Social Icons

Pages

Saturday, September 03, 2016

#DOJ NAFI NAMA PM DATUK SERI @NAJIBRAZAK SAMAN #1MDB - @RAMESHRAOAKS !!!


Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah sebahagian dari subjek siasatan kes sivil melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Dalam perkembangan terbaru itu,jabatan itu turut mengesahkan tidak pernah menyebut nama Najib sebagai "Malaysian Official 1" (MO1) dalam kes berkenaan.Malahan sebelum itu,Peguam Negara AS Loretta Lynch juga sudah menyebut bahawa Najib tidak disiasat dalam kes itu dan bukan defendan dalam sidang media berkenaan kes itu sebelum ini.Sementara itu Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada pihak pembangkang atau mana-mana pihak yang menyebut Najib adalah pihak yang disiasat dalam kes itu. 

"DOJ sudah mengesahkan bahawa mereka tidak terlibat dan tidak pernah menamakan Najib sebagai MO1 dalam kes sivil mereka.Pihak DOJ juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kenyataan berbentuk spekulasi yang dibuat oleh pembangkang dalam isu itu.Oleh itu,pihak berkuasa diharapkan dapat siasat dan tangkap mereka yang buat kenyataan bahawa Najib terlibat sebagai defendan dalam kes itu," kata Ramesh.Pihak DOJ tidak bertanggungjawab atas apa sahaja kenyataan menghasut yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang dalam soal itu.Dalam kes ini,

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah mengatakan bahawa dalam saman sivil DOJ,tiada fakta yang menamakan Najib sebagai defendan atau mendakwa beliau sudah melakukan sebarang kesalahan jenayah.“Sehingga kini,tiada bukti dari sebarang penyiasatan yang dilaksanakan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang dalam pelbagai bidang perundangan yang menunjukkan bahawa wang yang telah disalahgunakan dari 1MDB.Selain itu, tiada penyabitan kesalahan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu bagi kesalahan penyalahgunaan dana daripada 1MDB,” katanya dalam satu laporan di akhbar tempatan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates