Social Icons

Pages

Thursday, May 18, 2017

#TUNMAHATHIR KANTOI LAGI !!! APA HUBUNGAN SEBENAR #TUNM DENGAN OMAN ??? - @RAMESHRAOAKS !!!


Perjalanan ke luar negara oleh Pengerusi PPBM,Tun Mahathir Mohamad ke Oman baru-baru ini mengundang banyak persoalan apakah kaitan diri bekas Perdana Menteri itu dengan negara berkenaan.Lebih-lebih lagi,beliau sanggup memburukkan nama Malaysia di negara itu dengan mengatakan bahawa Malaysia bukanlah destinasi pelancongan yang menarik.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini bertanya kepada Mahathir,apakah kaitannya dengan negara Oman sehingga sanggup ke sana menyampaikan ucapan utama.

"Apa aktiviti sebenar Mahathir pergi ke sana,banyak maklumat sudah kita terima dan ia bakal terbongkar dan didedahkan kepada rakyat.Kita tahu,Mahathir ada terlibat membeli minyak dari Iran dan ia dihantar ke Oman kemudian dari Oman dibawa masuk ke Malaysia dengan harga yang agak tinggi," katanya dalam kenyataan berkenaan. 

Di laman Facebook beliau sebelum ini,Ramesh ada menulis berkenaan bekalan minyak dari Oman yang untuk syarikat milik suku sakat Mahathir iaitu Petron. "Petron dapat bekalan minyak dari Iran melalui Oman, patutlah Mahathir mendewa dan memuji Oman," kata Ramesh di status berkenaan.Ramesh berkata,pasti ada habuan yang diterima oleh Mahathir daripada Oman sehingga sanggup memburukkan sumber ekonomi negara Malaysia iaitu pelancongan ketika berada di negara itu sedangkan ketika jadi Perdana Menteri,beliau amat mempromosikan Malaysia kepada negara luar.  
"Mahathir sudah pasti menerima sesuatu dari Oman sampai sanggup hina negara Malaysia ketika berada di Oman. Masa jadi Perdana Menteri dulu,beliau lah antara yang memulakan kempen Tahun Melawat Malaysia tapi kali ini tanpa rasa malu, menghina destinasi pelancongan yang cantik di Malaysia di peringkat antarabangsa,"katanya.Beliau percaya dan yakin tidak lama lagi aktiviti dan kerja yang Mahathir lakukan ketika berada di Oman akan terbongkar mengapa sampai sanggup mengeluarkan kenyataan menghina Malaysia. "Ia akan didedahkan nanti, siapa yang akan dedahkan itu kita tunggu dan lihat kerana semuanya akan pasti terbongkar," katanya.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates