Social Icons

Pages

Monday, October 10, 2016

ISU PERMATA !!! ADUN #DAP KENA BELASAH DENGAN @RAMESHRAOAKS KAW-KAW !!!


Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP-Damansara Utama Yeo Bee Yin yang nampak mengakui berhasrat mengganggu perjalanan program Permata apabila membuat lawatan ke Pusat Anak Permata Negara,Khamis lepas.Yeo datang melawat pusat berkenaan di Kerinhi bersama dengan ADUN DAP Subang Jaya yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad. Dalam satu video di lama Youtube di saluran KiniTV,Yeo dalam rakaman itu mengakui pihak DAP ada pendirian yang lain berkenaan program itu yang setakat ini terbukti berjaya melahirkan ramai kanak-kanak dan remaja terbaik. 

"Memang kita ada pendirian yang lain tapi dari segi prinsipnya ialah untuk kebaikan untuk semua kanak-kanak.Kita bukan datang ke sini untuk kacau tapi mungkin memberikan pandangan yang berbeza," kataanya.

Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini menempelak tindakan Yeo yang dilihat pada awal-awal sudah mempunyai tanggapan yang buruk ke atas program berkenaan berasaskan pandangan buruk pihak tidak bertanggungjawab."ADUN DAP mengaku ada pendirian yang lain, apa maksud mereka? Mereka mengaku nak mengacau dan menghina Permata," katanya.DAP mengambil kesempatan di atas kenyataan jahat sebuah agensi yang bernaung di bawah UNESCO sebelum ini yang menyatakan bahawa perbelanjaan untuk membiayai program PERMATA dicurigai sumbernya dan ia menyebabkan kontroversi.Ramesh berkata,oleh sebab itulah,Yeo dan Hannah kononnya menerima jemputan Pegawai Khas isteri Perdana Menteri,Datuk Rizal Mansor melawat Pusat PERMATA tetapi menyimpan niat berbeza pada awalnya. 

"Selepas diberikan penjelasan oleh mereka yang mengendalikan program PERMATA, barulah mereka dari DAP ini terkedu dan kelu tidak mampu berkata apa-apa selain mengakui kejayaan PERMATA," kata Ramesh.Program PERMATA adalah ilham isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ia adalah satu program memberikan pendidikan terbaik kepada remaja dan kanak-kanak bermula dari usia awal.Perbelanjaan program berkenaan adalah telus dan ia diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri bagi memudahkan pemantauan pelaksanaan dan kesemua perbelanjaan direkodkan di bawah penyata yang sentiasa dipantau.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates