Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Subahan Kamal mencabar kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar membuka satu sesi pendengaran awam mengenai dakwaan berhubung pemberian kontrak secara rundingan terus berjumlah RM159 juta.Beliau berkata,cabaran itu dibuat setelah pihaknya mengambilkira pengumuman Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada tahun 2008 bahawa kerajaan negeri akan menamatkan amalan pemberian kontrak secara rundingan terus.
"Jadi kita persoalkan kenapa masih berlaku amlan pemberian kontrak secara rundingan terus ini dalam pentadbiran kerajaan negeri.Kalau kerajaan negeri mewujudkan Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor untuk meneliti dakwaan-dakwan melibatkan tadbir urus negeri. Akan tetapi, baru-baru ini ada tuduhan hampir RM159 juta kontrak dikeluarkan kerajaan negeri secara runding terus.Jadi saya mohon tuduhan itu di bawa ke Selcat jika sekiranya orang yang membuat tuduhan itu tampil ke hadapan. Jangan hanya senyap sahaja," katanya kepada pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Terdahulu,Subahan ketika mencelah pada sesi perbahasan titah ucapan Sultan Selangor yang disampaikan oleh Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mempersoalkan tuduhan Azmin terhadap ADUN Gombak Setia (Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali) yang didakwa menggunakan peruntukan negeri sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabat ketika memegang jawatan Exco kerajaan negeri sebelum ini.Menurut Subahan,kenapa dakwaan sedemikian timbul pada masa ini tetapi tidak pada masa ADUN Gombak Setia yang ketika itu merupakan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri dalam pentadbiran Selangor sebelum dipecat awal tahun ini.
"Saya hendak tanya kepada YB,adakah tuduhan itu dibangkitkan hari ini disebabkan ADUN Gombak Setia itu dipecat (dari jawatan EXCO dan Pas) atau kerana peruntukan RM300,000 itu.Dahulu kita (ADUN BN) ada bangkit mengenai dakwaan ini. Tetapi kerajaan negeri mengatakan tidak ada pun, malah Yang Berhormat Bukit Antarabangsa (Azmin) menyokong jawapan itu.Akan tetapi apabila (Gombak Setia) dah pindah ke sini (jadi ADUN bebas), hendak sebut semula dakwaan itu..kenapa tidak sebut dari dahulu.Apakah kerana Gombak Setia dipecat baru dakwaan ini dibuat" katanya.- Sahabat Gunung

No comments:
Post a Comment