Social Icons

Pages

Saturday, February 19, 2011

PROGRAM DATUK SERI RAIS YATIM MERIAH !!!




pagi tadi saya dan beberapa bloggers pergi ke majlis perasmian Kampung Warisan di kampung Puah Lembah


Perasmian pagi tadi telah di Rasmikan oleh Datuk Seri Rais Yatim Menteri Penerangan,Kebudayaan dan Kesenian.Turut mengiringi majlis tadi Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju/Pengerusi BN Wangsa Maju Dato Shafei Abdullah.bersama-sama dalam program pagi tadi Yang Berhormat MP Wangsa Maju Wee Choo Keong yang mana merupakan MP Bebas setelah keluar meninggalkan PKR tahun lalu.

Dalam ucapan pembukaan oleh Dato Shafei Abdullah,Beliau menyampaikan hasrat para penduduk Kampung Puah Lembah melalui Umno Wangsa Maju untuk meminta pihak kerajaan Persekutuan mengiktiraf Kg Puah Lembah serta 6 lagi Kg yang lain dalam Wangsa Maju sebagai Kampung Warisan.Menurut Dato Shafei,Kampung ini telah wujud sejak sebelum Merdeka lagi malah waris yang ada hari ini pun sudah masuk generasi yang ke 4.Kewajaran bagi pihak umno untuk memperjuangkan masyarakat di Kampung Puah dan 6 kg yang lain akan di teruskan.

semasa perasmian Pagi tadi juga Datuk Seri Rais Yatim melahirkan rasa bangga dengan semangat Kampung Puah Lembah yang mempunyai semangat gotong royong dan kebudayaan yang sangat tinggi. Malah beliau juga tidak menyangka yang di dalam kota Kuala Lumpur ini masih wujud semangat Kg yang kuat perpaduannya.Dalam ucapannya juga tadi Datuk Seri Rais juga menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Kampung Puah Lembah sebagai Kg Warisan yang akan di kenali dengan nama Malay Town.Kata beliau "kaum Tiong Hua mempunyai China Town,kaum India mempunyai Little India di Brickfields namun di mana kawasan Melayu ??? Oleh itu Umno Wangsa Maju mesti mempertahankan Kg Puah Lembah ini yang sudah wujud sejak sebelum Merdeka lagi.Oleh itu saya akan meminta agar Kg Puah Lembah ini di kenali dengan nama Malay Town yang di pamerkan kepada para pelancong dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian".

Majlis berlangsung sehingga jam 1 tengahari dengan di sudahi aktiviti kemasyarakatan bergotong royong oleh para penduduk Kg Puah Lembah.

untuk gambar sekitar program berkenaan sila lihat di bawah



No comments:

 
 
Blogger Templates