KENYATAAN MEDIA
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao
Cerita ini agak berat untuk dibangkitkan kembali kerana ia melibatkan anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.Bagaimanapun,tindakan parti pembangkang yang sudah keterlaluan membuat pelbagai tohmahan kepada kerajaan memerlukan kita melihat kembali apa yang sebenarnya berlaku.
Pada Mei 2013, ibu kepada Nurul Izzah,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan bahawa satu video yang tersebar menunjukkan perlakuan seks difahamkan Nurul Izzah dengan seorang lelaki difahamkan pensyarahnya adalah video benar dan tulen.Ketika itu juga,beliau berjanji untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pensyarah berkenaan dan individu yang menyebarkan klip video itu kerana ia amat mengguris hati beliau sebagai ibu.
“Saya dan keluarga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau (pensyarah) dan sesiapa yang terlibat membuat sebaran klip video tersebut,” kata Dr Wan Azizah di dalam blognya bertarikh 3 Mei 2013.
Perkara ini menarik perhatian Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkenaan bila tindakan undang-undang itu akan diambil.Hari ini sudah 14 Julai 2016,lebih tiga tahun sudah berlalu tapi sehingga kini tiada berita atau makluman dari keluarga Nurul Izzah bahawa mereka sudah mengambil tindakan memfailkan saman ke atas pensyarah itu.
“Tempoh masa tiga tahun sudah terlalu lama dan video berkenaan masih lagi boleh ditonton di laman YouTube biarpun wajah anak sulung pasangan Anwar dan Dr Wan Azizah itu tidak kelihatan.Takkan ambil masa lama sangat hendak ambil tindakan undang-undang ke atas pensyarah itu yang sudah memalukan YB Nurul Izzah,” kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.Menurut beliau parti pembangkang termasuk PKR,asyik menuduh dan mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sehingga kini masih tidak memfailkan saman ke atas agensi berita asing The Wall Street Journal (WSJ) dalam isu tuduhan agensi itu dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tindakan undang-undang ke atas WSJ memakan masa yang lama kerana ia berpangkalan di luar negara dan sehingga kini pihak kerajaan sedang mengambil tindakan yang perlu ke arah itu.Bagaimanapun,Ramesh berkata kes ini melibatkan maruah Nurul Izzah dan masa depan beliau dalam politik.Takkan lah prosiding dan persediaan untuk mengambil tindakan undang-undang memakan masa sampai tiga tahun.
“Eloklah,Dr Wan Azizah tampil menjawab apa sebenarnya yang berlaku dalam perkembangan kes video Nurul Izzah ini yang sebenarnya sudah mula dibincangkan semula dalam kalangan orang ramai ekoran pihak keluarga masih belum mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment