Tindakan Peguam Haniff Khatri yang mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama NGO Gerakan Anak Muda Tolak Najib (GANT1) boleh dipersoalkan dan menyalahi undang-undang kerana badan berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan berkata tindakan kumpulan itu memfailkan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah salah kerana kumpulan berkenaan adalah satu kumpulan yang tidak sah.
"Kenapa gunakan NGO yang tidak berdaftar,kenapa tidak gunakan parti?," kata Ramesh.
Kumpulan GANT1 itu dikatakan ada kaitan dengan sayap Pemuda parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan ada sesuatu yang tidak kena apabila pihak pembangkang tidak mahu menggunakan platform parti dalam hal ini.Selain itu,Ramesh turut mempersoalkan integriti peguam yang mewakili sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan ROS dalam satu saman ke atas Perdana Menteri.
"Bagaimana Haniff Khatri boleh mewakili NGO yang tidak berdaftar?
"Peguam Mahathir tidak faham undang-undang? peguam bekas Perdana Menteri ini bodoh atau sengaja bodohkan diri?" kata Ramesh.Ramesh juga menggesa pihak ROS menjalankan siasatan dan ambil tindakan ke atas kumpulan NGO haram supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama NGO untuk tujuan politik jahat.
Selain itu, beliau juga menggesa Majlis Peguam (BAR) mengambil tindakan ke atas Haniff kerana mewakili sebuah kumpulan yang mengaku sebagai NGO dan tidak berdaftar.
Ramesh berkata PH sebenarnya takut menggunakan platform parti sendiri kerana bimbang diambil tindakan mahkamah sekiranya saman yang difailkan tidak berasas serta tidak ada bukti.
Dalam keadaan begini, kata Ramesh kumpulan berkenaan merasakan mereka kebal dari tindakan undang-undang tapi perbuatan mereka mengaku sebagai sebuah badan NGO."Tak perlu takut,gunakan platform parti dalam Pakatan Harapan,jangan gunakan taktik seperti ini apabila ada kumpulan yang mengaku sebagai sebuah NGO tetapi masih tidak berdaftar di bawah ROS mengikut Akta Pertubuhan 1966," kata Ramesh.
APA KOMEN ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment