Kerajaan membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.
"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau.
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
Konsert 'Erykah Badu Live in KL' itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah "Australasian" di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.
Datuk Seri Rais Yatim dalam pesanan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah.
Badu sebelum ini dikecam hebat pelbagai pihak ekoran gambarnya yang tersiar di dalam akhbar The Star yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di kedua belah dadanya.Beliau dijadual mengadakan konsert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Dalam perkembangan sama The Star menerusi portal dalam taliannya pada Isnin lalu memohon maaf kepada pembaca dan seluruh umat Islam kerana kesilapan menyiarkan gambar tersebut.
Terima kasih Datuk Seri Rais Yatim kerana memahami perasaan rakyat dibawah.Saya cukup-cukup bangga dengan keputusan berani Datuk Seri Rais Yatim.

No comments:
Post a Comment