Showing posts with label RAMESH RAO.... Show all posts
Showing posts with label RAMESH RAO.... Show all posts
Wednesday, July 19, 2017
BREAKING NEWS !!! @RAMESHRAOAKS PERSOAL #PPBM MAHU BERTANDING DI MANA DAN SANGGUPKAH #PAKATANHARAPAN KORBAN KERUSI MEREKA ???
Memandangkan urusan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) hampir selesai dan segalanya nampak lancar,Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) membangkitkan satu persoalan yang sebenarnya berlegar-legar dalam pemikiran ramai orang berkenaan kerusi yang akan ditandingi oleh pakatan itu.Presidennya Ramesh Rao dalam satu kenyataan berkata pakatan itu perlu memberitahu di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mana yang akan ditandingi oleh semua parti dalam PH khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Bersatu hendak bertanding di kerusi mana?" kata Ramesh dalam kenyataan itu.Ketika ini,parti PPBM hanya ada satu kerusi wakil dalam Dewan Rakyat iaitu kerusi Parlimen Pagoh diwakili oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pengerusi PH sekarang ini ialah Mahathir dan biasanya jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,Pengerusi atau ketua akan dilantik jadi Perdana Menteri. Bolehkah jika dalam parti hanya ada satu kerusi dalam Parlimen,dilantik jadi Perdana Menteri?
"Jika benar Mahathir dari Bersatu mahu dilantik jadi Perdana Menteri, Bersatu perlu menang majoriti kerusi di dalam pakatan.Adakah rundingan antara parti dalam pembangkang untuk mengagihkan kerusi akan memperuntukkan kerusi yang banyak utk Bersatu atau sebaliknya? Saya berminat mahu tahu adakah DAP, PKR dan PAN bersedia untuk berkorban kerusi yang ditandingi mereka dan diberikan kepada Bersatu yang dipimpin Mahathir?" kata Ramesh.
Baru-baru ini,PH mengumumkan logo dan barisan pemimpin dalam Majlis Presiden mereka menampakkan Mahathir dilantik sebagai Pengerusi manakala bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum PH dan isterinya,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden PH."Pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng bukan mudah memberikan kerusi yang ditandingi parti mereka kepada parti lain lebih-lebih lagi parti yang baru bertapak di negara ini seperti PPBM," katanya.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Wednesday, July 12, 2017
BREAKING NEWS !!! PEGUAM #TUNMAHATHIR KURANG FAHAM UNDANG-UNDANG ??? - @RAMESHRAOAKS !!!
Tindakan Peguam Haniff Khatri yang mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama NGO Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) boleh dipersoalkan dan menyalahi undang-undang kerana badan berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan berkata tindakan kumpulan itu memfailkan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah salah kerana kumpulan berkenaan adalah satu kumpulan yang tidak sah.
"Kenapa gunakan NGO yang tidak berdaftar,kenapa tidak gunakan parti?," kata Ramesh.
Kumpulan GANT1 itu dikatakan ada kaitan dengan sayap Pemuda parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan ada sesuatu yang tidak kena apabila pihak pembangkang tidak mahu menggunakan platform parti dalam hal ini.Selain itu,Ramesh turut mempersoalkan integriti peguam yang mewakili sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan ROS dalam satu saman ke atas Perdana Menteri.
"Bagaimana Haniff Khatri boleh mewakili NGO yang tidak berdaftar?
"Peguam Mahathir tidak faham undang-undang? peguam bekas Perdana Menteri ini bodoh atau sengaja bodohkan diri?" kata Ramesh.Ramesh juga menggesa pihak ROS menjalankan siasatan dan ambil tindakan ke atas kumpulan NGO haram supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama NGO untuk tujuan politik jahat.
Selain itu, beliau juga menggesa Majlis Peguam (BAR) mengambil tindakan ke atas Haniff kerana mewakili sebuah kumpulan yang mengaku sebagai NGO dan tidak berdaftar.
Ramesh berkata PH sebenarnya takut menggunakan platform parti sendiri kerana bimbang diambil tindakan mahkamah sekiranya saman yang difailkan tidak berasas serta tidak ada bukti.
Dalam keadaan begini, kata Ramesh kumpulan berkenaan merasakan mereka kebal dari tindakan undang-undang tapi perbuatan mereka mengaku sebagai sebuah badan NGO."Tak perlu takut,gunakan platform parti dalam Pakatan Harapan,jangan gunakan taktik seperti ini apabila ada kumpulan yang mengaku sebagai sebuah NGO tetapi masih tidak berdaftar di bawah ROS mengikut Akta Pertubuhan 1966," kata Ramesh.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Labels:
RAMESH RAO...,
TUN MAHATHIR...
#CEC #DAP TIDAK SAH !!! APAKAH STATUS SEBENAR #ADUN DAP DI SARAWAK ??? - @RAMESHRAOAKS !!!
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mempersoalkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP di Sarawak selepas mereka yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun lepas dipilih oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).Presidennya,Ramesh Rao dalam satu kenyataan berkata watikah pelantikan mereka untuk bertanding pada pilihan raya berkenaan sepatutnya tidak sah kerana jawatan tidak diiktiraf.
"Adakah kedudukan ADUN DAP di Sarawak sah ??? Memandangkan ROS mengesahkan CEC DAP dalah haram, maka orang yang menandatangani watikah calon PRN DAP juga statusnya haram," katanya.
Pada 7 Julai lepas,ROS mengarahkan DAP untuk mengadakan semula pemilihan CEC yang baru dan sah.Kenyatan dibuat oleh Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah kerana pelantikan anggota CEC sekarang dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 adalah tidak sah."Ingin ditegaskan di sini bahawa ROS menganggap DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan setakat ini ROS tidak berniat sama sekali untuk membatalkan (pendaftaran) DAP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Mohammad Razin,ROS berpendapat pelantikan anggota CEC serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan pada 2013 adalah tidak sah.
"Pemilihan semula yang diadakan tersebut sepatutnya berdasarkan senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC bertarikh 15 Disember 2012,iaitu melibatkan 2576 perwakilan dari 865 buah cawangan."Justeru, ROS mengambil pendirian supaya DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC baru yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 orang anggota CEC diiktiraf.Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan DAP," katanya.Bagaimanapun,Ramesh berkata sehingga kini DAP dan pemimpinnya dilihat seperti tidak mahu mematuhi arahan ROS walaupun sudah tiga hari DAP diarahkan mengadakan semula pemilihan.
"Jika mereka DAP masih degil dan enggan adakah pemilihan,kita desak pihak ROS ambil tindakan tegas dan jangan benarkan parti itu bertanding pada PRU14 nanti.
"Itu adalah taktik DAP untuk pancing ROS supaya benarkan DAP untuk buat pemilihan CEC DAP itu selepas berakhir PRU 14 nanti," kata Ramesh.Beliau berkata tindakan DAP ingkar arahan ROS ini juga menunjukkan parti pembangkang itu tidak mahu mematuhi peraturan pun di bawah Akta Pertubuhan 1966.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Wednesday, June 14, 2017
FAKTA !!! PEGUAM #SHAFEEABDULLAH TIADA KUASA PENJARAKAN ORANG !!! #PEMBANGKANG HANYA BODOHKAN RAKYAT - @RAMESHRAOAKS !!!
Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak ada kuasa untuk menyumbat seseorang itu di dalam penjara sebaliknya beliau hanya menjalankan tugasnya mengetuai pihak pendakwaan sehingga menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat dan dipenjarakan.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata jika Muhammad Shafee ada kuasa demikian,sudah pasti lebih ramai pemimpin dari parti pembangkang akan dipenjarakan atas pelbagai kesalahan.
"Jika benar Shafeee mempunyai kuasa untuk penjaraka orang, rasanya para pemimpin Pakatan seperti Lim Kit Siang,Rafizi Ramli,Nga Kor Meng,Mahathir dan lain-lain dah lama masuk lokap," kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau,tuduhan pemimpin pembangkang bahawa Muhammad Shafee terlibat dalam konspirasi menyebabkan Anwar didapati bersalah meliwat adalah tidak berasas sama sekali dan ia adalah keputusan adil dari mahkamah."Bukti DNA ada iaitu sampel air mani Anwar sendiri di dalam dubur mangsa iaitu bekas Pembantu Peribadi Anwar sendiri,Mohd Saiful Bukhari Azlan.
"Muhammad Shafee hanya mengetuai pasukan pendakwaan dan membuatkan kes pendakwa lebih kuat dan teratur supaya hakim dapat memahami perjalanan kes adalah selari dengan bukti serta keterangan yang diberikan.Ramesh berkata beliau kesal dengan pembangkang yang masih terus membuat cerita bohong dan palsu kepada orang yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) mereka turut tidak disukai oleh orang ramai.
Kerja pembangkang hanya terus ingin memperbodohkan rakyat sahaja.
"Pakatan kalau ya pun hendak bodohkan rakyat, fikirlah dulu sebelum keluarkan kenyataan," kata Ramesh dalam kenyataan itu.Sementara itu,Muhammad Shafee berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan pembangkang bahawa beliau ada menerima RM9.5 juta dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tapi bukan dalam masa terdekat ini.Menurut pembangkang,wang itu adalah dana dari syarikat SRC International Sdn Bhd yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Monday, June 05, 2017
TU DIAAA !!! @RAMESHRAOAKS CABAR MAJLIS PEGUAM !!! BERANI KE GANTUNG TAN SRI SHAFEE ???
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mencabar Majlis Peguam (BAR) untuk menggantung lesen peguam kanan kerana didakwa portal Sarawak Report (SR) ada menerima dana daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM9.5 juta.Sebuah portal Free Malaysia Today (FMT) menamakan peguam berkenaan iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan banyak pihak mendesak beliau dihadapkan ke Lembaga Disiplin BAR ekoran dakwaan itu.
Presiden PMSP,Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata,adakah badan itu berani mengambil tindakan di atas dakwaan ini ke atas Muhammad Shafee berdasarkan apa yang dilaporkan oleh SR."Beranikah Majlis Peguam gantung Tan Sri Shafee.Majlis Peguam perlu berani gantung lesen Tan Sri Shafee jika apa yang didakwa oleh Sarawak Report adalah benar dan menyalahi undang-undang guaman," kata Ramesh dalam kenyataan berkenaan.
Dakwaan itu menyebut,dana itu diberikan kepada peguam berkenaan melalui akaun milik Najib kononnya dari dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd.
Dikatakan peguam berkenaan menerima bayaran selepas peguam itu sering mengetuai kerajaan dalam kes berprofil tinggi. Ia dibuat melalui dua peringkat.Dalam pada itu,Ramesh dalam kenyataan berkenaan turut mempersoalkan siapa yang membayar dana kepada barisan peguam yang ramai membela pemimpin parti pembangkang jika terlibat dalam kes- kes mahkamah."Siapa yang bayar,caj untuk Anwar Ibrahim dan pemimpin politik pembangkang lain? Disamping siasat Shafee,polis juga perlu siasat semua peguam yang merupakan ahli DAP dan PKR sama ada mereka ada terima bayaran untuk khidmat guaman dalam jumlah tinggi. Majlis Peguam harus gantung lesen semua peguam yang terima bayaran dari parti politik dengan jumlah yang besar," kata Ramesh.
Ketika perbicaraan kes liwat melibatkan bekas Ketua Pembangkang,Anwar, barisan peguam yang membela beliau bukan sedikit tetapi ramai dan bagaimana mereka dibayar atas perhidmatan mereka, berapakah jumlahnya?
Ramesh berkata,kebanyakan dari mereka terpaksa menolak kes lain untuk mengambil kes dalam pasukan pembelaan Anwar dalam kes liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Monday, May 22, 2017
KANTOI !!! #TUNMAHATHIR CUBA GUNA RAJA PERLIS JATUHKAN PM DS @NAJIBRAZAK ??? - @RAMESHRAOAKS !!!
Adakah ini satu lagi cubaan bekas Perdana Menteri,Mahathir Mohamad untuk cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui cara yang tidak sepatutnya?
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini mengatakan ada maklumat bahawa Mahathir cuba mempengaruhi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail,supaya mempengaruhi Majlis Raja-raja bagi menjatuhkan Najib.
"Keluarga Tun Daim ada hubungan baik dengan istana,seperti dimaklum Daim adalah proksi kepada Mahathir dan beliau dijemput ke Istana Arau di Perlis bersama-sama dengan Presiden PPBM,Muhyiddin Yassin.Jemputan dan majlis ini kemudian dihangatkan oleh media sosial pro-Tun seperti ada sesuatu yang penting Mahathir menghadiri majlis berkenaan yang diadakan Tuanku Syed Sirajuddin," kata Ramesh dalam kenyataan itu.
Sebelum ini,Mahathir pernah cuba menjatuhkan Najib dengan menghasilkan satu Deklarasi Selamatkan Malaysia yang mengumpulkan satu juta tandatangan dan kemudian ia dipersembahkan ke hadapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk dijadikan alasan menjatuhkan Najib.Bagaimanapun,Tuanku menolak deklarasi berkenaan dan perkara berkenaan dengannya tidak dibincangkan pun dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum ini.
Ramesh berkata, apa yang menghairankan kenapa media sosial Mahathir cuba memisahkan Perlis daripada dilihat seperti menyokong kepimpinan Najib sebaliknya mereka cuba memperlihatkan negeri Perlis seakan berani berbeza dengan Perdana Menteri.
"Kita tuntut Mahathir dan Muhyiddin jawab dakwaan ini bahawa mereka cuba mempengaruhi Tuanku untuk mempengaruhi pula Majlis Raja-Raja Melayu untuk cuba menggulingkan kerajaan sah yang diundi rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.Saya tahu Mahathir tidak akan berhenti cuba menjatuhkan Najib dan beliau akan menggunakan pelbagai cara selagi boleh untuk menjayakan rancangannya itu," katanya Ramesh dalam kenyataan itu.
Menurut beliau, tindakan Mahathir cuba menggunakan institusi beraja di negara ini untuk kepentingan dirinya tidak boleh diterima kerana ia jelas bertentangang dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan laman sosial pro-Mahathir yang seakan-akan menyindir pihak Istana Negara sebelum ini yang tidak menjemput Mahathir dalam istiadat permasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V sebelum ini pun tidak boleh diterima," kata Ramesh.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Labels:
RAMESH RAO...,
TUN MAHATHIR...
TU DIAAA !!! @RAMESHRAOAKS CABAR MELAYU SOKONG #DAP,#PAN,#PKR DAN #PPBM SELAR SUPERMAN #HEW !!!
Bekas ahli DAP,Hew Kuan Yau dengan selamba kata orang Melayu yang mengundi UMNO sehingga parti Melayu itu boleh menang 88 kerusi dalam Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 adalah bodoh kerana sudah dihasut oleh pemimpin terdahulu.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata ini membuktikan bahawa pemimpin parti DAP, PKR,PAN dan PPBM juga adalah bodoh kerana ada di antara mereka pernah menyokong UMNO khususnya bekas pemimpin UMNO di dalam parti itu.Dalam satu kenyataan,beliau berkata betapa penakutnya para pemimpin Melayu di dalam Pakatan Harapan (PH) kerana membiarkan sahaja Hew berkata sedemikian kepada bangsa mereka dengan nada yang menghina.
"Sudah pasti kalau mereka tak pilih UMNO pun,ada saudara mara dan ahli keluarga mereka yang undi UMNO ketika PRU13 yang lepas,jadi mereka ini seakan dayus kerana membiarkan bekas ahli DAP ini menyalak dan mengatakan orang Melayu bodoh," kata Ramesh.Hew dalam satu ceramah mengatakan bahawa kononnya angin perubahan hendak menjatuhkan UMNO begitu kuat tapi pembangkang masih gagal menumbangkan UMNO sebaliknya UMNO menang 88 kerusi."Ini ialah bukti bahawa penduduk dalam 88 kawasan Parlimen ini ialah orang Melayu yang degil dan tak pandai.Walaupun saya kata orang Melayu ini bodoh tapi saya tak salahkan mereka kerana sudah dipukau oleh UMNO," kata Hew dalam ceramah itu.
Ramesh mencabar orang Melayu yang sokong DAP,PAN,PKR dan PPBM menyelar tindakan Hew jika mereka tidak bodoh setidaknya bersuara bagi ahli keluarga mereka yang sudah mengundi dan menyokong UMNO sejak dulu."Melayu DAP,PKR,PAN dan Bersatu Melayu dayus? Bodoh? Kalau bukan kenapa tidak tegur Superman?," kata Ramesh mencabar.Kebanyakan parti di dalam PH amat penakut dan pengecut jika mahu berdepan dalam arena politik dengan DAP."Apa sahaja yang dilakukan oleh DAP biarpun kurang ajar kepada orang dibiarkan sahaja oleh pemimpin Melayu dalam parti lain dalam pakatan khususnya Presiden PAN, Mat Sabu, Presiden Bersatu, Muhyiddin dan Presiden PKR, Wan Azizah," katanya.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Thursday, May 18, 2017
#TUNMAHATHIR KANTOI LAGI !!! APA HUBUNGAN SEBENAR #TUNM DENGAN OMAN ??? - @RAMESHRAOAKS !!!
Perjalanan ke luar negara oleh Pengerusi PPBM,Tun Mahathir Mohamad ke Oman baru-baru ini mengundang banyak persoalan apakah kaitan diri bekas Perdana Menteri itu dengan negara berkenaan.Lebih-lebih lagi,beliau sanggup memburukkan nama Malaysia di negara itu dengan mengatakan bahawa Malaysia bukanlah destinasi pelancongan yang menarik.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini bertanya kepada Mahathir,apakah kaitannya dengan negara Oman sehingga sanggup ke sana menyampaikan ucapan utama.
"Apa aktiviti sebenar Mahathir pergi ke sana,banyak maklumat sudah kita terima dan ia bakal terbongkar dan didedahkan kepada rakyat.Kita tahu,Mahathir ada terlibat membeli minyak dari Iran dan ia dihantar ke Oman kemudian dari Oman dibawa masuk ke Malaysia dengan harga yang agak tinggi," katanya dalam kenyataan berkenaan.
Di laman Facebook beliau sebelum ini,Ramesh ada menulis berkenaan bekalan minyak dari Oman yang untuk syarikat milik suku sakat Mahathir iaitu Petron.
"Petron dapat bekalan minyak dari Iran melalui Oman, patutlah Mahathir mendewa dan memuji Oman," kata Ramesh di status berkenaan.Ramesh berkata,pasti ada habuan yang diterima oleh Mahathir daripada Oman sehingga sanggup memburukkan sumber ekonomi negara Malaysia iaitu pelancongan ketika berada di negara itu sedangkan ketika jadi Perdana Menteri,beliau amat mempromosikan Malaysia kepada negara luar.
"Mahathir sudah pasti menerima sesuatu dari Oman sampai sanggup hina negara Malaysia ketika berada di Oman. Masa jadi Perdana Menteri dulu,beliau lah antara yang memulakan kempen Tahun Melawat Malaysia tapi kali ini tanpa rasa malu, menghina destinasi pelancongan yang cantik di Malaysia di peringkat antarabangsa,"katanya.Beliau percaya dan yakin tidak lama lagi aktiviti dan kerja yang Mahathir lakukan ketika berada di Oman akan terbongkar mengapa sampai sanggup mengeluarkan kenyataan menghina Malaysia.
"Ia akan didedahkan nanti, siapa yang akan dedahkan itu kita tunggu dan lihat kerana semuanya akan pasti terbongkar," katanya.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Labels:
RAMESH RAO...,
TUN MAHATHIR...
Wednesday, May 03, 2017
VIDEO SEKS #NURULIZZAH !!! @RAMESHRAOAKS BELASAH #WANAZIZAH KAW-KAW !!!
KENYATAAN MEDIA
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao
Cerita ini agak berat untuk dibangkitkan kembali kerana ia melibatkan anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.Bagaimanapun,tindakan parti pembangkang yang sudah keterlaluan membuat pelbagai tohmahan kepada kerajaan memerlukan kita melihat kembali apa yang sebenarnya berlaku.
Pada Mei 2013, ibu kepada Nurul Izzah,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan bahawa satu video yang tersebar menunjukkan perlakuan seks difahamkan Nurul Izzah dengan seorang lelaki difahamkan pensyarahnya adalah video benar dan tulen.Ketika itu juga,beliau berjanji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pensyarah berkenaan dan individu yang menyebarkan klip video itu kerana ia amat mengguris hati beliau sebagai ibu.
“Saya dan keluarga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau (pensyarah) dan sesiapa yang terlibat membuat sebaran klip video tersebut,” kata Dr Wan Azizah di dalam blognya bertarikh 3 Mei 2013.
Perkara ini menarik perhatian Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkenaan bila tindakan undang-undang itu akan diambil.Hari ini sudah 14 Julai 2016,lebih tiga tahun sudah berlalu tapi sehingga kini tiada berita atau makluman dari keluarga Nurul Izzah bahawa mereka sudah mengambil tindakan memfailkan saman ke atas pensyarah itu.
“Tempoh masa tiga tahun sudah terlalu lama dan video berkenaan masih lagi boleh ditonton di laman YouTube biarpun wajah anak sulung pasangan Anwar dan Dr Wan Azizah itu tidak kelihatan.Takkan ambil masa lama sangat hendak ambil tindakan undang-undang ke atas pensyarah itu yang sudah memalukan YB Nurul Izzah,” kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.Menurut beliau parti pembangkang termasuk PKR,asyik menuduh dan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sehingga kini masih tidak memfailkan saman ke atas agensi berita asing The Wall Street Journal (WSJ) dalam isu tuduhan agensi itu dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tindakan undang-undang ke atas WSJ memakan masa yang lama kerana ia berpangkalan di luar negara dan sehingga kini pihak kerajaan sedang mengambil tindakan yang perlu ke arah itu.Bagaimanapun,Ramesh berkata kes ini melibatkan maruah Nurul Izzah dan masa depan beliau dalam politik.Takkan lah prosiding dan persediaan untuk mengambil tindakan undang-undang memakan masa sampai tiga tahun.
“Eloklah,Dr Wan Azizah tampil menjawab apa sebenarnya yang berlaku dalam perkembangan kes video Nurul Izzah ini yang sebenarnya sudah mula dibincangkan semula dalam kalangan orang ramai ekoran pihak keluarga masih belum mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Labels:
NURUL IZZAH...,
RAMESH RAO...,
WAN AZIZAH...
Wednesday, March 15, 2017
TU DIAA !!! @RAMESHRAOAKS DAKWA ADA PIHAK GAGALKAN USAHA BUKA SEMULA KES SIASATAN #BMF,#JALILIBRAHIM DAN #FOREX ???
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) ada maklumat bahawa kini ada gerakan yang cuba dilakukan untuk menghalang siasatan skandal Bumiputera Finance Malaysia (BMF) dan skandal dagangan mata wang asing (Forex) daripada diteruskan.Presidennya,Ramesh Rao berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan dari sumber yang ada kredibiliti dan ia difahamkan melibatkan gerakan yang besar.
"Ada cubaan pihak tertentu cuba berunding dengan Interpol (Polis Antarabangsa), untuk tidak membuka semula kertas siasatan kerugian BMF dan pembunuhan Jalil Ibrahim di Hong Kong," kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau,ada pihak yang berada dalam kebimbangan sekarang ini berkenaan kes itu jika siasatan dibuka semula kerana ia melibatkan banyak nama-nama besar dalam politik dan perniagaan pada masa itu."Kenapa pihak berkenaan takut sangat?" kata Ramesh.
Antara yang disebut-sebut terlibat termasuk namanya disebut dalam laporan Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS),ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketika itu beliau ialah Perdana Menteri.Pihak CIA menyalahkan pentadbiran Dr Mahathir tahu berkenaan skandal itu dan dikatakan tiada siasatan yang betul-betul menyeluruh diadakan untuk mengesan dalang dan penjenayah sebenar dalam kedua-dua skandal itu.Ramesh berkata,beliau yakin siasatan untuk kes berkenaan akan dibuka semula dan ia akan dijalankan secara terperinci."Kes BMF dan pembunuhan Jalil Ibrahim serta kes Forex melibatkan Bank Negara pasti dibuka untuk siasatan supaya integriti Interpol tidak terjejas seterusnya kerana kesilapan yang lepas," katanya.
Jalil Ibrahim dibunuh di Hong Kong pada tahun 1983 selepas beliau dipercayai tahu skandal antara BMF dan sebuah syarikat perniagaan Carrian Group yang berpangkalan di Hong Kong.Ketika dokumen CIA itu didedahkan di media,Dr Mahathir dengan segera menyalahkan CIA dengan mendakwa agensi itu mempunyai niat jahat ke atas dirinya kerana Dr Mahathir dikatakan kerap mengkritik negara AS dan agensi berkenaan."Orang semua tahu,nada kenyataan Dr Mahathir itu ada kebimbangan kerana bimbang penglibatannya dalam skandal berkenaan akan terbongkar dan kini beliau tidak ada kuasa untuk menghalang apa-apa kerana beliau bukan Perdana Menteri lagi," kata Ramesh.
Ketika ini,satu pasukan petugas khas telah ditubuhkan diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan bagi menyiasat skandal kerugian yang dialami oleh bank pusat Malaysia itu akibat perniagaan Forex.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Monday, March 06, 2017
TU DIAA !!! AKHIRNYA @ZAINUDINMAIDIN MENGAKU #TUNMAHATHIR NYANYUK - @RAMESHRAOAKS !!!
Akhirnya,bekas Menteri,Tan Sri Zainuddin Maidin mengakui bahawa Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad adalah serorang tua dan sudah nyanyuk.Pengakuan itu dibuat oleh Zainuddin atau Zam melalui tweetnya hari ini kononnya membidas pelawaan Ahli Parlimen Padang Rengas,Datuk Seri Nazri Aziz kepada Dr Mahathir untu bertanding melawan dirinya di sana.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao secara asasnya bersetuju dengan kenyataan Zam itu kerana beliau sudah lama mengatakan Dr Mahathir nyanyuk dan mengalami masalah berfikir.
"Saya sudah lama kata Dr Mahathir ini nyanyuk dan ada masalah mental tetapi kenyataan itu hanya dipersetujui pemimpin Barisan Nasional (BN) sahaja.Hari ini,penyokong kuat Dr Mahathir sendiri,bekas Menteri yang sendiri dengan rela mengakui bahawa Dr Mahathir adalah seorang tua dan nyanyuk," kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.
Tweet oleh Zam dibuat pada hari ini tepat pukul 8.43 pagi tadi dan masih tidak dipadam sehingga saat ini.Ramesh berkata,ini membuktikan Zam juga menganggap Dr Mahathir nyanyuk dan tidak mempunyai kredibiliti cukup untuk bertanding mahupun menguruskan kerja politik kerana sudah begitu berumur.
"Zainuddin Maidin jelas ada niat cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan mempergunakan Dr Mahathir dan PPBM kononnya mampu berkhidmat untuk rakyat.Hari ini beliau sudah tunjukkan bukti bahawa diri beliau sendiri pun sudah tidak boleh menerima kredibiliti Dr Mahathir dengan tweet berkenaan yang jelas dan nyata," kata Ramesh.
Jadi,beliau berkata mengapa Zam mempertahakan Dr Mahathir dan memburuk-burukkan Najib tidak diketahui sebabnya mungkin Zam ada agenda peribadi untuk dipenuhi memandangkan beliau agak ketinggalan dalam suasana politik yang hangat ini."Kalau sudah tua biasanya apabila nampak suasana hangat, dia pun mungkin ingin terlibat sama dengan keadaan dan mahu kembali berpolitik seperti zaman muda-muda dulu.Bagaimanapun,apakan daya hanya yang ada Dr Mahathir yang nyanyu dan tua, pada Zainuddin, itu pun sudah cukup boleh bagi dirinya," kata Ramesh.
Zam dilihat di dalam beberapa entri blognya mengkritik Najib dan menyanjung Dr Mahathir sebagai mampu mengalahkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Ramesh berkata,bagi Nazri pula, sudah pasti mengalahkan orang tua yang nyanyuk lebih manis dilakukan dalam kawasan Parlimen sendiri daripada bertanding di kawasan orang lain jauh dari pengundi-pengundinya yang setia.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Thursday, December 15, 2016
TU DIA !!! @RAMESHRAOAKS DAKWA #TUNMAHATHIR CUBA GUNA PENGARUH LARANG #JUSTO MASUK MALAYSIA !!!
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) percaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mempunyai perancangan untuk menggunakan pengaruhnya untuk melarang warga Switzerland,Xavier Andre Justo yang bersalah cuba memeras ugut bekas majikannya PetroSaudi International (PetroSaudi).Presidennya Ramesh Rao berkata ia berikutan Justo adalah orangnya yang mengubah kandungan dokumen asal yang dicuri dari PetroSaudi untuk kegunaan Sarawak Report (SR) memburukkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Dr Mahathir cuba menggunakan pengaruh untuk larang Justo dari masuk ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau,ia adalah kerana jika Justo sampai ke Malaysia segala maklumat berkaitan urusan penjualan dokumen antara mereka dan editor SR,Clare Rewcaslte Brown akan terbongkar.Rahsia dalang utamanya yang dipercayai Dr Mahathir akan terbongkar semuanya,menurut Ramesh.
"Dr Mahathir risau kalau Justo datang ke Malaysia,banyak rahsia terlondeh," katanya dalam kenyataan itu.
Pada tahun lepas,Ramesh telah pergi sendiri ke Bangkok,Thailand dan bertemu dengan peguam Justo,Worasit Piriyawiboon dan melihat sendiri dokumen asal yang dicuri oleh Justo yang ada kaitan dengan 1MDB.
"Saya ke Bangkok untuk jumpa dengan Worasit. Kami ada lihat dokumen itu, saya tak mahu dituduh dibayar,Lester sengaja diwujudkan, memang Justo kenal Jester,mereka berdua bersahabat.Kami minta dia (Worasit) soal Justo adakah beliau akan bantu siasatan ke atas Sarawak Report dan adakah dia akan bekerjasama kemukakan dokumen asli untuk menafikan dokumen yang palsu itu," kata Ramesh sebelum ini dalam satu sidang media di pejabat PMSP.
Ramesh sebelum ini mendakwa terdapat empat ciri utama untuk membezakan antara dokumen asli dan palsu iaitu melibatkan nama,tarikh, angka dan gambar dalam dokumen berkenaan."Dalam pertemuan empat jam itu, banyak bukti asli yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu berada dalam simpanan Worasit.Empat ciri perubahan drastik yang dilakukan dalam dokumen itu melibatkan tarikh, nama, angka dan gambar, namun perubahan ketara pada angka,dari nilai ratusan ribu ditukar kepada juta," dakwanya.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Monday, October 10, 2016
ISU PERMATA !!! ADUN #DAP KENA BELASAH DENGAN @RAMESHRAOAKS KAW-KAW !!!
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP-Damansara Utama Yeo Bee Yin yang nampak mengakui berhasrat mengganggu perjalanan program Permata apabila membuat lawatan ke Pusat Anak Permata Negara,Khamis lepas.Yeo datang melawat pusat berkenaan di Kerinhi bersama dengan ADUN DAP Subang Jaya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad.
Dalam satu video di lama Youtube di saluran KiniTV,Yeo dalam rakaman itu mengakui pihak DAP ada pendirian yang lain berkenaan program itu yang setakat ini terbukti berjaya melahirkan ramai kanak-kanak dan remaja terbaik.
"Memang kita ada pendirian yang lain tapi dari segi prinsipnya ialah untuk kebaikan untuk semua kanak-kanak.Kita bukan datang ke sini untuk kacau tapi mungkin memberikan pandangan yang berbeza," kataanya.
Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini menempelak tindakan Yeo yang dilihat pada awal-awal sudah mempunyai tanggapan yang buruk ke atas program berkenaan berasaskan pandangan buruk pihak tidak bertanggungjawab."ADUN DAP mengaku ada pendirian yang lain, apa maksud mereka? Mereka mengaku nak mengacau dan menghina Permata," katanya.DAP mengambil kesempatan di atas kenyataan jahat sebuah agensi yang bernaung di bawah UNESCO sebelum ini yang menyatakan bahawa perbelanjaan untuk membiayai program PERMATA dicurigai sumbernya dan ia menyebabkan kontroversi.Ramesh berkata,oleh sebab itulah,Yeo dan Hannah kononnya menerima jemputan Pegawai Khas isteri Perdana Menteri,Datuk Rizal Mansor melawat Pusat PERMATA tetapi menyimpan niat berbeza pada awalnya.
"Selepas diberikan penjelasan oleh mereka yang mengendalikan program PERMATA, barulah mereka dari DAP ini terkedu dan kelu tidak mampu berkata apa-apa selain mengakui kejayaan PERMATA," kata Ramesh.Program PERMATA adalah ilham isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ia adalah satu program memberikan pendidikan terbaik kepada remaja dan kanak-kanak bermula dari usia awal.Perbelanjaan program berkenaan adalah telus dan ia diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan pemantauan pelaksanaan dan kesemua perbelanjaan direkodkan di bawah penyata yang sentiasa dipantau.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Tuesday, October 04, 2016
FAKTA !!! PENGANJURAN JELAJAH #BERSIH5 HANYA MAHU TUTUP KERJA PEMBANGKANG - @RAMESHRAO !!!
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mengatakan tindakan penganjuran perhimpunan haram Bersih hanyalah untuk menutup dan mengalih perhatian rakyat ke atas kerja jahat DAP,PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) selama ini.Lebih buruk,menjelang himpunan Bersih 5 bulan depan,pihak penganjur Bersih 2.0 sudah mula menganjutkan jelajah Bersih 5 di seluruh negara untuk menghasut dan mengajak rakyat sama-sama menyertai himpunan itu nanti.
Presidennya,Ramesh Rao berkata parti pembangkang mempergunakan Bersih sebagai alat untuk menuduh dan memburukkan kerajaan serta sistem demokrasi di negara ini kononnya kotor penuh penyelewengan."Jelajah Bersih 5 dianjurkan untuk menutup dan mengalih perhatian rakyat daripada kebobrokan DAP, PKR dan PAN.Ia juga dianjurkan untuk menuduh Kerajaan BN kononnya kotor," kata Ramesh dalam satu kenyataan media.
Menurut beliau,jika benar kerajaan dan sistem demokrasi Malaysia kotor takkan mungkin pakatan pembangkang berjaya menawan beberapa buah negeri pada Pilihan Raya Umum sebelum ini sehingga berjaya membentuk kerajaan."Kalau SPR kotor mana mungkin DAP tawan Pulau Pinang? PKR tawan Selangor? PAS tawan Kelantan? Mana mungkin juga DAP dan PKR menangi banyak kerusi Parlimen?," kata Ramesh.
Ramesh memberikan reaksi berikutan penganjuran jelajah itu yang bertujuan mengumpul orang ramai yang mahu datang ke perhimpunan haram itu sama-sama memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sistem demokrasi di Malaysia diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ia diiktiraf sebagai satu sistem mengundi antara yang paling telus di dunia dan paling ketat.Di Malaysia,ketika proses mengundi setiap calon mempunyai ejen mereka sendiri yang boleh ditempatkan di dalam pusat mengundi dan melihat keseluruhan proses berkenaan termasuk menyaksikan di depan mata kepala sendiri proses pengiraan undi dijalankan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Wednesday, September 28, 2016
BREAKING NEWS !!! @RAMESHRAOAKS DESAK KERAJAAN SIASAT SUMBER KEKAYAAN ANAK DAN KRONI #TUNMAHATHIR !!!
Memandangkan anak-anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kebanyakannya ada yang kaya raya berjaya memungut harta sehingga berjuta hingga hari ini.Antara yang kaya ialah dua anaknya Tan Sri Mokhzani dan Mirzan yang dikatakan kaya dalam tempoh yang singkat.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata bagaimanakah caranya anak-anak Dr Mahathir boleh mengumpul kekayaan dengan begitu cepat dan ia boleh dipersoalkan.
"Adakah semua harta anak-anak dan kroni Dr Mahathir diperolehi dengan sah? berlandaskan ketelusan? Kalau was-was,eloklah kerajaan Malaysia sita semua harta dan siasat bagaimana harta tersebut diperolehi," kata beliau dalam kenyataan itu.
Ramesh berkata beliau ada merujuk kepada artikel dalam portak Perak Today yang melaporkan Mokhzani ada koleksi kereta mewah yang dianggarkan bernilai RM36.2 juta dan ia dikatakan dicapai diluar kemampuan sebenar.Dalam artikel itu,Mokhzani memiliki 18 buah kereta pelbagai jenama dan ia hanya tentang kereta dan tidak termasuk aset yang lain.
Banyak pihak sebelum ini sudah menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan menjalankan siasatan ke atas kekayaan Dr Mahathir dan keluarganya tetapi ia masih belum dimulakan lagi."Eloklah sekarang dimulakan siasatan itu kerana Dr Mahathir sudah banyak membuat tuduhan yang melulu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Agensi sudah siasat dan tiada apa-apa, kini sudah sampai masa kerajaan dan agensi berkaitan siasat pula Dr Mahathir," kata Ramesh.
Dr Mahathir sendiri pun kaya kerana memiliki sebuah rumah banglo di dalam kawasan perumahan mewah The Mines,ada rumah di Subang,Langkawi,Country Heights dan dikatakan turut memiliki rumah di Bukit Tinggi.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
TU DIAA !!! #KHAIRUDDINABUHASSAN DIBELASAH OLEH #RAMESHRAOAKS KAW-KAW !!!
tu diaa,kan dah kena belasah.kita lihat dulu apa kata khairuddin dan kenapa ramesh rao belasah beliau.
RAMESH RAO BUDAK SEWEL DUDUK DIAM LAGI BAGUS!!
Saya ingin nasihat budak sewel ini jangan cari publisiti murahan!! Kalau sesiapa nak makan dedak Lanun Bugis melantaklah tapi tolong jangan kalut!! Budak sewel Ramesh Rao ini cakap 'pot tin' kosong saja!! Cakap dia bukan ada fakta pun!!
Bagi tahu budak sewel Ramesh Rao ini suruh dia pergi nasihat Lanun Bugis Najib Tun Razak ambil tindakan undang-undang saman The Wall Street Journal dan Sarawak Report dulu!! Kenapa Lanun Bugis Najib Tun Razak takut nak saman The Wall Street Journal dan juga Sarawak Report?!
30 juta rakyat Malaysia masih menanti-nanti Lanun Bugis untuk menyaman dua media asing tersebut!! Dah lama sangat tak muncul tiba pun!!
Kalau Najib Tun Razak berani saman The Wall Street Journal dan Sarawak Report ; saya akan jadi orang pertama untuk nasihatkan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti bercakap dengan media-media asing!!
Sekiranya budak sewel Ramesh Rao anak jantan suruh dia pergi nasihat Lanun Bugis Najib Tun Razak esok untuk ambil tindakan undang-undang keatas The Wall Street Journal serta Sarawak Report secara kadar segera!! Dia berani ke?!
Yang lain budak sewel ini jangan kelam kabut untuk nak tagih publisiti murahan untuk dirinya!! Tajuk kenyataan budak sewel Ramesh Rao ini sudah basi!! Tak perlu diulangi!!
Saya cabar budak sewel ini untuk buktikan rakaman percakapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Clare Brown!! Jangan cakap kosong; buktikan lah!!
DATO SRI KHAIRUDDIN ABU HASSAN
27 Sept 2016
APA JAWAPAN RAMESH RAO ???
LIHAT JAWAPAN DI BAWAH
Khairudin Bodoh!! Tak Tahu Kah Dia WSJ & SARAWAK REPORT Dilindungi oleh Akta Freedom Of Speech ? WSJ Cabut Keluar dari Singapura Kerana Apa? Tun Mahathir Pernah Saman Pihak Yang Dakwa Dia miliki berbillion?? Mahathir Pernah Saman Pihak Yang Dakwa Dia miliki berbillion? Kenapa Barua Upahan Mahathir Tarik Balik Saman Terhadap 1MDB ? Betapa Bodohnya Barua Khairuddin!!
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Friday, September 23, 2016
#CLARE DICABAR KEMUKAKAN BUKTI JIKA DS @NAJIBRAZAK ADA CAMPUR TANGAN KES #JUSTO - @RAMESHRAOAKS !!!
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendesak Editor portal fitnah Sarawak Report (SR) Clare Rewcastle Brown supaya mendedahkan bukti bahawa ada desakan dari kerajaan Malaysia supaya banduan pencuri data kes PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo terus ditahan di Thailand.Presidennya Ramesh Rao mendesak portal SR dan Clare memberikan bukti berkenaan kepada umum sekiranya benar dan jangan hanya menggunakan fitnah sebagai bahan berita seterusnya memburukkan Malaysia.
"Clare perlu kemukakan bukti yang Najib mendesak kerajaan Thailand untuk terus menahan Justro," katanya dalam satu kenyataan media.Beliau berkata,Bangkok sebelum ini tidak pernah pun memaklumkan apa-apa permintaan dari Najib untuk terus menahannya dan Najib juga tidak pernah membuat apa-apa desakan seperti itu.Dalam satu laporan di SR Sabtu lepas,ia memetik satu sumber yang tidak didedahkan namanya dalam laporan akhbar Switzerland Le Temps yang mengatakan kononnya Najib menggunakan peluangnya dalam lawatan kerja di Thailand untuk masuk campur dalam kes Justo.
"Datuk Seri Najib tidak pernah membuat sebarang permintaan seperti yang didakwa oleh Sarawak Report malahan Datuk Seri Najib juga menafikan laporan Sarawak Report," kata Ramesh.Justo dikatakan saksi penting dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana dia sendiri mengaku mencuri data dari bekas majikannya PetroSaudi untuk tujuan memeras ugut untuk balasan wang.Dia juga mengaku ada berurusan dengan wakil dari Malaysia termasuk dari parti pembangkang untuk membeli data yang dicuri itu kerana PetroSaudi diketahui ada berurusan dengan 1MDB dan kemudian data itu telah diubahsuai oleh Clare dan SR.
Ia kemudian digunakan oleh kumpulan pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat dakwaan palsu untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) kononnya ada salah guna kuasa dan rasuah.Justo sebaliknya mungkin dibawa ke Malaysia untuk direkodkan keterangannya berhubung kes berkenaan dan kemungkinan dia akan mendedahkan siapa yang hadir bertemunya dan menjanjikan wang selepas data dalam dokumen itu dicuri.
"Adakah SR dan Clarea sebenarnya sudah semakin takut kerana Justro semakin dekat untuk dibebaskan di Thailand dan akan dibawa ke Malaysia untuk memberikan keterangan serta disoal siasat berhubung kes itu? Bimbang nama mereka akan disebut oleh Justo?" kata Ramesh.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
ISU ANUGERAH LEAD BY EXAMPLE,SATU RANCANGAN UNTUK MALUKAN DS #ROSMAHMANSOR - @RAMESHRAOAKS !!!
Pejabat Perdana Menteri sudah memaklumkan bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menolak pemberian Anugerah Lead By Example yang dibatalkan pemberiannya oleh sebuah badan di bawah Pertubuhan Pendidikan,Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO).Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media berkata tindakan yang dilakukan oleh agensi berkenaan dilihat sebagai satu gerakan yang cukup rapi untuk memalukan Rosmah di peringkat global melalui pemberian anugerah berkenaan.
"Hasil pemeriksaan kami mendapati agensi berkenaan ialah sebuah agensi yang berasaskan Yahudi dan diberikan kononnya atas pencapaian Datin Seri Rosmah dalam program PERMATA yang sememangnya terbukti.Dalam hal ini,beliau sendiri tidak mahu menerima anugerah berkenaan sebaliknya tidak pernah memohon pun akan sebarang anugerah," kata Ramesh.
Akhirnya diketahui,langkah mengeluarkan nama program PERMATA pada saat-saat akhir sebelum program pemberian anugerah itu dibuat dengan niat jahat untuk memalukan isteri Perdana Menteri pada hari pemberian berkenaan.Ramesh berkata,Malaysia sudah dapat mengesan lebih awal niat buruk dengan anugerah berkenaan.
"Ini adalah kerja jahat pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kejayaan PERMATA sendiri yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah sendiri," kata Ramesh.
Beliau sebelum ini berkata alasan pihak organisasi berkenaan bahawa status sumber kewangan PERMATA diragui sebagai satu alasan yang tidak boleh diterima dan pasti ada alasan tertentu berselindung di sebalik keputusan ini.Ramesh berkata program PERMATA sudah lama bergerak dan banyak kanak-kanak sudah mendapat faedah daripada mekanisme sistem pendidikan awal yang diperkenalkan olehnya.
Berkenaan anugerah berkenaan,Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova atas kapasitinya itu menghantar surat kepada Najib,Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan menyebut bahawa Rosmah diberi anugerah sanjungan khas melalui PERMATA dalam program khas pada 22 September iaitu esok.
“Ini sebagai penghargaan terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk melawan keganasan melalui sistem pendidikan, dan terutamanya pendekatan PERMATA yang diasaskan pada 2007 oleh Rosmah,” katanya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Friday, September 09, 2016
#BAJET2017 : CADANGAN KHAS PRESIDEN #PMSP @RAMESHRAOAKS KEPADA KERAJAAN PIMPINAN PM DS @NAJIBRAZAK !!!
Menjelang pembentangan Bajet 2017 Oktober depan,Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) memberikan beberapa cadangan kepada pihak kerajaan untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat seluruhnya.Presidennya,Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata beberapa perkara melibatkan pendidikan, pekerjaan, perubatan, pengangkutan dan kemudahan asas.
"Untuk Bajet 2017,saya amat berharap kerajaan akan laksanakan 100 peratus biasiswa percuma untuk pelajar cemerlang dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Jaminan pekerjaan untuk mahasiswa dan mahasiswi cemerlang dalam sektor perkhidmatan kerajaan," katanya.
Bagi perkara melibatkan perubatan,Ramesh mencadangkan diadakan satu hospital perubatan khas yang khusus untuk guru-guru seperti hospital yang ada dikhaskan untuk anggota tentera pada ketika ini.
"Selain itu,saya berharap juga disediakan kemudahan klinik, ambulans dan doktor di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)," ujarnya.
PMSP yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) banyak memberikan bantuan dan perhatian kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) turut ada memberikan cadangan berkaitan golongan itu.
"Kita mencadangkan bayaran tol dikecualikan dan diberikan percuma kepada kenderaan yang dipandu oleh OKU dan bayaran elektrik juga diberikan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pengguna OKU," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini sedang membuka peluang kepada rakyat untuk memberikan cadangan kepada pihaknya yang juga Menteri Kewangan menjelang pembentangan belanjawan tahunan negara itu.Cadangan boleh dihantar di laman web khas untuk tujuan berkenaan yang disediakan.
Di zaman pentadbiran Najib,orang ramai diundang untuk memberikan pandangan dan cadangan untuk dimasukkan ke dalam bajet tahunan negara berbanding Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum ini yang tidak melakukan sedemikian.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Wednesday, September 07, 2016
#TUNMAHATHIR DAN #ANWARIBRAHIM SELAMA INI TIPU PENYOKONG #REFORMASI - @RAMESHRAOAKS !!!
Para penyokong yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar kedua-dua pemimpin itu hanya berdrama sebelum ini sebagai musuh ketat padahal mereka bersama saling memerlukan di antara satu sama lain.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata apa yang berlaku kelmarin di dalam mahkamah adalah drama orang-orang yang terdesak untuk mendapatkan kuasa dan berniat menjatuhkan kerajaan.
"Para penyokong Reformasi sudah ada yang marah kerana tertipu dengan drama yang dipertontonkan oleh Anwar dan Dr Mahathir sehingga begitu ramai orang percaya.Ketika ramai orang menyokong Dr Mahathir dan menolak reformasi Anwar, adakah mereka dihargai oleh bekas Perdana Menteri itu, nampak jelas tidak pada masa sekarang ini," kata Ramesh dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata,Dr Mahathir dicabar meminta maaf kepada ahli keluarga dan mereka yang berkorban sehingga ditangkap oleh polis,ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada sekitar tahun 1998 kerana menyokong Reformasi Anwar yang dianggap tidak sah oleh beliau."Bayangkan,mereka yang menyokong Reformasi yang dimulakan oleh Anwar sudah marah sekarang ini kerana Dr Mahathir dan Anwar berbaik-baik memperlihatkan mereka selama ini rupanya pura-pura bermusuh.Ada yang dipenjarakan semalaman kerana menyertai demonstrasi jalanan kerana membenci Dr Mahathir kini Anwar seakan merelakan semuanya dan menidakkan semua perjuangan selama ini," katanya.
Ramesh sebelum ini juga merupakan bekas penyokong DAP dan peserta demonstrasi jalanan Reformasi pada tahun 1998 dan beliau merupakan antara orang yang ditahan oleh polis akibat menyertai perhimpunan haram itu.Biarpun,kelmarin kononnya Dr Mahathir berbaik semula dengan Anwar,ia bukan bermakna Anwar bukan seorang peliwat kerana kesalahan Anwar meliwat ditentukan oleh mahkamah pada 1999 dan bukannya oleh Dr Mahathir.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
Subscribe to:
Posts (Atom)



















