Social Icons

Pages

Showing posts with label RAIS YATIM.... Show all posts
Showing posts with label RAIS YATIM.... Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

HOT NEWS !!! KONSERT ERYKAH BADU DI BATAL KAN !!!



Kerajaan membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Konsert 'Erykah Badu Live in KL' itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah "Australasian" di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.


Datuk Seri Rais Yatim dalam pesanan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah.

Badu sebelum ini dikecam hebat pelbagai pihak ekoran gambarnya yang tersiar di dalam akhbar The Star yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di kedua belah dadanya.Beliau dijadual mengadakan konsert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan sama The Star menerusi portal dalam taliannya pada Isnin lalu memohon maaf kepada pembaca dan seluruh umat Islam kerana kesilapan menyiarkan gambar tersebut.

Terima kasih Datuk Seri Rais Yatim kerana memahami perasaan rakyat dibawah.Saya cukup-cukup bangga dengan keputusan berani Datuk Seri Rais Yatim.

Wednesday, July 20, 2011

DATUK SERI RAIS YATIM DI BAYAR RM 300 RIBU ???


MENTERI Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan,Datuk Seri Dr Rais Yatim memperoleh ganti rugi sebanyak RM300,000 daripada seorang blogger,Azimudin Ahmat yang telah memfitnah beliau merogol pembantu rumahnya dari Indonesia.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan agar Azimudin yang juga seorang ahli jawatankuasa sayap Pemuda PKR membayar kos RM100,000 kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim.

MSTAR melaporkan Pada penghakimannya,Zabariah berkata,mahkamah mengambil kira kedudukan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku seorang menteri yang telah menganggotai Kabinet selama 37 tahun dan dikenali bukan sahaja di dalam negara,tetapi juga di persada antarabangsa.Selain itu,beliau juga berkata,tiada sebarang bukti yang dapat menunjukkan berlaku unsur provokasi yang dilakukan oleh Rais selaku plaintif untuk Azimudin (defendan) mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah tersebut.

“Fitnah rogol melibatkan individu dari negara lain, dan perkara itu adalah satu kesalahan jenayah dan merupakan tuduhan paling jijik yang boleh dilakukan terhadap seseorang individu.Tuduhan berkenaan juga tidak sihat dari sudut hubungan diplomatik dan ibarat menuang petrol ke dalam api terhadap kemarahan negara jiran berhubung isu rakyat mereka didera semasa bekerja sebagai pembantu rumah di sini,” katanya.

Selain itu,Zabariah juga berkata,fitnah tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang melayari laman blog defendan, selain tiada unsur keinsafan ditunjukkan oleh defendan.Beliau menambah, defendan juga tetap menyiarkan kata-kata fitnah terbabit meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah injunksi yang melarang perbuatan tersebut diteruskan.

“Defendan juga tidak merasa insaf, dan daripada keterangannya, saya dapati defendan berasakan dirinya tidak melakukan sebarang perbuatan yang salah kerana berpendapat tindakannya hanyalah memuat turun dakwaan itu daripada Harakah Daily,” kata Zabariah lagi.


Beliau juga berkata,defendan juga telah cuai kerana menyiarkan dakwaan tersebut tanpa menyiasat kebenaran dakwaan yang bukan sahaja menjatuhkan reputasi plaintif, tetapi juga dapat memberikan kesan kepada kehidupan peribadi dan keluarga beliau.

“Berdasarkan keterangannya,defendan mendakwa dia telah ke Jakarta untuk menyiasat selama tiga hari, tetapi gagal untuk menemui wanita yang didakwa sebagai mangsa rogol bagi mengesahkan dakwaan itu.Selepas itu tiada sebarang tindakan susulan daripada defendan, dan ini menunjukkan bahawa defendan tidak mempedulikan sama ada perkara yang disiarkannya itu betul atau tidak,” tambah Zabariah.

Sementara itu,Datuk Seri Dr Rais Yatim yang hadir ke mahkamah bersama isterinya,Datin Seri Maznah Rais menyifatkan keputusan tersebut sebagai peringatan untuk mereka yang gemar menghabiskan masa dengan menulis tentang individu lain.

“Ini adalah peringatan agar individu yang suka menulis tentang orang lain di dalam blog atau ruangan kolum sendiri untuk menghormati hak individu lain dan lebih berhati-hati,” katanya.

Datuk Seri Dr Rais Yatim juga memberitahu,keputusan itu dapat menjamin keyakinan masyarakat terhadap sistem kehakiman negara.

Pada prosiding itu,Datuk Seri Dr Rais Yatim diwakili oleh peguam-peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala peguam William Leong hadir bagi mewakili Azimudin.

Datuk Seri Dr Rais Yatim memfailkan saman tersebut pada 31 Januari lalu dan mendakwa satu majalah bertajuk ‘Hei Pak Menteri...mana mau lari...’beserta dengan gambarnya telah disiarkan di laman blog Amizudin.

Majalah tersebut yang didakwa mengandungi unsur fitnah disiarkan di alamat http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ pada 28 Disember 2010.

Rais mendakwa, perkataan dalam majalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Bagaimanapun, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Rais selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya.

ANDA NAK TAHU KISAH SEBENAR CERITA INI

KLIK DI SINI


LAIN KALI SELIDIK DULU !!!

JANGAN MAIN BELASAH JER !!!

Tuesday, May 17, 2011

SKMM AKAN MENYIASAT 2 PENULIS BLOG !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjehORWTIxjeZ1JMExp0IyIK2NejePmoDCKurKKMQVq9VF5n9yej4atTuMB2C-PYO0mFhAPyjnpJ3O6-41FkmoDhGTPOM-RhOmLjtYOWETRxOA4K3prkOhwEFD02nSjnU9nzKVRWNSmMHM/s400/bigdog_anjing+besar.jpg

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata semua pengguna Internet perlu patuh kepada undang-undang walaupun tiada sekatan terhadap penyaluran maklumat dalam ruang siber.

Sempena sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia 2011,Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan pengguna Internet supaya tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberi seperti menggunakan teknologi tersebut untuk tujuan jenayah.

http://www.klpos.com/news/2011/05/12/4_1.jpg

"Saya ingin menegaskan apabila disebut internet tidak disekat, tidak bermaksud seseorang itu bebas daripada undang-undang. Jika beliau melakukan jenayah melalui internet, beliau tidak akan terlepas daripada undang-undang.Jangan masyarakat ada berfikir oh sekarang bebas,apa pun boleh buat.Tidak.Undang-undang negara harus dihormati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Lumpur.

BERNAMA melaporkan Katanya,kerajaan melalui Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meletakkan kawalan terhadap internet termasuk jenayah siber dan yang berkaitan dengan hasutan serta pornografi.Sehubungan itu, katanya,sebagai permulaan tiga pegawai SKMM dijangka akan dihantar menjalani kursus forensik multimedia sebagai satu kepakaran dalam menangani jenayah siber.

kementerian sedang meneliti kursus-kursus sedemikian di Amerika Syarikat,United Kingdom dan Australia,manakala seorang pegawai kanan SKMM juga sedang berada di Geneva, \Switzerland untuk membuat interaksi awalan bagaimana kepakaran tersebut boleh didalami pegawainya.

http://media1-cdn.malaysiakini.com/362/d91b5f4899f111219e9389da584a27e0.jpg

Dalam hal lain,Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata SKMM sedang menjalankan siasatan ke atas dua penulis blog yang dilaporkan memaparkan artikel yang mendakwa ada ura-ura ingin menjadikan Kristian agama rasmi negara.SKMM dijangka akan menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut selepas siasatan selesai.

Monday, April 18, 2011

GEMPAR !!! DATUK SERI RAIS YATIM MENYAMAN BLOGGER SABAHKINI.NET !!!



Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan,Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu.Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.

BERNAMA melaporkan Dalam pernyataan tuntutan,Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk 'Pak Lah halalkan rogol,UMNO halalkan zina ??? dan 'PKR cabar Rais sumpah laknat' dipaparkan pada 3 Januari lalu.Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul 'Rais Yatim seperti belut' dan ‘Video pengakuan rakan Robe Ngah' di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif.Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini.

Wednesday, March 09, 2011

DATUK SERI RAIS YATIM MENGAMUK LAGI !!!


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengamuk lagi,dulu Nik Aziz kata undi UMNO jahiliah,sekarang pula "Tidak Halal" di atas kemenangan BN dan Media Berat Sebelah .Datuk Seri Rais Yatim berkata Nik Abdul Aziz perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian.


Beliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lepas,adalah tidak relevan.Datuk Seri Rais juga berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini,media tidak dipersalahkan pula.

"Ada pepatah Melayu berkata,bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah.Tentu sekali beliau tidak puas hati dengan beberapa sajian, saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa sajian surat khabar ataupun media cetak," itulah ulasan yang di beri oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata media mempunyai gambaran sendiri yang disajikan menerusi televisyen dan radio, jadi ada juga beberapa sajian yang tidak menepati cita rasa masing-masing.apa saja keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini yang diputuskan oleh rakyat wajar diterima.


INILAH NIK AZIZ,SEMUANYA SALAH.APA YANG BETUL BAGI MU WAHAI NIK AZIZ ???

BAGI DUIT KAT GALAS PUN KIRA BETULLAH YER,TAK RASUAH LAH YER ???


'NIK AZIZ HARUS BERTAUBAT'

Saturday, February 19, 2011

PROGRAM DATUK SERI RAIS YATIM MERIAH !!!




pagi tadi saya dan beberapa bloggers pergi ke majlis perasmian Kampung Warisan di kampung Puah Lembah


Perasmian pagi tadi telah di Rasmikan oleh Datuk Seri Rais Yatim Menteri Penerangan,Kebudayaan dan Kesenian.Turut mengiringi majlis tadi Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju/Pengerusi BN Wangsa Maju Dato Shafei Abdullah.bersama-sama dalam program pagi tadi Yang Berhormat MP Wangsa Maju Wee Choo Keong yang mana merupakan MP Bebas setelah keluar meninggalkan PKR tahun lalu.

Dalam ucapan pembukaan oleh Dato Shafei Abdullah,Beliau menyampaikan hasrat para penduduk Kampung Puah Lembah melalui Umno Wangsa Maju untuk meminta pihak kerajaan Persekutuan mengiktiraf Kg Puah Lembah serta 6 lagi Kg yang lain dalam Wangsa Maju sebagai Kampung Warisan.Menurut Dato Shafei,Kampung ini telah wujud sejak sebelum Merdeka lagi malah waris yang ada hari ini pun sudah masuk generasi yang ke 4.Kewajaran bagi pihak umno untuk memperjuangkan masyarakat di Kampung Puah dan 6 kg yang lain akan di teruskan.

semasa perasmian Pagi tadi juga Datuk Seri Rais Yatim melahirkan rasa bangga dengan semangat Kampung Puah Lembah yang mempunyai semangat gotong royong dan kebudayaan yang sangat tinggi. Malah beliau juga tidak menyangka yang di dalam kota Kuala Lumpur ini masih wujud semangat Kg yang kuat perpaduannya.Dalam ucapannya juga tadi Datuk Seri Rais juga menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Kampung Puah Lembah sebagai Kg Warisan yang akan di kenali dengan nama Malay Town.Kata beliau "kaum Tiong Hua mempunyai China Town,kaum India mempunyai Little India di Brickfields namun di mana kawasan Melayu ??? Oleh itu Umno Wangsa Maju mesti mempertahankan Kg Puah Lembah ini yang sudah wujud sejak sebelum Merdeka lagi.Oleh itu saya akan meminta agar Kg Puah Lembah ini di kenali dengan nama Malay Town yang di pamerkan kepada para pelancong dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian".

Majlis berlangsung sehingga jam 1 tengahari dengan di sudahi aktiviti kemasyarakatan bergotong royong oleh para penduduk Kg Puah Lembah.

untuk gambar sekitar program berkenaan sila lihat di bawah



Wednesday, January 12, 2011

GEMPAR !!! ADA LAGI FITNAH TERBARU DATUK RAIS YATIM !!!


setelah isu Datuk Seri Rais Yatim telah reda,semalam saya dengar ada lagi perancangan JAHAT terhadap Datuk Seri Rais Yatim akan di adakan dalam masa terdekat ini bagi Melemparkan FITNAH dan Menjatuhkan maruah Beliau.macam tak puas hati jer nampaknya blogger dari Haluan kiri ini ??? saya dengar Kumpulan ini akan mengupah seorang yang dikatakan begitu hampir dengan Datuk Seri Rais Yatim bagi membuat pengakuan bahawa Datuk Seri Rais Yatim sememangnya terlibat di dalam kes ini.


saya meminta para Rakan-Rakan Blogger yang melihat artikel ini untuk bersiap sedia menghadapi FITNAH kedua ini yang akan di mainkan oleh Blogger Blogger Pakatan haram selepas ini dan tidak mustahil isu ini juga akan diMulakan lagi sekali oleh Blogger Rocky dan Big DOG.itu yang saya dapat rasakan sekarang.kenapalah asyik tak puas hati dengan isu tersebut ??? semuanya dah settle,lagi nak memburukkan keadaan ???

saya menyarankan agar pengunjung yang membaca artikel BADUT RAKYAT tidak mudah terperdaya dengan fitnah kedua ini.Serangan ini dikatakan kononnya akan menguatkan lagi bukti bahawa Rais Yatim pernah merogol Robengah.

sila lihat video di bawah untuk membuktikan segalanya bahawa Datuk Seri Rais Yatim tidak Bersalah



anda sudah lihat video di atas ??? untuk bukti lebih kukuh bahawa Datuk Seri Rais Yatim tidak bersalah

KLIK DI SINI DI SINI DAN DI SINI

POST BY WAYNE...

Saturday, January 08, 2011

GEMPAR !!! VIDEO PENGAKUAN OLEH ROBENGAH DI ROGOL OLEH DATUK SERI RAIS YATIM TELAH TERSEBAR !!!


nampak nya video kebenaran berkenaan dengan Dato Seri Rais Yatim telah keluar.ini adalah kisah benar.Lihat video di bawah dan teliti dengan jelas apa yang disampaikan pembantu rumah Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan,Dato Seri Rais Yatim yang juga rakan rapat Amah atau Robengah.Video ini memberi jawapan sebenar kes rogol yang dikaitkan Ahli Parlimen Jelebu ini.



DAH DAPAT PENJELASAN ??? ITULAH,JANGAN MAIN HENTAM JER...SIASAT DULU APA YANG TERJADI OK.KEPADA SEMUA YANG FITNAH DATUK SERI RAIS YATIM TU CEPAT-CEPAT LAH MINTA MAAF YER.RUSMIYATI TELAH MENDEDAHKAN SEMUANYA...

SEKIRANYA ANDA NAK LAGI YANG KUKUH

KLIK DI SINI

POST BY WAYNE...

Friday, January 07, 2011

GEMPAR !!! MEMANG SAH DATUK SERI RAIS YATIM PERNAH MEROGOL AMAH !!!



INI KER YANG DATUK SERI RAIS YATIM ROGOL TU ??? BOLEH TAHAN JUGA NI..KEKEKEKE....


DATUK SERI RAIS YATIM DAN ISTERI

LAPORAN YANG MENGATAKAN DATUK SERI RAIS YATIM MEROGOL PEMBANTU RUMAH

sila baca artikel ini dengan teliti kerana artikel ini panjang.sebelum ini blog Haluan Kiri mengatakan Datuk Seri Rais Yatim merogol Amah dari indonesia.agak-agak lah takkan lah Amah yang tua pun nak dirogol oleh Datuk Seri Rais Yatim ni.lepas tu kat blog diaorang dah keluar pulak gambar terbaru Amah tu.nak tengok ??? tengok puas-puas kat bawah.Blogger Nyamuk ini akan buka cerita satu persatu.

SAKSIKAN SEKARANG !!!




http://albanjarionline.blogspot.com/2011/01/wajah-terbaru-robengah.html

INI KER GAMBAR AMAH YANG BERUMUR 46 TAHUN TU ???

nampak sangat blog ni pembelit dan putar alam.sebenarnya pembantu rumah Datuk Seri Rais Yatim yang telah pulang ke Indonesia setelah berkhidmat selama 10 tahun di kediaman Datuk Seri Rais Yatim dan isteri adalah berumur sekitar 46 tahun sewaktu kali terakhir berkhidmat dengannya.takkan lah gambar di atas umur 46 tahun ??? ni gambar mana korang amik ni ??? gambar dari Facebook ker atau dari majalah mangga ???


Inilah adalah wajah sebenar Amah (gambar yang telah dibulatkan),bekas pembantu rumah bersama rakan sekerja bernama Sumiyati yang kononnya dirogol majikannya iaitu Datuk Seri Rais Yatim.Gambar ini telah ditangkap ketika Amah bersama rakannya,Sumiyati mula-mula bekerja di rumah Ahli Parlimen Jelebu ini 12 tahun yang lalu.

Nama amah yang kononnya di Rogol Oleh Datuk Seri Rais Yatim adalah Robengah.Untuk makluman Gambar di atas ini dirakam pada sekitar tahun 1997,umur Robengah waktu itu juga adalah sekitar 33 tahun,pada waktu Robengah berhenti kerja setelah 10 tahun berkhidmat umurnya adalah sekitar 46 tahun pada tahun 2007.

Pada 2007 bulan April Robengah pulang ke Indonesia memandangkan beliau telah lama bekerja di Malaysia dan ingin menetap di kampungnya dalam menguruskan anak anaknya.masihkah anda ingat lagi pada Aril,Robengah pulang ke Indonesia namun mengikut Laporan FITNAH Puak Pembangkang,adik Robengah telah membuat aduan pada bulan Julai 2007.Selama 4 Bulan tu mengapa tidak ada langsung pengaduan dan sebagainya ??? jelas bukti di sini menunjukkan Puak Pakatan Haram telah ketandusan modal dalam menyerang Kerajaan lalu di Fitnah pula Individu dalam kerajaan.


cerita tentang Sumiyati pula,Sumiyati masih bekerja dengan Datuk Seri Rais Yatim amat terkejut dengan dakwaan yang dilemparkan kepada majikannya.Amah dan beliau sendiri tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan keluarga Datuk Seri Rais Yatim malah mereka berdua amat disayangi isterinya,Datin Seri Masnah.Sumiyati juga berkata tidak logik Amah telah dirogol majikannya kerana Amah merupakan teman sebilik Sumiyati.Sumiyati begitu kesal dan sedih dengan fitnah ini kerana Dr. Rais Yatim dan isterinya merupakan majikan yang sangat mengambil berat terhadap beliau dan Amah.Tapi apa yang membanggakan Sumiyati,Datin Seri Masnah tetap tabah dan sempat berpesan kepada beliau agar sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk kebenaran yang sebenar.

SUMBER GAMBAR DARI GELOMBANG RAKYAT

SILA KE LINK INI UNTUK MELIHAT PENIPUAN BERKENAAN

DOKUMEN ASAL PENDEDAHAN ROGOL AMAH OLEH SAMM

MARI KITA IKUTI TENTANG KES DATUK RAIS YATIM MEROGOL AMAH DI BAWAH...

DI PETIK DARI SINAR HARIAN

PASIR PUTEH - Majlis Veteran Umno Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan liar yang disiarkan oleh sebuah blog di Internet yang mendakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007.

Pengerusinya,Datuk Rozali Isohak berkata tuduhan melulu tanpa usul periksa dibuat dengan niat jahat dan berkepentingan untuk menjatuhkan nama baik seseorang menteri yang diamanahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Veteran Umno Kelantan mengesa polis menyiasat laporan itu hingga ke akar umbi dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang bertanggungjawab meleparkan tuduhan buruk itu," katanya.Media hari ini melaporkan penafian Rais berhubung perkara itu dan meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang dianggapnya berniat jahat untuk menjatuhkan karier politiknya.

Rozali berkata Veteran Umno Kelantan akan membuat laporan polis berhubung laporan itu dan meminta siasatan rapi dan menyeluruh dibuat bagi memastikan pihak yang terlibat dihadapkan di mahkamah.

"Perbuatan yang merupakan tuduhan hina itu sengaja diadakan untuk membunuh karier menteri berkenaan adalah amat jijik dilakukan oleh kumpulan yang bermotif jahat, kita akan buat laporan polis hari ini," katanya.

Rais dalam kenyataanya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun lepas atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik.

KEPADA DATUK SERI RAIS YATIM,BERSIHKAN NAMA ANDA OK.NAMPAKNYA BLOG HALUAN KIRI NI TAK ADA BUKTI,LEPAS TU BAGI BUKTI GAMBAR YANG PALSU.GAMBAR PEMBANTU RUMAH PUN DAH SALAH.ADUHAI,SAYA DAH JANGKA BENDA INI AKAN BERLAKU.INILAH PEMBANGKANG,PEMUTAR ALAM NUMBER 1.APA CERITA ADUN SELISING ??? DAH LAMA SAYA TAK DENGAR CERITA NI,SENYAP JER ??? KATA NAK AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG KAT USTAZ SAIDI.TAPI SAMPAI SEKARANG MEMBISU JER ??? ADAKAH ADUN SELISING NI BETUL-BETUL BUAT PERKARA ITU DALAM KERETAPI ?? KEKEKEKE....

POST BY WAYNE...
 
 
Blogger Templates