Social Icons

Pages

Friday, September 23, 2016

ISU ANUGERAH LEAD BY EXAMPLE,SATU RANCANGAN UNTUK MALUKAN DS #ROSMAHMANSOR - @RAMESHRAOAKS !!!


Pejabat Perdana Menteri sudah memaklumkan bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menolak pemberian Anugerah Lead By Example yang dibatalkan pemberiannya oleh sebuah badan di bawah Pertubuhan Pendidikan,Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO).Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media berkata tindakan yang dilakukan oleh agensi berkenaan dilihat sebagai satu gerakan yang cukup rapi untuk memalukan Rosmah di peringkat global melalui pemberian anugerah berkenaan.

"Hasil pemeriksaan kami mendapati agensi berkenaan ialah sebuah agensi yang berasaskan Yahudi dan diberikan kononnya atas pencapaian Datin Seri Rosmah dalam program PERMATA yang sememangnya terbukti.Dalam hal ini,beliau sendiri tidak mahu menerima anugerah berkenaan sebaliknya tidak pernah memohon pun akan sebarang anugerah," kata Ramesh. 

Akhirnya diketahui,langkah mengeluarkan nama program PERMATA pada saat-saat akhir sebelum program pemberian anugerah itu dibuat dengan niat jahat untuk memalukan isteri Perdana Menteri pada hari pemberian berkenaan.Ramesh berkata,Malaysia sudah dapat mengesan lebih awal niat buruk dengan anugerah berkenaan. "Ini adalah kerja jahat pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kejayaan PERMATA sendiri yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah sendiri," kata Ramesh. 

Beliau sebelum ini berkata alasan pihak organisasi berkenaan bahawa status sumber kewangan PERMATA diragui sebagai satu alasan yang tidak boleh diterima dan pasti ada alasan tertentu berselindung di sebalik keputusan ini.Ramesh berkata program PERMATA sudah lama bergerak dan banyak kanak-kanak sudah mendapat faedah daripada mekanisme sistem pendidikan awal yang diperkenalkan olehnya. 

Berkenaan anugerah berkenaan,Ketua Pengarah UNESCO Irina Bokova atas kapasitinya itu menghantar surat kepada Najib,Rosmah dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan menyebut bahawa Rosmah diberi anugerah sanjungan khas melalui PERMATA dalam program khas pada 22 September iaitu esok. “Ini sebagai penghargaan terhadap usaha kerajaan Malaysia untuk melawan keganasan melalui sistem pendidikan, dan terutamanya pendekatan PERMATA yang diasaskan pada 2007 oleh Rosmah,” katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates