Social Icons

Pages

Friday, September 09, 2016

BREAKING NEWS !!! TS #MUHYIDDINYASSIN TELAH DISINGKIRKAN OLEH #TUNMAHATHIR ???


Sehingga hari ini,Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum mengulas mengenai pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan bekas seterunya,Anwar Ibrahim di mahkamah,beberapa hari lalu.keadaan ini mencetuskan tanda tanya dan membangkitkan pelbagai spekulasi mengenai nasib Muhyiddin dan adakah beliau sebenarnya telah disingkirkan oleh Mahathir ???.Sebelum ini Mahathir pernah meletakkan harapan kepada Muhyiddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,namun kini harapan berkenaan semakin pudar.Muhyiddin dilihat sebagai `tidak boleh diharap' kerana tidak mempunyai akar umbi yang kuat,maka Mahathir tiada pilihan lain kecuali terpaksa menjadikan Anwar sebagai sandaran,meskipun pernah melabelnya sebagai tidak bermoral. 

Berdasarkan Facebook rasmi Muhyiddin,tiada langsung kenyataan Muhyiddin mengulas pertemuan Mahathir dengan Anwar.Anwar dilihat oleh Mahathir sebagai kononnya penyelamat terakhir dalam kempen politik berterusan untuk menjatuhkan Perdana Menteri,selepas kegagalan Muhyiddin menembusi tembok kuat kepimpinan Datuk Seri Najib.Mahathir juga tahu Pribumi tidak boleh pergi jauh justeru beliau perlu membina jambatan dengan Anwar dan pakatan harapan dalam usaha menjayakan matlamatnya itu.Begitu juga dengan kes perceraian Stanley Clement Agustin dan isterinya, Nika Gee Siew Yee di mana Stanley telah menuduh Muhyiddin mempunyai kaitan dengan wanita berkenaan di dalam Akuan Bersumpah (SD). 

Hingga kini Muhyiddin tidak menyaman Standley atas tuduhan terbabit dan sudah tentu kontroversi berkenaan memberikan kesan kepada rancangan Mahathir untuk menyingkirkan Najib.Sebarang unsur berkait dengan skandal akan memberikan impak tidak baik kepada Pribumi memandangkan ia sebuah parti baru yang dilihat tidak akan `hidup' lama.Apa yang pasti,walaupun hubungan baru antara Mahathir dan Anwar ini rapuh,namun ia tetap memberikan kesan kepada Muhyiddin.Sanggupkah beliau yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri hanya menjadi `pemain' kedua dalam rancangan menggulingkan Najib ??? baik beliau ulas semua apa yang berlaku,jika tidak...faham2 jerrr laaaa

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates