Social Icons

Pages

Sunday, January 09, 2011

GEMPAR !!! BERIKUT ADALAH KRONOLOGI BERKENAAN ROBINGAH !!!


sebelum ini saya telah mengeluarkan artikel berkenaan dengan Robingah,pembantu rumah yang kononnya di rogol oleh Datuk Seri Rais Yatim.Ternyata banyak blog-blog yang mengeluar kan isu ini adalah pembohong besar.Tujuan mereka sebenarnya adalah mahu lihat Datuk Seri Rais Yatim jatuh dari menjadi Menteri dan saya dapat info dari rakan-rakan yang mengatakan mereka iri hati terhadap Datuk Seri Rais Yatim kerana kejayaannya itu dan ada juga yang mengatakan Datuk Seri Rais Yatim ini ada 3 atau 4 pembantu rumah.itupun nak sibuk ker ??? kalau nak berjaya dalam hidup tak perlu "potong" jalan orang dan memfitnah macam-macam berkenaan dengan kehidupan orang lain.terima kasih kepada rakan-rakan Blogger saya yang telah berjumpa dengan Sumiyati,rakan kepada Robingah yang masih bekerja di rumah Datuk Seri Rais Yatim.mari kita imbas kembali artikel yang saya keluarkan

KLIK DI SINI DAN DI SINI

SILA LIHAT DI BAWAH KRONOLOGI PEMBANTU RUMAH YANG BERNAMA ROBINGAH YANG MENJADI MANGSA FITNAH OLEH BLOG-BLOG HALUAN KIRI DI MALAYSIA

1999
Robingah datang ke malaysia dan bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Datuk Seri Rais Yatim.Terdapat tiga lagi pembantu rumah yang lain dan mereka tinggal 1 bilik.

2007
JULAI
Adik Robingah didakwa melalui beberapa Blog membuat kenyataan berhubung kes itu.

23 JULAI
Wakil Migrant Care,sebuah badan di indonesia untuk buruh migran berdaulat,bertolak dari jakarta ke jawa tengah,indonesia,tempat tinggal Robingah,berhubung kes itu.

24 JULAI
Wakil itu mulakan perjalanan ke banjarnegara untuk menjejaki kampung pembantu rumah itu @ Robingah

26 JULAI
Sukarelawan menelefon Robingah melalui ibu pejabat di jakarta.Robingah dilaporkan meminta supaya perkara itu tidak dibesarkan.

1 OGOS
Migrant Care mengeluarkan satu kenyataan media,di tandatangani tiga orang,iaitu Penganalisis Polisi,Wahyu Susilo,Pengarah Urusan,Anis Hidayah dan Pengarah Negara di Malaysia,Alex Ong.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan,Husam Musa,ketika itu sebagai wakil rakyat PAS berjumpa dengan pembantu-pembantu rumah di indonesia mengenai masalah pekerja asing..itu pun secara kebetulan.

2010
23 DISEMBER
Wikileaks mendedahkan rahsia amah diperkosa oleh menteri bertajuk 'Malaysian Senior Politician and His Maid" ataupun dalam bahasa melayu nya Ahli Politik Kanan Malaysia dan Pembantu Rumahnya

26 DISEMBER
Kenyataan ini disiarkan kembali oleh tenaganita,sebuah NGO hak asasi pekerja.

28 DISEMBER
Blogger Rocky Bru Atau dikenali sebagai Datuk Ahirudin Attan memaparkan isu pembantu rumah itu di sertai dengan Blog Pembangkang.

2011
5 JANUARI
Datuk Seri Rais Yatim menafikan tuduhan Beliau terlibat dalam kes jenayah perkosaan pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis Blog di internet dan parti Pembangkang terhadap Beliau

7 JANUARI
Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kenyataan,mengapa dakwaan berlakunya satu kes jenayah memperkosa pada 2007 baru sekarang ditimbulkan ???

Ketua Badan Nasional Penempatan Dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia(BNP2TKI) menegaskan,tidak wujud sebarang kes pemerkosaan melibatkan kes Datuk Seri Rais Yatim dengan Pembantu Rumah dari Indonesia seperti digembar-gemburkan

SEMALAM @ 8 JANUARI
Robingah Menafikan dia diperkosa oleh bekas majikannya ketika ditemuramah oleh wartawan di jakarta

ITULAH KRONOLOGI SEBENAR APA YANG BERLAKU.SELEPAS INI JAM 10 PAGI SAYA AKAN KELUAR KAN SURAT DARI ROBINGAH YANG MENYATAKAN DIA TIDAK PERNAH DI ROGOL OLEH DATUK SERI RAIS YATIM.

POST BY WAYNE...

1 comment:

Anonymous said...

Pada dasarnya motif sedemikian adalah untuk memecahbelah kan perpaduan 2 negara antara Malaysia dan Indonesia.Ini jelas sekali di lakoni pembangkang serta NGO tenaganita yg mempunyai agenda tersendiri.Datok Seri harus dan wajar mengambil tindakan terhadap media dan NGO tersebut demi maruah beliau.Fitnah lebeh dasyat dari pembunuhan...segera ambil tindakan...

Bpk budianto sostroe

 
 
Blogger Templates