Social Icons

Pages

Saturday, September 03, 2016

FAKTA !!! MASIH BERBISAKAH #TUNMAHATHIR ???


Ada orang kata perperangan antara Mahathir dengan Datuk Seri Najib ada lah kerana “Power Play”Permainan kuasa atau pun permainan tunjuk kuasa atau siapa masih berkuasa.Ada orang lain pula kata “Mahathir is riding a tiger”.Menunggang harimau.Siapa tunggang belakang harimau maka dia akan nampak gah.Semua orang akan takut melihat orang yang menunggang harimau.Cuma bahayanya,mereka yang tunggang harimau tidak boleh turun darinya,Sebaik sahaja dia turun dari harimau itu dia akan dibaham oleh harimau itu sendiri.Dalam pergeseran antara Datuk Seri Najib dan Tun Mahathir,bagi mereka yang mudah lupa,terutamanya penyokong Mahathir,serangan bermula dari Mahathir dan bukannya dari Datuk Seri Najib.Datuk Seri Najib telah hulurkan perdamaian dalam perhimpunan agung UMNO 2015,tetapi ditolak oleh Mahathir.Begitu juga Muhyiddin yang tidak mahu bersalam erat dengan Najib di atas pentas pada waktu itu.Lihat balik video lama,siapa yang tolak perdamaian di atas pentas itu. 

Perkara ini sangat penting untuk diberitahu kerana terlalu ramai yang menyokong Mahathir terlupa bahawa Mahathir yang memulakan serangan dan bukannya pihak Datuk Seri Najib.Maka tuduhan angkuh,sombong,takabur semua terletak kepada Mahathir dan bukannya Datuk Seri Najib.Nik Abduh lagi dahsyat,dia suruh Mahathir bertaubat dan berada di atas tikar sembahyang.Apa yang dilihat dan sedang berlaku hanyalah tindak balas dan "counter attack" dari pihak Datuk Seri Najib yang membalas apa yang diserang oleh pihak Tun Mahathir.Dalam perang berlanjutan terlihat cubaan Mahathir memburukkan Najib dengan pelbagai isu ciptaan dan juga fitnah ciptaan,ini kerana jenama “Najib” mesti dibunuh untuk mendapat sokongan bagi pihak dirinya. “Character assassination” amat perlu oleh pihak Tun Mahathir kerana watak inilah penyebab dan penghalang apa yang dikehendaki oleh Tun Mahathir.Sambil perang berlaku,Tun Mahathir telah tersepit dengan isu “control” iaitu kawalan. 

Tun berhadapan dengan pendana dan pembantu yang sudah mula malas dan enggan untuk terus berperang bersamanya dan berpihak dengannya.Atas sebab mereka yang bersama membantu Tun M adalah ahli perniagaan,maka orang berniaga tidak elok selama nya bersama dalam “unnecessary war” ini.Mungkin atas sebab mahu balas jasa dan “favour” yang telah diberi oleh Tun M,mereka menyokong Tun M,namun semua perkara ada batas dan had nya,begitu juga memberi sokongan membuta tuli kepada Mahathir juga ada hadnya.Maka menyedari pengaruh sudah mula hilang dan terhakis,maka semakin rancak dan giatlah Tun M dan Muhyiddin untuk segera menjatuhkan DS Najib “By hook or by crook”.Jika memfitnah dengan kisah berbillon tanpa ada bukti boleh diguna pakai, maka itulah yang akan digunakan. Jika menyatakan Najib ada berbillion tanpa perlu membuktikan, maka itulah yang akan dilakukan.Betul juga kata seorang penulis,Datuk Seri Najib menewaskan Tun Mahathir dengan tidak berbuat apa apa kepada Mahathir.Tanpa perlu buat apa apa kepada serangan Mahathir,Datuk Seri Najib telah menewaskannya.Jika MO1 itu Datuk Seri Najib persoalan nya "So What" ??? MO1 bukanlah subjek saman DOJ.Sebab itu tidak dinamakan secara jelas oleh DOJ.Kisah 1MDB oleh pihak Tun dan sekutunya dari awal lagi memang hanya fokus kepada Najib,jika MO1 itu Datuk Seri Najib,adakah ia perkara baru ??? Jika bukan pun mereka akan cari jalan untuk meng “iya” kan dengan cara lain.Tiada apa yang baru pada hal ini. 

Ketika kemuncak kisah GST dan 1MDB dimainkan,kemarahan rakyat dapat disemarakan secara hebat,ketika inilah diperhatikan rakyat paling benci sekali dengan kerajaan dan Datuk Seri Najib.Namun kebetulan ada dua pilihanraya pula yang muncul iaitu Permatang Pauh dan Rompin.Maka masaklah BN dan Datuk Seri Najib.Tapi apakah yang terjadi pada 2 pilihanraya itu ??? Status quo,itulah yang terjadi.Keadaan tidak banyak berubah.Permatang Pauh tetap dapat kepada PKR dan Rompin dapat kepada BN semula.Sepatutnya Permatang Pauh dimenangi oleh PKR dengan 90% undi dapat kepada mereka dan begitu juga Rompin sepatutnya tumbang dan dapat kepada PAS.’Mana pergi pengaruh Mahathir ketika rakyat sudah diajar membenci kerajaan ??? Kemudian politik negara di hidangkan dengan PRN Sarawak.Diikuti dengan dua PRK yang dikatakan “referendum” untuk Datuk Seri Najib iaitu Sungai besar dan Kuala Kangsar.Apa terjadi semua orang pun tahu,kemenangan dengan jumlah undi majoriti umur Mahathir iaitu 9191 dan umur Muhyiddin iaitu 6969.Peringatan Tuhan ??? Persoalan,ketika rakyat sudah diajar benci Datuk Seri Najib dan BN pun Mahathir masih terkontang kanting. 

Referendum hanya untuk Datuk Seri Najib kata Mahathir bukan untuk dia,itulah keadilan ciptaan Mahathir,jika BN kalah kita tidak tahu apa terjadi pada Datuk Seri Najib yang akan dikerjakan oleh Tun dan orang kayanya.Kini Mahathir masih dengan lagu lamanya iaitu 1MDB,dari kalahkan Datuk Seri Najib kepada kalahkan UMNO.Ia sama dengan dari hutang RM42 billion ubah kepada RM27 billion,dari lesap tukar kepada hutang.Mahathir yang sentiasa tidak tetap pendirian,Datuk Seri Najib masih yang itu juga,Hasil yang sama dengan keputusan yang sama berulang kali , bila lah Mahathir hendak henti dan bertaubat kita pun tidak tahu. 

Pepatah kata “you cannot expect different result from doing the same thing” itulah yang sedang berlaku,bukan sahaja kepada Mahathir tetapi kepada penyokongnya.Persoalan,masih releven kah Mahathir dengan politik negara ??? Referendum sudah diberi oleh rakyat tapi akibat sudah lanjut umur maka deria pun sudah tumpul,maka dia tidak dapat menghidunya.Mahathir sebenarnya sudah tiada bisa.Zaman beliau menang sudah berlalu.Zaman ini Allah SWT takdirkan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia,maka terimalah hakikat itu wahai Tun Mahathir.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates