Social Icons

Pages

Tuesday, October 04, 2016

FAKTA !!! PENGANJURAN JELAJAH #BERSIH5 HANYA MAHU TUTUP KERJA PEMBANGKANG - @RAMESHRAO !!!


Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mengatakan tindakan penganjuran perhimpunan haram Bersih hanyalah untuk menutup dan mengalih perhatian rakyat ke atas kerja jahat DAP,PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) selama ini.Lebih buruk,menjelang himpunan Bersih 5 bulan depan,pihak penganjur Bersih 2.0 sudah mula menganjutkan jelajah Bersih 5 di seluruh negara untuk menghasut dan mengajak rakyat sama-sama menyertai himpunan itu nanti. 

Presidennya,Ramesh Rao berkata parti pembangkang mempergunakan Bersih sebagai alat untuk menuduh dan memburukkan kerajaan serta sistem demokrasi di negara ini kononnya kotor penuh penyelewengan."Jelajah Bersih 5 dianjurkan untuk menutup dan mengalih perhatian rakyat daripada kebobrokan DAP, PKR dan PAN.Ia juga dianjurkan untuk menuduh Kerajaan BN kononnya kotor," kata Ramesh dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau,jika benar kerajaan dan sistem demokrasi Malaysia kotor takkan mungkin pakatan pembangkang berjaya menawan beberapa buah negeri pada Pilihan Raya Umum sebelum ini sehingga berjaya membentuk kerajaan."Kalau SPR kotor mana mungkin DAP tawan Pulau Pinang? PKR tawan Selangor? PAS tawan Kelantan? Mana mungkin juga DAP dan PKR menangi banyak kerusi Parlimen?," kata Ramesh. 

Ramesh memberikan reaksi berikutan penganjuran jelajah itu yang bertujuan mengumpul orang ramai yang mahu datang ke perhimpunan haram itu sama-sama memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sistem demokrasi di Malaysia diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ia diiktiraf sebagai satu sistem mengundi antara yang paling telus di dunia dan paling ketat.Di Malaysia,ketika proses mengundi setiap calon mempunyai ejen mereka sendiri yang boleh ditempatkan di dalam pusat mengundi dan melihat keseluruhan proses berkenaan termasuk menyaksikan di depan mata kepala sendiri proses pengiraan undi dijalankan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates