Social Icons

Pages

Wednesday, September 07, 2016

#TUNMAHATHIR DAN #ANWARIBRAHIM SELAMA INI TIPU PENYOKONG #REFORMASI - @RAMESHRAOAKS !!!


Para penyokong yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar kedua-dua pemimpin itu hanya berdrama sebelum ini sebagai musuh ketat padahal mereka bersama saling memerlukan di antara satu sama lain.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata apa yang berlaku kelmarin di dalam mahkamah adalah drama orang-orang yang terdesak untuk mendapatkan kuasa dan berniat menjatuhkan kerajaan. 

"Para penyokong Reformasi sudah ada yang marah kerana tertipu dengan drama yang dipertontonkan oleh Anwar dan Dr Mahathir sehingga begitu ramai orang percaya.Ketika ramai orang menyokong Dr Mahathir dan menolak reformasi Anwar, adakah mereka dihargai oleh bekas Perdana Menteri itu, nampak jelas tidak pada masa sekarang ini," kata Ramesh dalam satu kenyataan media. 

Beliau berkata,Dr Mahathir dicabar meminta maaf kepada ahli keluarga dan mereka yang berkorban sehingga ditangkap oleh polis,ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada sekitar tahun 1998 kerana menyokong Reformasi Anwar yang dianggap tidak sah oleh beliau."Bayangkan,mereka yang menyokong Reformasi yang dimulakan oleh Anwar sudah marah sekarang ini kerana Dr Mahathir dan Anwar berbaik-baik memperlihatkan mereka selama ini rupanya pura-pura bermusuh.Ada yang dipenjarakan semalaman kerana menyertai demonstrasi jalanan kerana membenci Dr Mahathir kini Anwar seakan merelakan semuanya dan menidakkan semua perjuangan selama ini," katanya. 

Ramesh sebelum ini juga merupakan bekas penyokong DAP dan peserta demonstrasi jalanan Reformasi pada tahun 1998 dan beliau merupakan antara orang yang ditahan oleh polis akibat menyertai perhimpunan haram itu.Biarpun,kelmarin kononnya Dr Mahathir berbaik semula dengan Anwar,ia bukan bermakna Anwar bukan seorang peliwat kerana kesalahan Anwar meliwat ditentukan oleh mahkamah pada 1999 dan bukannya oleh Dr Mahathir. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates