Social Icons

Pages

Sunday, March 25, 2012

HOT VIDEO !!! AWAL ASHAARI MELAMAR SCHA AL YAHYA KETIKA SIARAN LANGSUNG DI PROPAGANZA !!!



biar betul ??? saya pertama kali lihat artis melamar ketika siaran langsung.ini sejarah dalam malaysia !!! tak pernah orang buat masa live.tapi tak tahu lah kalau anda pernah tengok artis yang lain,itupun kalau ada.hehehe...video awal ashaari melamar scha al-yahya tersebar di youtube hari ini.apa kata anda lihat video di bawah



Pengacara,Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.

Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan itu sebagai tetamu jemputan.Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.Propaganza bersiaran setiap Ahad di Astro Ria (saluran 104) jam 12 tengah hari bermula sejak 18 Mac lalu - Murai

SEMOGA AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA BERBAHAGIA !!!

AMIN...

5 comments:

Anonymous said...

yang mana dulu???

tanya orang tua dulukah @ tanya anak dulu???

Anonymous said...

anon 11:56 ko ni lambat der..dia dah bertunang ler..aku rasa x ada hal pun dia nak kawen.mesti org tua dia bg punya...

Anonymous said...

Apa nak jadi artis melayu tiru cara barat....kalau yer pun minah tu ada mak bapak....buat la cara ikut adat melayu....bila melayu hilang jati diri.....inilah sedikit demi sedikit bab akidah yg hassan ali perjuangkan....malu jadi melayu tak sedar diri mcm ni...

Anonymous said...

Tak berapa manis lah buat cara barat tu. Lebih2 lagi mereka tu artis yg menjadi ikutan peminat. Kan elok kalau mereka ikut adat resam kita orang Melayu. Ramai lupa cincin risik/tunang patutnya disarungkan oleh bakal ibu mertua kerana ada 2 sebab - satu sebab bukan muhrim lagi dan kedua sebagai merestui bakal menantu. Sama2lah kita ingat meningati.

Kesilapan Dalam Filem CINTA KURA KURA (klik) said...

sweet lah! hehehe

 
 
Blogger Templates