tanah-tanah yang berkenaan.Kalau tidak, saya melihat Menteri Besar dan exco terus terpalit dengan penyalahgunaan hasil pasir yang semakin tidak telus,"tambahnya lagi.
The Star hari ini melaporkan,sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor terpaksa menerima bayaran royalti di bawah harga pasaran ekoran campurtangan
Khalid dalam aktiviti perlombongan pasir di Dengkil.Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) hanya diberikan RM630,000 dan bukannya berdasarkan penilaian pasaran RM2.6 juta bagi membolehkan KSSB melombong pasir di tapak seluas 20 hektar itu.Kelulusan mencurigakan ini menambah khabar angin dan tuduhan bahawa Khalid mengamalkan dasar pilih kasih dan nepotisme dalam menguruskan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan awam di Selangor.
The Star yang memetik sumber-sumbernya mendedahkan bahawa KHSB terpaksa memberikan Semesta hak melombong pada harga yang amat rendah kerana tindakan Khalid mengguna pakai sebuah dasar lapuk.Dasar itu menetapkan GLC kerajaan negeri hanya boleh menerima lapan peratus sebagai royalti berasaskan harga jualan sesebuah tapak tanah.Diminta mengulas isu sama, Hamidzun berkata,Khalid harus segera menjelaskan isu ini jika tidak mahu pelbagai spekulasi timbul yang akhirnya menuju ke arah beliau
sendiri.
" GAPS melihat perbedaan angka penjualan tanah yang sepatutnya diterima oleh Kumpulan Hartanah itu adalah satu bayaran bawah meja.GAPS ingin tahu, bayaran bawah meja ini pergi ke mana? Adakah ia pergi kepada saku KSSB atau ia pergi ke dalam saku mereka yang ada kepentingan politik dalamkerajaan yang memerintah negeri Selangor sekarang?,"soal beliau - AntaraPos

No comments:
Post a Comment