Social Icons

Pages

Thursday, December 15, 2016

TU DIA !!! @RAMESHRAOAKS DAKWA #TUNMAHATHIR CUBA GUNA PENGARUH LARANG #JUSTO MASUK MALAYSIA !!!


Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) percaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mempunyai perancangan untuk menggunakan pengaruhnya untuk melarang warga Switzerland,Xavier Andre Justo yang bersalah cuba memeras ugut bekas majikannya PetroSaudi International (PetroSaudi).Presidennya Ramesh Rao berkata ia berikutan Justo adalah orangnya yang mengubah kandungan dokumen asal yang dicuri dari PetroSaudi untuk kegunaan Sarawak Report (SR) memburukkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Dr Mahathir cuba menggunakan pengaruh untuk larang Justo dari masuk ke Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut beliau,ia adalah kerana jika Justo sampai ke Malaysia segala maklumat berkaitan urusan penjualan dokumen antara mereka dan editor SR,Clare Rewcaslte Brown akan terbongkar.Rahsia dalang utamanya yang dipercayai Dr Mahathir akan terbongkar semuanya,menurut Ramesh. "Dr Mahathir risau kalau Justo datang ke Malaysia,banyak rahsia terlondeh," katanya dalam kenyataan itu. 

Pada tahun lepas,Ramesh telah pergi sendiri ke Bangkok,Thailand dan bertemu dengan peguam Justo,Worasit Piriyawiboon dan melihat sendiri dokumen asal yang dicuri oleh Justo yang ada kaitan dengan 1MDB. "Saya ke Bangkok untuk jumpa dengan Worasit. Kami ada lihat dokumen itu, saya tak mahu dituduh dibayar,Lester sengaja diwujudkan, memang Justo kenal Jester,mereka berdua bersahabat.Kami minta dia (Worasit) soal Justo adakah beliau akan bantu siasatan ke atas Sarawak Report dan adakah dia akan bekerjasama kemukakan dokumen asli untuk menafikan dokumen yang palsu itu," kata Ramesh sebelum ini dalam satu sidang media di pejabat PMSP. 

Ramesh sebelum ini mendakwa terdapat empat ciri utama untuk membezakan antara dokumen asli dan palsu iaitu melibatkan nama,tarikh, angka dan gambar dalam dokumen berkenaan."Dalam pertemuan empat jam itu, banyak bukti asli yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu berada dalam simpanan Worasit.Empat ciri perubahan drastik yang dilakukan dalam dokumen itu melibatkan tarikh, nama, angka dan gambar, namun perubahan ketara pada angka,dari nilai ratusan ribu ditukar kepada juta," dakwanya.

APA KOMEN ANDA ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates