Social Icons

Pages

Monday, May 22, 2017

KANTOI !!! #TUNMAHATHIR CUBA GUNA RAJA PERLIS JATUHKAN PM DS @NAJIBRAZAK ??? - @RAMESHRAOAKS !!!


Adakah ini satu lagi cubaan bekas Perdana Menteri,Mahathir Mohamad untuk cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui cara yang tidak sepatutnya? Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini mengatakan ada maklumat bahawa Mahathir cuba mempengaruhi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail,supaya mempengaruhi Majlis Raja-raja bagi menjatuhkan Najib. 

"Keluarga Tun Daim ada hubungan baik dengan istana,seperti dimaklum Daim adalah proksi kepada Mahathir dan beliau dijemput ke Istana Arau di Perlis bersama-sama dengan Presiden PPBM,Muhyiddin Yassin.Jemputan dan majlis ini kemudian dihangatkan oleh media sosial pro-Tun seperti ada sesuatu yang penting Mahathir menghadiri majlis berkenaan yang diadakan Tuanku Syed Sirajuddin," kata Ramesh dalam kenyataan itu. 

Sebelum ini,Mahathir pernah cuba menjatuhkan Najib dengan menghasilkan satu Deklarasi Selamatkan Malaysia yang mengumpulkan satu juta tandatangan dan kemudian ia dipersembahkan ke hadapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk dijadikan alasan menjatuhkan Najib.Bagaimanapun,Tuanku menolak deklarasi berkenaan dan perkara berkenaan dengannya tidak dibincangkan pun dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum ini. Ramesh berkata, apa yang menghairankan kenapa media sosial Mahathir cuba memisahkan Perlis daripada dilihat seperti menyokong kepimpinan Najib sebaliknya mereka cuba memperlihatkan negeri Perlis seakan berani berbeza dengan Perdana Menteri. 

"Kita tuntut Mahathir dan Muhyiddin jawab dakwaan ini bahawa mereka cuba mempengaruhi Tuanku untuk mempengaruhi pula Majlis Raja-Raja Melayu untuk cuba menggulingkan kerajaan sah yang diundi rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu.Saya tahu Mahathir tidak akan berhenti cuba menjatuhkan Najib dan beliau akan menggunakan pelbagai cara selagi boleh untuk menjayakan rancangannya itu," katanya Ramesh dalam kenyataan itu. Menurut beliau, tindakan Mahathir cuba menggunakan institusi beraja di negara ini untuk kepentingan dirinya tidak boleh diterima kerana ia jelas bertentangang dengan Perlembagaan Persekutuan. "Tindakan laman sosial pro-Mahathir yang seakan-akan menyindir pihak Istana Negara sebelum ini yang tidak menjemput Mahathir dalam istiadat permasyhuran Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V sebelum ini pun tidak boleh diterima," kata Ramesh. 

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates