Social Icons

Pages

Monday, February 20, 2012

SKANDAL PASIR !!! SAIFUDDIN NASSUTION TURUT TERLIBAT ???


Selama ini, ramai menyedari iras muka Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution yang bopeng berlubang-lubang akibat jerawat ketika umur mudanya.

Bukan setakat itu,Utusan Malaysia semalam melaporkan desas desus Saifuddin ada menyumbang kepada kebopengan dan mala petaka alam sekitar di beberapa kawasan tertentu di Selangor akibat perlombongan pasir secara haram oleh syarikat konsesi pasir milik kerajaan negeri.

Saifuddin dipercayai ada mengeluarkan sokongan bertulis yang pernah dikeluarkan kepada sebuah syarikat bagi permohonan aktiviti perlombongan pasir di Selangor.

http://sel13.com/wp-content/uploads/2012/02/sai_nasution-300x239.jpg

Sel13.com Melaporkan Surat sokongan mungkin sesuatu amalan dalam kerajaan suatu masa dahulu tetapi kini sudah tiada lagi diamali atau dilayani oleh kerajaan persekutuan dan seharusnya oleh kerajaan negeri.

Tentulah pendedahan ini sesuatu yang mengejutkan kerana selama in dipercayai kerajaan Selangor juga ikut sama menghentikan amalan ini ekoran kemelut isu kematian Teoh Beng Hock yang juga ada melibatkan pengeluaran surat sokongan.

Tuduhan terhadap Saifuddin ini ditimbulkan oleh bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

http://sel13.com/wp-content/uploads/2012/02/lombongpasir1.gif

Menurut Anuar, desas-desus bertiup kencang bahawa Saifuddin telah memberi sokongan bertulis kepada sebuah syarikat yang mana beliau sendiri dipercayai ada kepentingan dalam syarikat tersebut.

Ini menyerupai pendedahan terbaru oleh Raja Petra terhadap syarikat Double Dignity yang melibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

“Kami di luar sini ingin mendengar pengakuan daripada Saifuddin agar segala kekeliruan terjawab lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang pemimpin penting dalam PKR,” kata Anuar dalam laporan Utusan Malaysia.

Sebagai seorang yang sering mendabik dada mengaku pemimpin dari pihaknya adalah telus dan bertanggungjawab,Anuar meyakinkan Saifuddin supaya tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran.Tambah Anuar,sekiranya Saifuddin ada memberi sokongan bertulis yang disebutnya, Setiausaha Agung PKR seharusnya selalu-selalu cermin dirinya sebelum menuduh orang lain amalkan kronisme.

No comments:

 
 
Blogger Templates