Social Icons

Pages

Saturday, September 03, 2016

BREAKING NEWS !!! @RAMESHRAOAKS CABAR #DAP TUKAR NAMA BANGUNAN DAN SEKOLAH ADA NAMA CINA !!!


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao membuat cabaran kepada parti DAP sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara 2016 untuk menukar nama sekolah dan bangunan yang menggunakan bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia.Beliau dalam satu kenyataan media berkata,penukaran itu perlu kerana jika DAP berkata mereka tolak perkauman dan berjuang atas nama satu bangsa,semua pihak harus menggunakan hanya Bahasa Malaysia. 

"Saya cabar DAP jika mereka kata mereka perjuangkan semua hak rakyat dalam pelbagai lapisan masyarakat dan kaum,tukar nama sekolah dan bangunan yang menggunakan bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia.Ini kerana Bahasa Malaysia adalah bahasa Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Ramesh dalam kenyataan itu. 

Kebanyakan bangunan yang dimiliki oleh DAP dinamakan menggunakan bahasa Cina atau Inggeris dan tidak menggunakan Bahasa Melayu.Di Pulau Pinang contohnya,pihak kerajaan DAP bertindak menukar nama jalan dengan meletakkam tulisan Cina di papan tanda jalan-jalan di negeri itu menidakkan penggunaan Bahasa Malaysia dan tulisan jawi. "Janganlah memberikan fokus kepada satu kaum sahaja dalam perjuangan selepas itu kata yang anda perjuangkan semua lapisan masyarakat. Ini sudah namanya menipu rakyat dan parti DAP ini saya lihat sudah agak lama menipu rakyat Malaysia," katanya. 

Parti DAP sendiri yang kononnya memperjuangkan nasib semua rakyat Malaysia ini kebanyakannya dipimpin oleh mereka yang berbangsa Cina.Penasihat DAP ialah Lim Kit Siang manakala Setiausaha Agungnya ialah anaknya sendiri Lim Guan Eng.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates