Social Icons

Pages

Wednesday, September 07, 2016

EKSKLUSIF !!! AKTA MKN 2016 JAMIN KESTABILAN NEGARA DAN KESELAMATAN RAKYAT !!!


Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) diwartakan pada 7 Jun 2016 lalu.RUU MKN menjadi undang-undang setelah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta melepasi tempoh 30 hari yang perlu untuk diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong.RUU MKN memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN,membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan kawasan keselamatan,menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan.RUU MKN telah dibahaskan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015 dan Dewan Negara pada 22 Disember 2015.Menurut subseksyen 1(2),Akta MKN 2016,akta itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Perdana Menteri dan tarikh tersebut diumumkan pada 1 Ogos 2016. Pada peringkat awal Akta MKN diperkenalkan,terdapat usaha mempertikaikan keperluan bagi akta ini.Kritikan terhadap akta tersebut tertumpu kepada kuasa mengisytiharkan darurat yang diberikan kepada Perdana Menteri. Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa tersebut diperuntukkan kepada Yang Di-Pertuan Agong. 

Mereka khuatir,pemberian kuasa kepada Perdana Menteri untuk isytiharkan darurat,walaupun hanya pada peringkat sesebuah kawasan tertentu (seperti dalam kes Lahad Datu) dan tidak melibatkan negeri,pihak eksekutif dilihat cuba mengurangkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong.Satu hakikat yang tidak dimaklumkan kepada umum ialah Parlimen tidak digantung oleh pihak kerajaan semasa Akta MKN dilaksanakan.Ini bermakna parlimen masih boleh bersidang dan membuat keputusan untuk memeriksa keperluan dan menarik balik pelaksanaan akta itu sekiranya ia didapati tidak sesuai.Lagipun tempoh maksimum sesebuah kawasan berada dalam darurat dihadkan kepada enam bulan sahaja.Seterusnya Perdana Menteri tidak boleh bertindak bersendirian tanpa persetujuan Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara,Ketua Setiausaha Negara yang menjadi anggota utama kepada MKN. Jadi di sini tidak timbul soal penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri bagi tujuan politik seperti didakwa oleh sesetengah pihak dengan menyatakan akta ini mungkin digunakan terhadap pengkritik kerajaan.Dalam sistem demokrasi berparlimen dan sistem elektoral yang diamalkan di Malaysia, tiada Perdana Menteri yang akan kekal. 

Jadi akta ini akan digunakan oleh Perdana Menteri pada masa-masa akan datang bagi tujuan menjaga kestabilan. Kita harus akui bahawa sesebuah negara berhadapan bentuk ancaman yang sentiasa berubah. Pada awal zaman kemerdekaan dahulu Malaysia berhadapan dengan ancaman komunis.Kini kita berhadapan dengan kumpulan militan Daesh.Pihak keselamatan memerlukan kerangka undang-undang bagi membolehkan mereka bertindak menjaga kestabilan dalam persekitaran ancaman baharu. Perkembangan dunia menunjukkan selepas era ‘Arab Spring’ yang melanda Timur Tengah pada tahun 2010, kita lihat warganegara menjadi mangsa kepada beberapa lapis peperangan ‘di dalam negara’ itu sendiri. 

Di Syria misalnya,terdapat enam peperangan yang berlaku serentak : 

1) kumpulan pro-Bashar menentang anti-Bashar, 
2) Militan Daesh menentang puak Kurdish, 
3) kumpulan Hizbollah menentang kumpulan Daesh, 
4) kumpulan pro-Iran menentang pro-Amerika, 
5) kumpulan pro-Bashar (disokong oleh Rusia) menentang kumpulan pro-Saudi (Daesh) dan
6) kumpulan Kurdis menentang proksi Turki (Daesh).  

Tragedi yang menimpa Syria dan negara-negara lain termasuk Libya menunjukkan bahawa langkah bersifat proaktif perlu dilakukan sebelum ancaman keselamatan yang pada awalnya dimulakan oleh satu kumpulan kecil,merebak menjadi barah yang amat sukar di atasi. Kumpulan militan seperti Daesh tidak lagi mengehadkan aktiviti mereka di Timur Tengah bahkan telah beraksi di Eropah.Negara yang majoriti penduduknya Islam seperti Turki,Bangladesh dan baru-baru ini Malaysia sendiri telah menjadi mangsa serangan ganas kumpulan tersebut.Soal kestabilan dan keselamatan tidak seharusnya dipolitikkan. Tanggungjawab menjaga keselamatan dan kestabilan negara terletak di bahu semua pihak. 


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates