Social Icons

Pages

Wednesday, September 28, 2016

BREAKING NEWS !!! @RAMESHRAOAKS DESAK KERAJAAN SIASAT SUMBER KEKAYAAN ANAK DAN KRONI #TUNMAHATHIR !!!


Memandangkan anak-anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kebanyakannya ada yang kaya raya berjaya memungut harta sehingga berjuta hingga hari ini.Antara yang kaya ialah dua anaknya Tan Sri Mokhzani dan Mirzan yang dikatakan kaya dalam tempoh yang singkat.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata bagaimanakah caranya anak-anak Dr Mahathir boleh mengumpul kekayaan dengan begitu cepat dan ia boleh dipersoalkan. 

"Adakah semua harta anak-anak dan kroni Dr Mahathir diperolehi dengan sah? berlandaskan ketelusan? Kalau was-was,eloklah kerajaan Malaysia sita semua harta dan siasat bagaimana harta tersebut diperolehi," kata beliau dalam kenyataan itu. 

Ramesh berkata beliau ada merujuk kepada artikel dalam portak Perak Today yang melaporkan Mokhzani ada koleksi kereta mewah yang dianggarkan bernilai RM36.2 juta dan ia dikatakan dicapai diluar kemampuan sebenar.Dalam artikel itu,Mokhzani memiliki 18 buah kereta pelbagai jenama dan ia hanya tentang kereta dan tidak termasuk aset yang lain.

Banyak pihak sebelum ini sudah menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan menjalankan siasatan ke atas kekayaan Dr Mahathir dan keluarganya tetapi ia masih belum dimulakan lagi."Eloklah sekarang dimulakan siasatan itu kerana Dr Mahathir sudah banyak membuat tuduhan yang melulu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Agensi sudah siasat dan tiada apa-apa, kini sudah sampai masa kerajaan dan agensi berkaitan siasat pula Dr Mahathir," kata Ramesh. 

Dr Mahathir sendiri pun kaya kerana memiliki sebuah rumah banglo di dalam kawasan perumahan mewah The Mines,ada rumah di Subang,Langkawi,Country Heights dan dikatakan turut memiliki rumah di Bukit Tinggi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates