Hari ini boleh dikatakan semua akhbar tempatan ‘kecoh’ dengan cerita bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Bahrom Sanugi yang memfailkan permohonan membubarkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur apabila mengesyaki pengusaha butik kecantikan itu seorang lelaki.Permohonan itu dikemukakan Bahrom, 61, (plaintif) pada 17 Januari lalu,selepas mendapat arahan daripada Jabatan Agama Islam Daerah Gombak pada 23 November 2010 supaya berpisah sementara dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37,(responden).
Peguam Bahrom,Muhammad Hafiz Ab Rashid, berkata anak guamnya membuat aduan ke Pejabat Agama apabila mengesyaki responden bukan seorang wanita sekitar 2010 selepas pasangan itu berkahwin di Songkla, Thailand pada 19 Ogos 2009 dengan mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah.
“Anak guam saya mempunyai bukti jelas berhubung jantina Sri Wani itu selepas menemui surat beranak yang menunjukkan beliau seorang lelaki. Malah dua nombor akhir pada kad pengenalannya adalah nombor ganjil sekali gus mengukuhkan bukti responden bukan wanita,” katanya.
Muhammad Hafiz berkata,mahkamah menetapkan 24 April ini untuk memutuskan sama ada responden perlu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya selepas pihaknya mengemukakan permohonan itu pada 18 Januari 2012 mengikut Seksyen 85 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998.Bagaimanapun, Sri Wani berasal dari Bentong,Pahang yang memeluk Islam pada 2001 itu memfailkan bantahan terhadap permohonan terbabit tetapi tidak menyatakan alasan kukuh menerusi afidavit balasan kepada Bahrom sebaliknya beliau hanya mengemukakan jawapan mendakwa dirinya dianiayai.Terdahulu,dalam prosiding di Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, Sri Wani hadir ke mahkamah berseorangan dengan memakai baju kurung dan berselendang ungu untuk memfailkan injunksi sebelah pihak terhadap dua isteri Bahrom kerana mendakwa difitnah.
Sebenarnya penulis simpati juga dengan nasib kedua-dua insan ini,baik Dr. Bahrom mahupun isterinya,Sri Wani.Kalau jadi mereka,penulis tak tahu mana nak letak muka bila kes ini diperkatakan di mana-mana saja sekarang ini,waima di kedai kopi.Malu,memang malu.Tetapi kita mesti berlaku adil kepada mereka.Mungkin ramai yang memandang sinis pada Dr. Bahrom tetapi harus diingat yang beliau mempunyai hak untuk berbuat demikian,begitu juga Sri Wani.Adalah terlalu awal untuk mengatakan status sebenar wanita ini, sama ada dia lelaki atau perempuan, atau pun sama ada dia pondan atau khunsa selagi DNA dirinya belum diputuskan atau diperoleh.Baik,kita mungkin tertanya-tanya, sekiranya kita berhadapan dengan situasi ini, bagaimana ia harus ditangani dari sudut Islam.Dalam hal ini bukanlah merujuk pada kes Dr. Bahrom dan Sri Wani,tetapi masalah ini secara amnya.
Andai kata isteri atau suami kita yang kita nikahi itu berstatus khunsa atau pondan, bagaimana hukumnya?
Khunsa dalam bahasa Arab bererti lembut.Istilah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu merujuk kepada golongan kaum yang lembut atau pondan.Pondan pula merujuk kepada lelaki yang memiliki sifat wanita terutama dalam penampilan dan ada yang sanggup merubah kejadian asal dengan membuat pembedahan bagi memiliki organ wanita (payudara dan alat sulit).Ada riwayat peristiwa khunsa ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali yang menggemparkan masyarakat ketika itu apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa iaitu memiliki dua alat kelamin.Selepas berkahwin,si suami menghadiahkan isterinya seorang jariah (pembantu).Hasil perkahwinan itu,wanita khunsa berkenaan melahirkan zuriat.
Namun,wanita khunsa itu timbul pula berahi kepada jariahnya lalu menyetubuhinya sehingga jariah itu melahirkan anak.Masyarakat amat terkejut dengan kejadian itu dan menyampaikan berita kepada Saidina Ali. Baginda menghantar pakar bagi mengesahkan jantina wanita khunsa itu.Pengesahan itu membuktikan kedua-dua alat kelamin wanita khunsa berkenaan berfungsi.Dia mengalami haid seperti perempuan dan keluar mani dari zakarnya.Ini bermakna wanita khunsa itu boleh dijimak suaminya dan dia dapat menjimak jariahnya.Namun,Saidina Ali tidak berputus asa bagi mengenal pasti jantina wanita khunsa itu kerana mahu menyelesaikan masalah yang menimpa pasangan terbabit dan menjadi pengajaran kepada umat Islam.
Lalu,baginda menghantar pakar menghitung tulang rusuk wanita itu. Ini amat tepat sesuai kepada ketentuan Allah yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam.Hasilnya,Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.
Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata pengajaran daripada riwayat itu ibu bapa patut berbincang dengan pakar perubatan jika mendapati anak mereka dilahirkan khunsa.
“Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.Jalan terbaik ibu bapa perlu reda dan meminta doktor perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu,” katanya yang dipetik dari Harian Metro tidak lama dulu.
Beliau berkata,keputusan itu perlu dibuat supaya tidak timbul masalah di kemudian hari terutama yang membabitkan masalah perkahwinan, pendaftaran kelahiran dan proses membezakan lelaki dan wanita.
“Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. “Itu sebab berlaku masalah besar, si lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita,” katanya.
Katanya,khunsa terbahagi kepada dua jenis iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).
“Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita,” katanya.
Mengikut hukum syarak,khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.Jika khunsa ghair musykil seorang lelaki,maka pasangannya mestilah seorang perempuan.Manakala jika khunsa itu seorang perempuan,pasangannya adalah seorang lelaki.Malah,harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.
“Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana berfungsi, dia tidak boleh menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya,” katanya.
Beliau berkata, golongan ini biasanya menyalahkan takdir dan mengatakan mereka memang dilahirkan sedemikian serta tidak mampu berubah lagi.
“Tanggapan sedemikian salah kerana Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Usaha mereka bagi merubah kejadian asalnya adalah haram kerana bertentangan dengan ajaran agama.Golongan ini digelar mukhannas, mak nyah atau pondan.Khunsa dan pondan adalah dua istilah berbeza kerana khunsa dilahirkan mempunyai dua alat kelamin manakala pondan atau mak nyah sengaja melakukan perubahan bentuk fizikal dari lelaki kepada wanita,” katanya.
Katanya,golongan pondan atau mak nyah perlu bertaubat dan tidak melayani naluri songsang mereka.
“Mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan pembedahan payudara atau faraj kerana hakikatnya mereka adalah lelaki.Masyarakat perlu memperbetulkan pandangan terhadap mereka yang dilahirkan khunsa dan golongan pondan secara adil,” katanya.
Oleh SYAHRIL A. KADIR

No comments:
Post a Comment