Saya bersimpati dengan nasib sebilangan pelakon tambahan di negara ini. Dalam satu penggambaran drama,saya ada melihat pelakon-pelakon ini begitu tersisih.Penglibatan mereka dipandang sebelah mata tetapi peranan mereka sebenarnya penting bagi menjayakan sesebuah drama atau filem.
Bayangkan jika adegan di sebuah restoran yang mahu menampakkan suasana kecoh, khidmat pelakon tambahan inilah diperlukan.Begitu juga jika adegan-adegan dalam kelab malam dan sebagainya.Jika tiada pelakon tambahan bagi meramaikan sesuatu keadaan,sesebuah adegan itu pasti tidak akan menjadi.Tapi sedihnya pelakon tambahan yang dilihat kecil peranannya itu hanya dibayar RM80 sehingga RM100 untuk sehari penggambaran.Jika mereka dipanggil melalui agensi penyedia pelakon tambahan,mereka hanya mendapat RM50 untuk bayaran RM80. Ini bermakna agensi akan ambil RM30.
Bagi bayaran sebanyak itu pelakon tambahan perlu berada di lokasi lebih dari lapan jam. Kalau dalam masa satu hari adegan yang memerlukan penglibatan mereka tidak dimulakan, mereka terpaksa menunggu selama 12 jam.Semuanya bergantung bagaimana pengarah bijak menyusun jadual penggambaran.Tempoh menunggu itu hanya dibayar “ciput”.Gaji mereka lebih rendah daripada buruh binaan yang bekerja membuat jambatan di kampung saya.
Malah lebih dahsyat lagi ada sesetengah produksi tidak membenarkan mereka yang bertaraf pelakon tambahan untuk makan bersama pelakon-pelakon utama. Kepada mereka, ada makanan lain yang mana lauk-pauknya lebih murah berbanding pelakon utama.
Inilah diskriminasi yang dilakukan oleh syarikat-syarikat produksi kita. Saya pernah melihat dua orang pelakon tambahan yang dipanggil untuk terlibat dalam satu penggambaran drama.Wataknya tak besar mana pun.Hanya duduk di meja sebuah restoran sambil berborak-borak dengan rakannya.
Untuk adegan itu sahaja,dia dikehendaki tiba di lokasi pada pukul 12 tengah hari tetapi pukul 10 malam baru dia dibenarkan pulang.Puncanya pengarah sibuk menyiapkan adegan-adegan lain terlebih dahulu sedangkan mereka sudah dipanggil untuk datang awal.Saya bertanya kepada dua gadis itu, berapa dia dapat ??? Katanya mereka diberi RM50.Selepas bersalaman dengan saya,kedua-duanya pulang menaiki motosikal.Sebelum itu saya sempat berpesan.Kalau macam inilah bayarannya,tak payahlah jadi pelakon.Pergilah buat kerja lain yang lebih banyak pendapatannya.
Saya sekadar bersimpati dengan nasibnya sahaja tetapi saya melihat layanan kepada pelakon tambahan oleh sesetengah produksi adalah tidak adil terutamanya dari segi bayaran untuk mereka.Seharusnya golongan ini perlu dibayar mengikut jam. Untuk mengelak pembaziran wang, Pengarah hendaklah bijak menguruskan masa penggambaran mereka.Lebih sedih,pelakon-pelakon tambahan ini kadang-kadang tidak dilayan oleh artis-artis senior.Tak ada kelas katanya.Sedangkan artis yang top itu juga asalnya daripada pelakon tambahan juga.
Luahan Hati Oleh Niezam

No comments:
Post a Comment