Social Icons

Pages

Wednesday, March 09, 2011

DATUK SERI RAIS YATIM MENGAMUK LAGI !!!


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengamuk lagi,dulu Nik Aziz kata undi UMNO jahiliah,sekarang pula "Tidak Halal" di atas kemenangan BN dan Media Berat Sebelah .Datuk Seri Rais Yatim berkata Nik Abdul Aziz perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian.


Beliau berkata kenyataan Nik Aziz kononnya media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang pada Ahad lepas,adalah tidak relevan.Datuk Seri Rais juga berkata apabila PAS mengekalkan mandat di Kelantan, menawan beberapa negeri lain dan menang di beberapa kawasan dalam pilihan raya sebelum ini,media tidak dipersalahkan pula.

"Ada pepatah Melayu berkata,bila tak pandai menari dikatakan lantai jungkang-jungkit. Jadi saya fikir Datuk Nik Aziz harus melihat sejarah.Tentu sekali beliau tidak puas hati dengan beberapa sajian, saya juga tidak berpuas hati dengan beberapa sajian surat khabar ataupun media cetak," itulah ulasan yang di beri oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau berkata media mempunyai gambaran sendiri yang disajikan menerusi televisyen dan radio, jadi ada juga beberapa sajian yang tidak menepati cita rasa masing-masing.apa saja keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini yang diputuskan oleh rakyat wajar diterima.


INILAH NIK AZIZ,SEMUANYA SALAH.APA YANG BETUL BAGI MU WAHAI NIK AZIZ ???

BAGI DUIT KAT GALAS PUN KIRA BETULLAH YER,TAK RASUAH LAH YER ???


'NIK AZIZ HARUS BERTAUBAT'

No comments:

 
 
Blogger Templates