Social Icons

Pages

Friday, September 09, 2016

#BAJET2017 : CADANGAN KHAS PRESIDEN #PMSP @RAMESHRAOAKS KEPADA KERAJAAN PIMPINAN PM DS @NAJIBRAZAK !!!


Menjelang pembentangan Bajet 2017 Oktober depan,Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) memberikan beberapa cadangan kepada pihak kerajaan untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat seluruhnya.Presidennya,Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata beberapa perkara melibatkan pendidikan, pekerjaan, perubatan, pengangkutan dan kemudahan asas. 

"Untuk Bajet 2017,saya amat berharap kerajaan akan laksanakan 100 peratus biasiswa percuma untuk pelajar cemerlang dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Jaminan pekerjaan untuk mahasiswa dan mahasiswi cemerlang dalam sektor perkhidmatan kerajaan," katanya.

Bagi perkara melibatkan perubatan,Ramesh mencadangkan diadakan satu hospital perubatan khas yang khusus untuk guru-guru seperti hospital yang ada dikhaskan untuk anggota tentera pada ketika ini.

"Selain itu,saya berharap juga disediakan kemudahan klinik, ambulans dan doktor di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)," ujarnya. 

PMSP yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) banyak memberikan bantuan dan perhatian kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) turut ada memberikan cadangan berkaitan golongan itu. 

"Kita mencadangkan bayaran tol dikecualikan dan diberikan percuma kepada kenderaan yang dipandu oleh OKU dan bayaran elektrik juga diberikan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pengguna OKU," katanya. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini sedang membuka peluang kepada rakyat untuk memberikan cadangan kepada pihaknya yang juga Menteri Kewangan menjelang pembentangan belanjawan tahunan negara itu.Cadangan boleh dihantar di laman web khas untuk tujuan berkenaan yang disediakan. 

Di zaman pentadbiran Najib,orang ramai diundang untuk memberikan pandangan dan cadangan untuk dimasukkan ke dalam bajet tahunan negara berbanding Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebelum ini yang tidak melakukan sedemikian.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates