Social Icons

Pages

Wednesday, June 14, 2017

FAKTA !!! PEGUAM #SHAFEEABDULLAH TIADA KUASA PENJARAKAN ORANG !!! #PEMBANGKANG HANYA BODOHKAN RAKYAT - @RAMESHRAOAKS !!!


Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak ada kuasa untuk menyumbat seseorang itu di dalam penjara sebaliknya beliau hanya menjalankan tugasnya mengetuai pihak pendakwaan sehingga menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat dan dipenjarakan.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata jika Muhammad Shafee ada kuasa demikian,sudah pasti lebih ramai pemimpin dari parti pembangkang akan dipenjarakan atas pelbagai kesalahan. 

"Jika benar Shafeee mempunyai kuasa untuk penjaraka orang, rasanya para pemimpin Pakatan seperti Lim Kit Siang,Rafizi Ramli,Nga Kor Meng,Mahathir dan lain-lain dah lama masuk lokap," kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau,tuduhan pemimpin pembangkang bahawa Muhammad Shafee terlibat dalam konspirasi menyebabkan Anwar didapati bersalah meliwat adalah tidak berasas sama sekali dan ia adalah keputusan adil dari mahkamah."Bukti DNA ada iaitu sampel air mani Anwar sendiri di dalam dubur mangsa iaitu bekas Pembantu Peribadi Anwar sendiri,Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Muhammad Shafee hanya mengetuai pasukan pendakwaan dan membuatkan kes pendakwa lebih kuat dan teratur supaya hakim dapat memahami perjalanan kes adalah selari dengan bukti serta keterangan yang diberikan.Ramesh berkata beliau kesal dengan pembangkang yang masih terus membuat cerita bohong dan palsu kepada orang yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) mereka turut tidak disukai oleh orang ramai. 

Kerja pembangkang hanya terus ingin memperbodohkan rakyat sahaja. "Pakatan kalau ya pun hendak bodohkan rakyat, fikirlah dulu sebelum keluarkan kenyataan," kata Ramesh dalam kenyataan itu.Sementara itu,Muhammad Shafee berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan pembangkang bahawa beliau ada menerima RM9.5 juta dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tapi bukan dalam masa terdekat ini.Menurut pembangkang,wang itu adalah dana dari syarikat SRC International Sdn Bhd yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates