Social Icons

Pages

Monday, March 06, 2017

TU DIAA !!! AKHIRNYA @ZAINUDINMAIDIN MENGAKU #TUNMAHATHIR NYANYUK - @RAMESHRAOAKS !!!


Akhirnya,bekas Menteri,Tan Sri Zainuddin Maidin mengakui bahawa Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad adalah serorang tua dan sudah nyanyuk.Pengakuan itu dibuat oleh Zainuddin atau Zam melalui tweetnya hari ini kononnya membidas pelawaan Ahli Parlimen Padang Rengas,Datuk Seri Nazri Aziz kepada Dr Mahathir untu bertanding melawan dirinya di sana.Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao secara asasnya bersetuju dengan kenyataan Zam itu kerana beliau sudah lama mengatakan Dr Mahathir nyanyuk dan mengalami masalah berfikir. 

"Saya sudah lama kata Dr Mahathir ini nyanyuk dan ada masalah mental tetapi kenyataan itu hanya dipersetujui pemimpin Barisan Nasional (BN) sahaja.Hari ini,penyokong kuat Dr Mahathir sendiri,bekas Menteri yang sendiri dengan rela mengakui bahawa Dr Mahathir adalah seorang tua dan nyanyuk," kata Ramesh dalam satu kenyataan hari ini. 

Tweet oleh Zam dibuat pada hari ini tepat pukul 8.43 pagi tadi dan masih tidak dipadam sehingga saat ini.Ramesh berkata,ini membuktikan Zam juga menganggap Dr Mahathir nyanyuk dan tidak mempunyai kredibiliti cukup untuk bertanding mahupun menguruskan kerja politik kerana sudah begitu berumur. "Zainuddin Maidin jelas ada niat cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan mempergunakan Dr Mahathir dan PPBM kononnya mampu berkhidmat untuk rakyat.Hari ini beliau sudah tunjukkan bukti bahawa diri beliau sendiri pun sudah tidak boleh menerima kredibiliti Dr Mahathir dengan tweet berkenaan yang jelas dan nyata," kata Ramesh. 

Jadi,beliau berkata mengapa Zam mempertahakan Dr Mahathir dan memburuk-burukkan Najib tidak diketahui sebabnya mungkin Zam ada agenda peribadi untuk dipenuhi memandangkan beliau agak ketinggalan dalam suasana politik yang hangat ini."Kalau sudah tua biasanya apabila nampak suasana hangat, dia pun mungkin ingin terlibat sama dengan keadaan dan mahu kembali berpolitik seperti zaman muda-muda dulu.Bagaimanapun,apakan daya hanya yang ada Dr Mahathir yang nyanyu dan tua, pada Zainuddin, itu pun sudah cukup boleh bagi dirinya," kata Ramesh.

Zam dilihat di dalam beberapa entri blognya mengkritik Najib dan menyanjung Dr Mahathir sebagai mampu mengalahkan BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Ramesh berkata,bagi Nazri pula, sudah pasti mengalahkan orang tua yang nyanyuk lebih manis dilakukan dalam kawasan Parlimen sendiri daripada bertanding di kawasan orang lain jauh dari pengundi-pengundinya yang setia.

APA KOMEN ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates